CARA MUAT TURUN SLIP KEPUTUSAN SPM PENUH 2023

CARA MUAT TURUN SLIP KEPUTUSAN SPM PENUH 2023

slip keputusan SPM

Ketahui cara muat turun dan cetak slip keputusan SPM penuh sesi 2021 untuk memudahkan anda. Tiada lagi pembahagian slip di pejabat sekolah ekoran pendemik yang sedang melanda.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan bahawa keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2022 akan diumumkan pada tarikh berikut.

TARIKH PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2021 (2022)

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2021 akan dikeluarkan pada 16 Jun 2022 (Khamis). Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi.

Buat masa ini, Fasa Kemaskini UPUOnline telah dibuka dari 1 Jun hingga 28 Jun 2022.

Kemas kini pilihan program pengajian berdasarkan keputusan sebenar :

  • Lepasan SPM : 5 hari selepas keputusan SPM sebenar diumumkan.
  • Lepasan STPM/Setaraf : 22 hingga 26 Ogos 2022 (Kecuali Diploma/Setaraf)

Berikut dilampirkan infografik dan garis panduan semakan keputusan SPM, cara muat turun slip keputusan penuh serta cara membuat semakan semula keputusan SPM sekiranya dirasakan terdapat kesilapan.

Cara Membuat Semakan Keputusan SPM 2022

Untuk membuat semakan keputusan, calon sekolah dan calon persendirian boleh menggunakan kaedah berikut:

  1. Secara dalam talian di portal moe.gov.my atau myresult2.moe.gov.my untuk mendapatkan keputusan penuh
  2. Menerusi khidmat SMS u tuk mendapatkan ringkasan meputusan SPM 2020 dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>NoAngkaGiliran dan hantar ke 68886. Perkhidmatan ini diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 10 Jun hingga 6.00 petang pada 17 Jun 2021.

Sila rujuk infografik di bawah:

TERDAPAT 2 KAEDAH SEMAKAN

CARA SEMAKAN MELALUI SMS

Bagi calon yang tidak mempunyai talian internet di rumah, pihak sekolah akan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk membuat semakan.

NOTA: Calon tidak dibenarkan hadir ke sekolah kerana situasi COVID19

 

Cara Muat Turun Slip Keputusan SPM Penuh

Berikut dikongsikan cara muat turun slip keputusan SPM untuk rujukan ibu bapa dan calon.

Slip keputusan SPM awal boleh dimuat turun pada 10 Jun 2021 melalui pautan myresult1.moe.gov.my atau myresult2.moe.gov.my.

Manakala Slip Keputusan Penuh SPM hanya boleh dimuat turun mulai 14 Jun 2021 di laman web myresult3.moe.gov.my

 

Bagi calon STAM, sijil / pernyataan / keratan keputusan akan dicetak oleh BPM dan pihak JPN / PPD / sekolah akan menguruskan penghantaran secara pos ke rumah kepada calon.

*Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia, Dr Radzi Jidin

 

Cara Buat Permohonan Semak Semula Keputusan SPM

Jika anda rasa tidak berpuas hati dengan keputusan yang diterima, anda boleh membuat rayuan untuk semak semula keputusan Sijil Pelajaran Malaysia SPM.

Biasanya anda boleh membuat semak semula keputusan SPM dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan peperiksaan SPM 2021.

Permohonan online semak semula keputusan SPM boleh dibuat melalui kaedah-kaedah seperti berikut :-

Layari laman web e-Lembaga Peperiksaan di elp.moe.gov.my

  1. Pilih Menu Perkhidmatan
  2. Pilih tab > Semak Semula
  3. Tekan butang ‘Pilih Semak Semula SPM’

 

NOTA:

Tarikh buka permohonan akan dimaklumkan oleh KPM dari semasa ke semasa.

Permohonan semakan semula untuk calon STAM adalah secara manual dan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Bayaran yang dikenakan RM100.00 setiap matapelajaran.

Keputusan permintaan/permohonan akan ditandatangani dengan surat rasmi dalam waktu dua (2) bulan dari tanggal tutup permohonan. Hasil semakan adalah muktamad dan rayuan yang berbeza tidak akan diterima.

Untuk membuat permohonan semakan secara manual, sila rujuk panduan berikut: Panduan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan SPM

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan tentang slip keputusan SPM atau perkara lain berkaitan anda boleh layari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia di:

https://www.moe.gov.my/ 

Baca JUga: PTD :CARA MOHON & SEMAKAN JAWATAN KOSONG PENGAWAI TADBIR DIPLOMATIK(400 KEKOSONGAN DITAWARKAN)

2 thoughts on “CARA MUAT TURUN SLIP KEPUTUSAN SPM PENUH 2023”

Leave a Comment