SME HELP DESK AKPK:CARA PERMOHONAN BANTUAN KHIDMAT NASIHAT KEWANGAN PKS

SME HELP DESK AKPK:CARA PERMOHONAN BANTUAN KHIDMAT NASIHAT KEWANGAN PKS

SME HELP DESK AKPK

SME HELP DESK AKPK bantuan khidmat nasihat kewangan kepada PKS memerlukan. Memahami kesukaran peniaga mahupun usahawan dalam sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam pasca PKP ini, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), sebuah agensi di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) telah menawarkan penyelesaian khusus untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS), termasuk PKS mikro bagi menguruskan hutang mereka dan mempromosikan amalan pengurusan kewangan yang berhemat.

Dalam satu kenyataan, BNM berkata langkah itu dibuat berikutan perpindahan fungsi Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil (SDRS) daripada Bank Negara Malaysia (BNM) kepada AKPK.

“Dengan pemindahan ini, AKPK akan menjadi platform sehenti untuk individu dan PKS mendapatkan perkhidmatan penstrukturan hutang, pendidikan dan khidmat nasihat kewangan,” katanya.=

“AKPK boleh memberikan perkhidmatan penstrukturan hutang dan khidmat nasihat yang lebih cekap dan holistik untuk PKS yang mempunyai pinjaman dengan beberapa bank,” kata bank pusat itu

Selain itu, BNM berkata AKPK berada pada kedudukan yang baik untuk menjalankan fungsi ini berikutan pengalaman dan kepakarannya yang luas dalam membantu individu yang mengalami masalah kewangan menguruskan kewangan mereka menerusi Program Pengurusan Hutang yang berstruktur.

AKPK juga memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan kemampuan kewangan rakyat Malaysia melalui program pendidikan dan kaunseling kewangan yang disesuaikan.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2006, AKPK telah menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada 1,096 juta individu dan daripada jumlah itu sebanyak sebanyak 324,815 peserta telah memohon untuk mendaftar ke Program Pengurusan Hutang (DMP).

Lebih daripada 28,000 peserta yang berdaftar dalam DMP telah melunaskan hutang mereka dalam agregat berjumlah RM1.28 bilion, katanya.

“Melangkah ke depan, PKS yang menghadapi masalah pembayaran balik pinjaman juga boleh menghubungi AKPK untuk mendapatkan bantuan dalam membuat pelan pembayaran semula yang sesuai dengan bank.

“PKS dapat mengakses dengan mudah dan selesa bagi mendapatkan SDRS melalui saluran dalam talian AKPK dan 12 cawangannya di seluruh negara,” katanya.

SDRS di bawah AKPK adalah penyelesaian tambahan bagi PKS untuk mendapatkan bantuan dan nasihat mengenai penjadualan dan penstrukturan semula hutang, ia melengkapkan usaha dilakukan industri perbankan bagi memberikan bantuan kepada PKS yang terjejas.

Sejak tahun 2003, SDRS telah membantu lebih daripada 1,200 PKS untuk menjadual dan menyusun semula pembiayaan perniagaan mereka berjumlah RM1.7 bilion.

Selain itu, BNM berkata, peminjam individu dan PKS yang mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman melebihi 90 hari dinasihati supaya menghubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi mendapatkan bantuan bayaran balik pinjaman yang sesuai dan khidmat nasihat kewangan secara percuma (services.akpk.org.my).

“PKS termasuk perusahaan mikro juga boleh memohon bantuan melalui saluran khas SME Help Desk AKPK melalui akpk.org.my/smehelpdesk.

“Kaunter khidmat nasihat secara maya ini memberikan khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu pemohon mendapatkan bantuan bayaran balik pinjaman,” katanya.

SME HELP DESK AKPK

Baca Juga: MYKASIH:PERMOHONAN & KELAYAKAN BANTUAN BARANG MAKANAN (CASHLESS)

Cara Memohon Bantuan Khidmat Nasihat Keangan PKS AKPK

PKS yang memerlukan khidmat nasihat kewangan daripada AKPK boleh mengikuti langkah berikut untuk membuat temujanji khidmat nasihat:

  1. Layari laman web: https://www.akpk.org.my/my/mejabantuanpks
  2. Klik ruangan paling bawah: Klik Untuk Janji Temu
  3. Seterusnya anda akan dibawa ke pautan terma & syarat
  4. Baca dengan teliti semua terma & syarat yang disediakan dalam Bahasa Malaysia & English
  5. Klik pada kotak setuju untuk meneruskan temujanji
  6. Klik seterusnya
  7. Anda akan di bawa kpautan boring temujanji
  8. Lengkapkan boring temujanji sehingga ke ruangan waktu anda ingin dihubungi oleh pihak AKPK
  9. Klik butang hantar
  10. Selesai anda akan dihubungi oleh pihak AKPK untuk tarikh temujanji anda.

Baca Juga: iqnilam.moe.gov.my:CARA LOGIN/REKOD BACAAN MURID SECARA ONLINE( SISTEM IQ NILAM)

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut serta pertanyaan tentang SME HELP DESK AKPK layari https://www.akpk.org.my/my

Semoga perkongsian tentang SME HELP DESK AKPK dan cara buat temujanji bantuan nasihat kewangan ini memudahkan urusan anda. Terima kasih.

Leave a Comment