DUIT EKASIH:SEMAKAN TARIKH BAYARAN MASUK BANK?

DUIT EKASIH:SEMAKAN TARIKH BAYARAN MASUK BANK?

DUIT EKASIH

Duit ekasih. Sistem eKasih 2021 ialah satu sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.

Ringkasnya, bantuan duit eKasih adalah untuk mereka yang miskin tegar.

Bagi mereka yang sudah mendaftar anda boleh terus login eKasih.

Untuk mengetahui syarat kelayakan permohonan duit eKasih 20213, cara memohon bantuan ini serta tarikh bayaran duit ekasih masuk ke bank, baca info selanjutnya di bawah.

 

Apakah eKasih?

eKasih adalah sistem Bank Data Kemiskinan Nasional​​ yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program / bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program / bantuan yang diterima.

Melalui komponen data dalam sistem eKasih ini, pengakses boleh:

  1. Membuat semakan status kemiskinan secara online
  2. Menyelaraskan maklumat bantuan
  3. Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online
  4. Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  5. Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
  6. Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan

Selain tujuan di atas, data eKasih juga akan digunakan untuk pemberian bantuan skim i-Suri KWSP sebanyak RM480 setahun seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019.

 

 

Syarat Kelayakan eKasih

Bagi memohon bantuan duit eKasih 2021, seseorang dikira layak apabila tergolong dalam yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa, iaitu kira-kira RM1,500 (bandar) atau RM1,000 (luar bandar) sebulan.

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) setiap dua tahun sekali.

Untuk rujukan yang lebih terperinci, PGK semasa adalah seperti berikut mengikut negeri :

 

 

 

Panduan Pendaftaran Duit ekasih

Individu yang ingin mendaftar Duit ekasih boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN).

Individu / orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui

  • telefon
  • surat
  • e-mel rasmi
  • membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)

Bagi anda yang belum membuka akaun SSPN untuk anak anda sekarang boleh buka akaun SSPN secara online.

Berikut adalah senarai nombor telefon yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran.

  1. PPN Perlis : 04-9731976
  2. PPN Kedah : 04-7209236
  3. PPN P.Pinang : 04-2185700
  4. PPN Perak : 05-2497400
  5. PPN Selangor : 03-55213600
  6. PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
  7. PPN N.Sembilan : 06-7659945
  8. PPN Melaka : 06-3333333
  9. PPN Johor : 07-2234777
  10. PPN Pahang : 09-5178208
  11. PPN Terengganu : 09-6272000
  12. PPN Kelantan : 09-7455000
  13. PPN Sarawak : 082-446582
  14. PPN Sabah : 088-484800

 

 

*Kelulusan penyaluran bantuan dan tempoh bantuan yang diberikan tertakluk kepada keputusan agensi pemberi bantuan berdasarkan syarat dan kriteria bantuan yang telah ditetapkan mengikut agensi masing-masing.

 

Maklumat Yang Diperlukan Pendaftaran eKasih

Untuk memohon eKasih 2021, pemohon perlu melengkapkan 9 komponen bagi Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) iaitu:

  1. Butiran KIR dan AIR
  2. Lokasi
  3. Kediaman
  4. Pendidikan
  5. Kemahiran dan pekerjaan
  6. Harta
  7. Kesihatan
  8. Bantuan
  9. Pendapatan

*Data eKasih digunakan oleh agensi pemberi bantuan bagi mengenal pasti mereka yang benar-benar layak berasaskan kepada profil terkini dan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.

 

Semakan Status eKasih 2021

Semakan status eKasih boleh dibuat secara online melalui pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx

 

Anda juga boleh menghubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN – Bahagian / Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status.

 

Tarikh Bayaran Duit eKasih

*AKAN DIKEMASKINI

Kerajaan masih belum mengumumkan tarikh rasmi pembayaran Duit ekasih. Tarikh bayaran eKasih akan dikemaskini setelah kerajaan mengumumkan tarikh rasmi pembayaran duit eKasih.

 

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan Duit ekasih 2021, layari laman web rasmi Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri.

Anda boleh menghubungi PPN Negeri seperti dalam senarai di atas atau ibu pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri di talian 03-8000 8000 untuk menyalurkan sebarang kemusykilan.

Pertanyaan melalui e-mel boleh dihantar kepada [email protected]

 

Unit Penyelarasan Pelaksanaan,

Jabatan Perdana Menteri Bangunan Perdana Putra,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62502 Putrajaya, Malaysia

 

Baca Juga:DUIT KWAMP 2023:SEMAKAN TARIKH MASUK BANK?

Leave a Comment