Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah(Format Terkini)

Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)

Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah

 

Pernah dengar penyewa dari neraka?Ramai tuan rumah merana kerana mendapat penyewa yang mungkir janji dan tmenimbulkan pelbagai masalah. Rata-rata tuan rumah sering membuat Surat Perjanjian Sewa Rumah dengan mulut sahaja.Kira cakap-cakap, setuju, salam, terus jadi, memang ambil jalan mudah je kan. Tak ada yang fikir nak tulis kontrak sebab leceh, dan kena bayar pula nak dapatkan nasihat peguam.Memang janji pakai mulut ni senang, tapi kalau boleh, tolong la elakkan, sebabnya kalau ada apa-apa masalah nanti, kami jamin memang susah nak selesaikan.Lagi-lagi bila dah melibatkan kes mahkamah apabila tuan rumah dengan penyewa ada konflik dengan terma sewa yang dah dijanjikan sebelum ni.

Apa Itu Surat Perjanjian Sewa Rumah

Perjanjian rumah sewa ni adalah kontrak perjanjian antara tuan rumah dan sudah tertulis kewajiban dan tanggungjawab semua pihak sepanjang tempoh menyewa.

Kontrak ni wajib dan digunakan untuk melindungi hak tuan rumah dan juga penyewa, melalui undang-undang dan syarat-syarat tertentu sepanjang tempoh penyewaan.

Dalam kontrak tu juga ada semua maklumat rumah yang disewa, perabot, peralatan dan semua kemudahan yang termasuk dalam sewa.

Tapi, nak buat kontrak menyeluruh yang lengkap dan ada semua maklumat tu kenalah rujuk pakar, dalam hal ni peguam hartanah yang boleh tolong rangka dan tulis Perjanjian Rumah Sewa tu.

Buat masa ni memang tak ada undang-undang di Malaysia yang kawal perjanjian sewa rumah ni, jadi tuan rumah atau penyewa boleh letak apa-apa terma yang mereka nak supaya kontrak tu akan bagi manfaat pada dua-dua pihak.

Kalau tiada kontrak bertulis, anda sebagai tuan rumah atau penyewa boleh berdepan risiko besar kerana tiada dokumen untuk menyokong anda!

Kepentingan Surat Perjanjian Sewa Rumah

Mungkin ada kes penyewa gagal bayar sewa, atau tertunggak berbulan-bulan sehingga pemilik bertindak mengunci pintu pagar.

Ada juga yang menceroboh rumah yang disewakan, atas alasan mahu ‘mengusir’ penyewa setelah gagal berbincang.

Terdapat juga kes, tuan rumah mengarahkan penyewa berpindah, sedangkan penyewa baharu mendiami rumah tersebut.

Selain itu, ada juga rumah disewa rosak teruk akibat sikap tidak bertanggungjawab penyewa hingga fobia nak menyewakan rumah terhadap sesiapa lagi.

Sekiranya anda berminat membeli rumah, boleh layari di sini : https://www.iproperty.com.my/

Terma Penting Dalam Surat Perjanjian Sewa Rumah

Dalam surat perjanjian sewa rumah ia mengandungi terma-terma penting dan butiran seperti berikut:

  • Nama penyewa,
  • Nombor telefon,
  • Peranan dan tanggungjawab kedua belah pihak
  • Tindakan yang akan dikenakan sekiranya kedua belah pihak melanggar perjanjian sewa
  • Tandatangan Pemilik (Tuan Rumah), Penyewa, dan Saksi
  • Duti setem

Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah

Berikut adalah contoh surat perjanjian sewa rumah yang boleh anda rujuk dan edit sekiranya perlu.

 

PERJANJIAN PENYEWAAN RUMAH UNTUK KEDIAMAN

PERJANJIAN ini dibuat pada ……………………….…..haribulan………………..……….. di antara pihak berikut:

  • ‘Tuan Rumah’

(Nama) …………………………………………………….……………….

(No Kad Pengenalan) ………………………………………………………

  1. ‘Penyewa’

(Nama) ……………………………………………………………………… (No.Kad Pengenalan) ………………………………………………………..

