DUIT MySALAM COVID-19 RM50/SEHARI:BILA MASUK KE BANK?(SEMAKAN STATUS BAYARAN)

DUIT MySALAM COVID-19 RM50/SEHARI:BILA MASUK KE BANK?(SEMAKAN STATUS BAYARAN)

DUIT MySALAM COVID-19

DUIT MySALAM COVID-19,  Berita baik untuk anda, individu berpendapatan rendah atau mereka yang tergolong dalam kumpulan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit dalam siasatan (PUI) Covid-19 boleh menerima RM50 sehari sebagai ganti pendapatan mereka yang terjejas di bawah pelan perlindungan DUIT MySALAM COVID-19.

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelan itu akan dikembangkan merangkumi mereka yang dikuarantin sebagai PUI untuk membuat tuntutan sepanjang 14 hari kuarantin yang diwajibkan.

Dikongsikan serba sedikit tentang duit MySalam Covid-19 dan cara membuat tuntutan (claim) RM50/sehari sekiranya anda dikuarantin.

DUIT MySALAM COVID-19

Baca Juga: MYKASIH:PERMOHONAN & KELAYAKAN BANTUAN BARANG MAKANAN (CASHLESS)

Apakah Skim MySalam?

Skim perlindungan masyarakat mySalam adalah inisiatif Kerajaan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 8 juta individu rakyat Malaysia.

Antara manfaat MySalam ialah mereka yang dilindungi dapat menuntut RM8,000 dibayar sekali seumur hidup apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal dan pembayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari, termasuklah kuarantin 14 hari yang diwajibkan untuk mengekang Covid-19.

Manakala perluasan perlindungan mySalam berkuatkuasa 1 Januari 2020.

DUIT MySALAM COVID-19

Baca Jugaa: DUIT BANTUAN NADMA RM100 SEHARI:BILA MASUK AKAUN BANK?(SEMAKAN STATUS BAYARAN)

Syarat Kelayakan Duit MySalam Covid-19

Antara syarat kelayakan Skim Duit MySalam Covid-19 ini adalah penerima BSH yang:

  1. Berumur antara 18 sehingga 65 tahun;
  2. Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  3. Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

Mereka yang layak untuk skim duit MySalam Covid-19 akan dimaklumkan melalui SMS bermula daripada 1 Mac 2019.

Bagi penerima manfaat MySalam, tuntutan COVID-19 boleh dibuat dalam 2 keadaan ini:

  1. Pesakit yang disahkan positif menghidap COVID-19
  2. Pesakit yang disyaki menghidap COVID-19 atau sedang menjalani perintah isolasi Kementerian Kesihatan Malaysia (PUI) – (Takrifan PUI boleh dirujuk melalui laman web Kementerian Kesihatan Malaysia)

NOTA: Sebarang tuntutan bagi self-quarantine tidak akan dibayar. Tuntutan yang dikemukakan kepada mySalam perlu disertakan bersama perintah isolasi bagi pesakit disyaki COVID-19 atau pengesahan diagnosis COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Baca Juga: RETURN REFUND BARANG SHOPEE MENGGUNAKAN POSLAJU/J&T(CARA BUAT PEMULANGAN BARANG ROSAK/LAMBAT SAMPAI)

Cara Semak Kelayakan MySalam

Untuk menyemak kelayakan, anda boleh juga melakukannya secara online dengan langkah dibawah:

  1. Layari laman rasmi www.mysalam.com.my
  2. Masukan kad pengenalan anda tanpa(-)
  3. Klik pada semak
  4. Di ruangan bawah akan dinyatakan sama ada anda LAYAK ATAU TIDAK LAYAK sebagai penerima manfaat MySalam ini.

Baca Juga: DISKAUN BIL ELEKTRIK PEMULIH:SEMAKAN KADAR KELAYAKAN & CARA PENGIRAAN

Cara Tuntutan Duit MySalam Covid-19

Tuntutan duit kepada mySalam covid-19 perlu dikemukakan secara muat naik salinan dokumen ke portal mySalam atau secara manual melalui kios MySalam berdekatan anda.

