PERMOHONAN KEMASUKAN TAHUN 1 SRA JAIM 2024/2025

PERMOHONAN KEMASUKAN TAHUN 1 SRA JAIM 2024/2025

SRA JAIM

Kepada para ibu bapa yang berada di negeri melaka yang ingin menghantar anak ke Sekolah Rendah Agama Islam Melaka (SRA JAIM), kini permohonan kemasukan murid tahun 1 bagi sesi 2024/2025 telah dibuka. Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan, semoga membantu.

 

APA ITU SRA JAIM

Sekolah Rendah Agama Islam Melaka merupakan institusi pendidikan peringkat rendah di bawah pengurusan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Institusi pendidikan ini berperanan dalam memberikan pendidikan kepada murid-murid terutamanya pendidikan berkaitan dengan Agama Islam di peringkat rendah.

 

SYARAT PERMOHONAN SRA JAIM

Berikut adalah merupakan syarat permohonan kemasukan ke sekolah ini iaitu:

  • Warganegara Malaysia
  • Kanak-kanak lahir pada 2 Januari 2017 sehingga 1 Januari 2018.
  • Permohonan perlu dibuat secara atas talian sahaja.

 

TARIKH PERMOHONAN KEMASUKAN SRA JAIM

Ibu bapa yang berminat boleh membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Rendah Agama Islam Melaka boleh dibuat mulai 3 April 2023 sehingga 31 Ogos 2023 secara atas talian.

 

 SENARAI SEKOLAH RENDAH AGAMA JAIM

Anda boleh merujuk senarai sekolah ini di seluruh Negeri Melaka pada pautan dibawah:

 

CARA PENDAFTARAN SRA JAIM ONLINE

Untuk membuat permohonan, ibu bapa boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan https://iems.melaka.gov.my.
  2. Klik bahagian Daftar Ibu Bapa/Penjaga.
  3. Masukkan email dan klik Daftar
  4. Semak email.
  5. Klik pautan yang diberkan ke dalam email.
  6. Lengkapkan maklumat yang diperlukan. Isi maklumat permohonan yang ditetapkan dan klik butang ‘Next’ dalam setiap paparan.
  7. Setelah semua maklumat diisi, klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

 

SEMAK KEPUTUSAN PERMOHONAN SRA JAIM

Keputusan permohonan kemasukan ke Sekolah Rendah Agama Islam Melaka bagi Tahun 1 2024/2025 akan dikeluarkan pada (dikemaskini kemudian) melalui pautan https://iems.melaka.gov.my.

Pihak sekolah akan mengeluarkan keputusan permohonan pendaftaran sama ada berjaya atau tidak melalui email yang telah didaftarkan oleh ibu bapa/penjaga.

 

 DOKUMEN DIPERLUKAN PENDAFTARAN SRA JAIM

Dokumen yang perlu disertakan semasa pengesahan pendaftaran adalah seperti berikut:

  • Salinan Sijil Lahir anak
  • Salinan Sijil Lahir anak (1 keping)
  • Salinan Kad Pengenalan Ibubapa / Penjaga (1 keping)
  • Salinan surat nikah/surat cerai ibubapa
  • Salinan bil utiliti (letrik, air untuk bukti tempat tinggal).
  • Laporan kesihatan doktor (jika berkaitan)
  • 3 keping anak gambar berukuran passport.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk daptkan maklumat lanjut mengenai kemasukan Tahun 1 ke Sekolah Rendah Agama Islam Melaka untuk sesi akademik 2024/2025, anda boleh melayari portal rasmi Jabatan Agama Islam Melaka 

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment