Cara Mengisi Soal Selidik Kajian Indeks Perpaduan KPM (Guru & Murid)
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan soal selidik bagi Kajian Indeks Perpaduan. Langkah ini bertepatan untuk menyemai kepentingan menjaga keharmonian kaum antara masyarakt di negara kita.
Perlbagai usaha dijalankan oleh pihak kerajaan untuk memastikan negara kita lebih aman dan hidup dalm perpaduan.
Kami menyediakan panduan ringkas untuk menjawab soal selidik tersebut dengan mudah dan jelas.
Cara Isi Soal Selidik Kajian Indeks Perpaduan di Sekolah untuk Guru
LANGKAH 1
Log Masuk DELIMA
Layari laman DELIMa melalui https://portal.moe-dl.edu.my/
Pastikan paparan seperti yang berikut muncul pada skrin. Klik pada butang biru Log Masuk
Setelah Klik log masuk. Masukkan ID serta kata laluan DELIMa anda.
LANGKAH 2
Klik pada menu Guru
Klik Maklum Balas
LANGKAH 3
Klik Soal Selidik Indeks Perpaduan
Pada skrin Maklum Balas, klik ikon 2. Soal Selidik Indeks Perpaduan
LANGKAH 4
Pilih Zon Sekolah
Pilih zon mengikut lokasi sekolah anda.
Contohnya: jika sekolah berada di Perak, maka pilih Zon Utara.
Pautan hanya akan aktif pada tarikh yang ditetapkan.
LANGKAH 5
Klik untuk Mula
Klik untuk mula dan sila jawab semua soalan dalam borang soal selidik dengan jujur dan bertanggungjawab.
Cara Isi Soal Selidik Kajian Indeks Perpaduan di Sekolah untuk Murid
Siapa yang perlu menjawab soal selidik ini?
Semua murid tahun 6
Semua murid peralihan, murid tingkatan 1,2,3,4,5 dan 6
Semua murid Kolej Vokasional
LANGKAH 1
Layari laman Delima melalui : https://portal.moe-dl.edu.my/
Klik Log masuk dan masukan ID serta kata laluan DELIMA anda.
LANGKAH 2
Anda akan melihat paparan skrin Menu Utama setelah log masuk anda berjaya.
Klik Ikon Tangan pada menu Utama
LANGKAH 3
Klik Ikon R jika anda murid sekolah rendah
Klik Ikon M jika anda murid sekolah menengah
Sila jawab semua soalan dalam borang soal selidik dengan jujur dan bertanggungjawab
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda semua menjawab soal selidik dengan lebih baik.
Artikel Lain : Cara Isi Kajian Kompetensi Digital KPM