Sila ikuti langkah ini:

  1. Log masuk ke portal mySalam menggunakan nombor kad pengenalan penerima atau pasangan kepada penerima Bantuan Sara Hidup & kata laluan.
  2. Klik ‘Tuntutan’ diikuti oleh pula ‘Penyerahan Tuntutan’
  3. Pilih ‘Tuntutan Hospitalisasi’ mengikut kategori yang anda pilih. Terdapat 3 pilihan iaitu:
    • Pesakit Positif Covid-19
    • Disyaki menghadapi Covid-19 dan ditahan di pusat kuarantin KKM
    • Disyaki menghadapi Covid-19 dan diarahkan KKM kuarantin di kediaman sendiri.
  4. Isikan butiran berikut:
    • Tarikh masuk wad serta mula kuarantin
    • Tarikh keluar wad serta tamat kuarantin
    • Nama hospital atau premis bukan hospital (bagi kes kuarantin)
  5. Sila muat naik dokumen berikut dan klik ‘Lampirkan’
    • Kad pengenalan (depan & belakang)
    • Nota discaj (kemasukan wad sahaja)
    • Surat perintah kuarantin KKM (kes kuarantin sahaja)
  6. Klik ‘Hantar’ kemudian klik ‘Saya Setuju’ dan permohonan anda akan diproses.
  7. Status tuntutan akan dikemaskini secara automatik setelah tuntutan anda disahkan.
  8. Sila hubungi hubungi pusat panggilan mySalam di talian 1 300 88 8938 untuk pertanyaan lanjut atau bantuan set semula kata laluan.

 

DUIT MySALAM COVID-19

Untuk membuat proses tuntutan secara manual, anda boleh juga pergi ke mana-mana kios MySalam dengan membawa salinan Kad Pengenalan dan Dokumen yang diperlukan.

Untuk mengetahui lokasi kios MySalam, sila lihat senarai penuh di SINI (Rujuk FAQ No 28).

Baca Juga: RAYUAN TINGKATAN 6:BORANG RAYUAN KEMASUKAN FORM 6 2021

Maklumat Lanjut

Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan proses tuntutan duit MySalam Covid-19, anda boleh membuat pertanyaan dibawah:

Talian : 1 300 888 938

E-mel melalui [email protected]

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web MySalam dan FAQ MySalam Tuntutan Covid-19

60 thoughts on “DUIT MySALAM COVID-19 RM50/SEHARI:BILA MASUK KE BANK?(SEMAKAN STATUS BAYARAN)”

  1. As salam..tuntutan bayaran mysalam untuk kuarantin covid saya belum terima lagi..saya telah membuat tuntutan pada 9/9/21..

    Balas
      • Sama mcm saya dh 3hari tapi xmasuk lg bila check kt bank.. call mysalam pegawai meraka kata tgu terima sms tapi ada yg ckp xdpt sms pun dh masuk 1-3hari waktu bekerja.. susah bila nk tgu sms Dr mereka tak tahu bila masuknya..

        Balas
    • Macam kena kencing jer dgn my salam,tp promote mc2,bila apply ampas segala galanya..ckp bole bt idak my salam ni..awak dgn isteri apply pun nganga jer..org perlu dt tu untuk roling kehidupan..bg my salam dt bnyk bole la,tahan dt org..

      Balas
  2. Tuntutan Covid 19 saya & isteri drp bulan Jun hingga kini masih tak selesai lagi….kenapa laaa lambat sangat….dokumen yang diperlukan sudah lengkap…kenapa lambat…?

    Balas
  3. Assalamualaikum saya nak tanya sikit ni bila Duit Tuntutan MySalam Saya dgn Bini Saya nak masuk ni? Saya memerlukan duit ni nak bawak Bini pi bercuti Di Langkawi ni Berbulan Madu .

