Skim Agihan Pendidikan LZNK 2022 (Tawaran Pengajian Asasi UniSHAMS)
LZNK dengan sukacitanya sedang mencari pelajar asnaf miskin lepasan SPM yang berkelayakan dan ingin melanjutkan pelajaran dengan tajaan ke peringkat ASASI UniSHAMS bagi sesi kemasukkan Jun 2022.
Kami turut menyediakan cara permohonan serta tarikh tutup permohonan untuk memastikan anda dapat membuat permohonan dengan mudha dan pantas.
Apakah SKIM AGIHAN PENDIDIKAN LZNK UniSHAMS?
Biasiswa Pelajar UniSHAMS adalah merupakan tajaan pengajian kepada mahasiswa/i UniSHAMS iaitu sepanjang pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
Bantuan ini adalah dibawah asnaf ASNAF FISABILILLAH dimana sumber kewangan adalah HASIL KUTIPAN ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN dan diagihkan kepada 8 GOLONGAN ASNAF yang layak.
Kelebihan SKIM AG1HAN PENDIDIKAN LZNK 2022
Pelajar yang layak temuduga dan tapisan berdasarkan haddul kifayah isi rumah LZNK akan menerima tajaan seperti berikut :
✓ Yuran Pendaftaran
✓ Yuran Penginapan Asrama
✓ Elaun Sara Hidup Bulanan
✅ Yuran Pengajian adalah Percuma dibawah tajaan UniSHAMS sepanjang tempoh pengajian.
✅ Pelajar yang menerima Biasiswa ini juga Berpeluang Menerima Biasiswa LZNK diperingkat Ijazah Sarjana Muda di UniSHAMS (Menunjukkan prestasi yang baik dalam pengajian diperingkat ASASI).
✅ Kemasukan ke UniSHAMS akan diuruskan oleh LZNK selepas lulus temuduga dan disahkan menerima Biasiswa LZNK.
✅ Semua Bidang Pengajian diperingkat Asasi di UniSHAMS adalah layak untuk dipilih dengan memohon kemasukan ASASI seperti berikut ASASI SAINS, ASASI PENGURUSAN & ASASI PENGAJIAN ISLAM
Semak Kelayakan SKIM AGIHAN PENDIDIKAN LZNK 2022
Calon-calon berkelayakan untuk memohon Biasiswa seperti maklumat berikut :
Semak kelayakan anda di sini !!!
Cara Memohon SKIM AGIHAN PENDIDIKAN LZNK 2022
▪Aplikasi atas talian (Melalui Pautan) berikut :
Kepada seluruh ahli masyarakat, jika bertemu dengan golongan asnaf miskin yang berkelayakan, jom bantu mereka untuk dapatkan peluang tajaan pengajian dibawah asnaf miskin ini.
Tarikh Permohonan SKIM AGIHAN PENDIDIKAN LZNK 2022
▪Setiap pemohonan dibuat secara atas talian
Tarikh Tutup Permohonan?
📍 3 Julai 2022
📍 Calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dihubungi untuk sesi temuduga
📍Kuota adalah terhad, LZNK berhak memilih pelajar yang terbaik.
Maklumat Lanjut
Sebarang persoalan boleh hubungi :
Bahagian Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah
📞 013-4592071
Whatsapp : http://wasap.my/6013-4592071
📩Email : [email protected]
📲 Facebook : Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman
” Zakat Anda Merubah Asnaf “
Bantu kami Cari Asnaf !
▶️ Panjangkan makluman ini, untuk kebaikan dan memastikan anak-anak asnaf tidak tercicir dan dapat melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Artikel lain : Permohonan Kemasukan Tingkatan 6 Aliran Tahfiz 2022