SMP UPM (Cara Login & Kemaskini Maklumat Pelajar UPM)
Mahasiswa Universiti Putra Malaysia semestinya sudah mengetahui kewujudan portal berkenaan Sistem Maklumat Pelajar. Portal tersebut memerlukan semua mahsiswa mengemaskini serta memastikan maklumat peribadi direkod dengan betul.
Kami akan membantu anda untuk mendaftar dan membuat kemaskini di portal Sistem Maklumat Pelajar UPM. Anda hanya perlu mengikuti butiran yang kami berikan
Apa Itu Sistem Maklumat Pelajar SMP UPM
Sistem ini merupakan sistem utama universiti yang menyimpan semua maklumat berkaitan dengan pelajar UPM daripada mendaftar hingga bergraduasi.
Sistem ini menyediakan kemudahan aplikasi untuk proses pengambilan pelajar baru, maklumat akademik pelajar dan maklumat peribadi pelajar
Pengguna utama bagi sistem SMP UPM ini adalah pelajar, pensyarah dan staf UPM.
Cara Daftar SMP UPM
Sekiranya anda pengguna baru dan belum mempunyai akaun di sistemn SMP UPM, ikuti langkah-langkah berikut untuk mendaftar:
- Layari laman pendaftaran SMP di alamat ini
- Lengkapkan segala maklumat yang diminta seperti Nama, Status Kewarganegaraa, Nombor Kad Pengenalan, ID Pengguna, Kata Laluan, Nama Ibu dan Emel
- Tulis semula Captcha yang dipaparkan dalam gambar
- Klik butang “Daftar Akaun” untuk melengkapkan proses pendaftaran
Anda akan diberikan UPM ID dan juga kata laluan.
Cara Login SMP UPM
Untuk pengguna sedia ada:
Sila masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan anda dalam Daftar Pemohon.
Kemaskini maklumat SMP UPM
Setelah selesai proses pendaftaran, maka anda boleh log masuk ke akaun anda untuk mengemaskini maklumat terkini anda.
- Log masuk akaun SMP UPM anda melalui halaman utama di alamat ini
- Lengkapkan maklumat diri anda seperti nama waris, maklumat akademik, aktiviti kokurikulum dan sebagainya.
Lupa Kata Laluan
Jika lupa kata laluan, klik Lupa Kata Laluan
Anda boleh menetapkan semula kata kunci anda.
Pada halaman utama SMP, perhatikan tulisan di bawah butang “Login”.
Sekiranya anda seorang pelajar, klik pada “UPM Student” dan sekiranya anda seoang Staf UPM, maka klik pada “UPM Staff”.
Pada halaman berikutnya, masukkan UPM-ID anda untuk melengkapkan proses reset password anda.
Walau bagaimanapun, fungsi ini hanya boleh digunakan sekiranya pengguna telah memilih set soalan dan jawapan untuk menetapkan semula kata laluan mereka.
Jika anda belum pernah menentukan set soalan dan jawapan, mungkin anda tidak akan dapat meresetkannya kembali.
Untuk Pemohon Baru:
Klik Disini untuk daftar pemohon baru
Masalah Daftar?
Sila baca semula arahan pada menu “Cara Memasuki Sistem?”.
Sila emel maklumat tersebut kepada pihak yang berkenaan di
[email protected] atau hubungi
03-97697779 (Bacelor Perakaunan, Ekonomi, Pentadbiran Perniagaan) 03-97693704 (Bacelor Komunikasi)
Artikel Lain : Permohonan Rumah Siswa Pelajar IPTA