    Balas
  4. Saya rasa mysalam kena tukar nama kot klu mcm ni prosesnye la..lbh baik tukar jangan mysalam tukar jd KIRIMSALAM…saya tunggu dah sbulan status masih sedang proses..tengok ruang komen ni y lain2 rupanya ada y smpi 4bulan…hmmm..klu dpt rezeki tak dpat kirimsalam dgan mysalam…

    Balas
  5. Mysalam sy pn belum dapat still dle proses 2 bulan doh apply… dle blanjawan ari tu pn xde sebut psl byaran my salam… agak2 blh ke xblh ..hu4

    Balas
    • Sama mcm saya dh 3hari tapi xmasuk lg bila check kt bank.. call mysalam pegawai meraka kata tgu terima sms tapi ada yg ckp xdpt sms pun dh masuk 1-3hari waktu bekerja.. susah bila nk tgu sms Dr mereka tak tahu bila masuknya..

      Balas
  6. Rakyat kene main ngan main ngan my salam…status lulus dah ramai..letak la sorg rm 400 × 10,000.00 yg claim= rm4juta dia bolot..pastu untung no telco servis yg korang kol tu..tggu² jahanam abis kredit…hahahahaha

    Balas
    • MySalam bulan Jun apply..Bulan November di luluskan..rata² apply coz COVID-19..klu d proses lama tggu..apa lagi d krdtkan..bertabah la kita menanti wahai rakyat jelata..rezeki takkan kemana

      Balas
  7. Bulan 7 apply…baru hari ni lulus…
    Dah beratus Kali agaknya Aku mengecheck status sejak Tu…😥
    Syukur Alhamdulillah,dah 4 bulan…
    Harap dh Lulus…duitnya adalah…esk baru nak check….

    Balas
  8. Bike la masuk duit ni..kerajaan tolong lah kita..batuan yg telah diumum tu kan semua org tak dpt …tengok kelayakkan ..yg layak pun lambat masuk duit …mcm ne nak hidup ni

    Balas
  9. Assalamualaikum..saya dh berbulan menunggu tpi check msih dlm proses..bila agaknya duit tuntutan akn msuk dlm akaun..kami semua amat memerlukan..tolong percepatkan prosesnya agar kami tidak menuggu begitu lama.

    Balas
    • Tolong beri jawapan yang pasti dan benar..sudah banyak kali col x dapat bercakap..sudah diemelkan kan beratus kali pun x jugak dapat2 jawapan…apa cita nie…status diluluskan dn diapprove sejak awal bulan mei lagi..tp maslah nye loni duit x masuk2 pun..atau nk kena lg tgu beberapa bulan dri tarihkh diluluskan untuk duit masuk??

      Balas
  10. Katanya 10 hari wang akan di kredit kan dalam akaun …11/1 sekarang dah 24 /1 …status lulus apakah masalah wang tersebut tidak di kredit kan lagi …kami amat memerlukan bantuan tersebut memandang kos barang makan naik mendadak……mohon di percepatkanlah pembayaran tersebut terima kasih banyak ……kerajaan prihatin …

    Balas
  11. tunggu lulus ke tak 5 kali pilihan raya baru keluar.. tu baru keputusan.. nie nak keputusan dah keluar lulus… duitnya bila lak nak masuk kena tunggu 10 kali pilihan raya kot… bodoh tul.. mcm bagi harapan palsu rasanya…

    Balas
  12. Mysalam sy sudah lulus 25/1/2022 sy cek di atm Bank blum ada di credtkan.sudah banyak kali sy call.jawabpan dr pegawai bertugas.nti dia akan emill pusat.utk tolong sy.lpas satu bulan sy call balik sebab duit mysalam blum masuk akaun sy pun sama juga selang dua tiga hari pun sy call.cek balik pun blum masuk.knapa lambat utk di crdetkan Sekarang sudah masuk bulan empat sudah.strt buat tuntutan sejak dr bulan 10/2021 baru di luluskan 25/1/2022.tapi sampai sekarang blum ada di crdetkan lgi smpai bila pula tu ya di crdetkan..kita call pun bukan free pun kita bayar sampai habis ceder.

    Balas
  13. kenapa proses mysalam lambat. 17/2/22 kata dokumen kurang lengkap, bila dah submit dokumen baru sampai sekarang dalam proses. first submit bulan 9/21 bulan 2 baru cakap dokumen xlengkap. Nak raya ni bila duit mysalam nak masuk. Suami isteri gaji kena potong urmm

    Balas

Leave a Comment