PERMOHONAN TABUNG KEUSAHAWANAN SISWA UITM (Pinjaman Sehingga RM3000)
Kepada para pelajar atau mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang memerlukan bantuan pinjaman bagi tujuan menjalankan perniagaan, anda boleh membuat permohonan menerusi Tabung Keusahawanan Siswa UiTM. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat permohonan secara online dan syarat kelayakan yang ditetapkan, semoga membantu.
APA ITU TABUNG KEUSAHAWANAN SISWA
Tabung Keusahawanan Siswa ini diuruskan oleh Akademi Pembangunan PKS dan Keusahawanan Malaysia (MASMED) bagi melahirkan lebih ramai pelajar atau mahasiswa yang terlibat dalam bidang keusahawanan.
TUJUAN TABUNG KEUSAHAWANAN SISWA
Tujuan Tabung Keusahawanan Siswa ini adalah bagi membantu pelajar atau mahasiswa yang memerlukan dana untuk memulakan perniagaan atau menambah modal perniagaan.
KELBIHAN TABUNG KEUSAHAWANAN SISWA
Antara Kelebihan tabung pinjaman ini adalah:
- Merupakan pinjaman mudah tanpa faedah.
- Menggalakkan pelajar UiTM menjana pendapatan melalui perniagaan
SYARAT KELAYAKAN TABUNG KEUSAHAWANAN SISWA
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan kepada para pelajar atau mahasiswa UiTM iaitu:
- Merupakan pelajar UiTM sepenuh masa.
- Bagi memulakan atau mengembangkan perniagaan yang sedia ada.
- Menghadiri temuduga yang telah ditetapkan (sekiranya perlu).
- Mempunyai SSM.
- Wajib mengisi borang MyENt.
- Pernah menyertai program keusahawanan anjuran MESMED (sekiranya ada).
KADAR PINJAMAN TABUNG KEUSAHAWANAN SISWA
Berikut adalah merupakan kadar pinjaman yang ditawarkan yang boleh dimohon iaitu:
- Kadar pinjaman minima: RM500
- Kadar pinjaman maksima: RM3000.
TEMPOH BAYARAN BALIK PINJAMAN TABUNG KEUSAHAWANAN SISWA
Tempoh bayaran balik adalah selama 10 bulan daripada tarikh penerimaan pinjaman. Pelaajr hanya membayar kembali jumlah yang dipinjam sahaja ini tiada sebarang faedah yang dikenakan.
CARA PERMOHONAN TABUNG KEUSAHAWANAN SISWA UITM
Kepada pelajar yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan, berikut adalah cara membuat permohonan:
- Layari pautan Permohonan Tabung Keusahawanan Siswa – MASMED
- Masukkan no pelajar dan klik Semak.
- Isikan segala maklumat yang diperlukan pada borang permohonan dengan lengkap
- Muat naik segala dokumen yang diperlukan.
- Setelah lengkap, semak kembali maklumat anda dan klik Hantar
- Selesai
SEMAK STATUS PERMOHONAN TABUNG KEUSAHAWANAN SISWA UITM
Setelah anda membuat permohonan, berikut adalah merupakan cara untuk anda membuat semakan status permohonan iaitu:
- Layari pautan Semakan Status Permohonan Tabung Keusahawanan Siswa – MASMED
- Masukkan no permohonan dan no kad pengenalan kemudian klik Semak.
- Status permohonan anda akan dipaparkan.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut lagi mengenai Tabung Keusahawanan Siswa Uitm, anda boleh layari website rasmi Akademi Pembangunan PKS dan Keusahawanan Malaysia (MASMED)
ARTIKEL LAIN
e-Kolej UiTM (Semakan Check Penempatan Kolej Kediaman UiTM)