BAHAWASANYA

  1. Tuan Rumah adalah pemilik sah dan berdaftar bagi rumah di alamat ……………………………………………………………………………………………… (selepas itu disebut sebagai “Rumah tersebut”).
  2. Tuan Rumah bersetuju menyewakan kepada Penyewa dan Penyewa bersetuju menyewa dari Tuan Rumah untuk seluruh ruang rumah tersebut serta menggunakan segala kemudahan-kemudahan yang diadakan.
  3. Penyewaan ini adalah untuk tempoh selama……………….bermula pada………..…..dan berakhir pada …………………tertakluk pada syarat-syarat yang terkandung di dalam surat Perjanjian ini.
  4. Penyewa bersetuju membayar kepada Tuan Rumah sewa bulanan sebanyak (Ringgit Malaysia…………………………….RM:…………..sebulan hendaklah di bayar terlebih dahulu pada……………….haribulan (tiap-tiap bulan).
  5. Penyewa bersetuju membayar sejurus selepas menandatangani perjanjian ini sebanyak (Ringgit Malaysia……………………………………….. ( RM………………….) sebagai bayaran cagaran dan sebanyak (RM…………………..) bagi bayaran air dan api sebagai pendahuluan untuk memenuhi syarat-syarat yang terkandung didalam perjanjian ini.
  6. Penyewa ialah penama berdaftar dalam borang Maklumat Penghuni Rumah.

BORANG MAKLUMAT PENYEWA

Nama
No. Kad Pengenalan
No. Tel. Bimbit
Alamat Tetap/Asal
No. Telefon
Pekerjaan
Alamat Pejabat
No. Tel. Pejabat
No. Faks
Tempoh Sewaan
Jumlah penghuni

PERHATIAN: SEGALA MAKLUMAT YANG DIBERIKAN ADALAH SEBAGAI RUJUKAN BAGI PIHAK TUAN RUMAH DAN IA DIKLASIFIKASIKAN SEBAGAI SULIT SERTA TIDAK AKAN DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN SELAIN DARIPADA PROSES PERJANJIAN PENYEWAAN RUMAH UNTUK KEDIAMAN INI.

TANGGUNGJAWAB PENYEWA

  1. Membayar sewa pendahuluan pada hari seperti mana ditetapkan.
  2. Bertanggungjawab membayar segala bil-bil air, elektrik dan telefon yang dikenakan pada Rumah tersebut semasa penyewaan ini berjalan.
  3. Penyewa bertanggungjawab secara peribadi dan / atau bersama untuk membayar bayaran sewa dan bayaran perenggan (2).
  4. Tidak mengunakan dan/atau membenarkan Rumah Tersebut dan/atau sebahagian daripada Rumah tersebut digunakan untuk apapun jenis perniagaan atau urusan perniagaan tanpa kebenaran bertulis dari Tuan Rumah.
  5. Tidak menyewakan atau menyerahkan samada secara keseluruhan dan/atau sebahagian dari ruang rumah tersebut kepada orang lain tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran dari Tuan Rumah dan sekiranya penyewa mengingkari kehendak dan maksud perenggan ini maka Tuan Rumah berhak mengutip kesemua bayaran sewa yang dibayar oleh orang lain dan/atau seterusnya Tuan Rumah berhak mengambil apa-apa tindakan seperti mana yang ditetapkan dalam surat perjanjian ini.
  6. Tidak membenarkan dan/atau melaksanakan apa-apa perubahan bentuk dan/atau perubahan tambahan samada dibahagian luar atau bahagian dalam Rumah Tersebut walau dengan apa cara sekali pun tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Tuan Rumah.
  7. Tidak akan menyimpan dan/atau membiak sebarang haiwan didalam kawasan rumah dan/atau dimana sahaja dalam Rumah Tersebut.
  8. Tidak akan meletak dan/atau menyimpan didalam Rumah Tersebut apa jua bahan beracun dan/atau bahan merbahaya yang mudah meletup dan/atau yang mudah sangat terbakar kecuali setelah memenuhi tuntutan undang-undang dan mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa berkenaan dan persetujuan Tuan Rumah.
  9. Menjaga kebersihan seluruh luar dan dalam bangunan Rumah Tersebut termasuk ruangan kaki lima, ruangan tangga serta jalan disekeliling Rumah tersebut sebagaimana ditentukan oleh Tuan Rumah atau pegawai-pegawai atau wakil-wakil yang diberi kuasa olehnya.
  10. Menjaga dan memastikan keadaan didalam Rumah Tersebut sepanjang tempoh penyewaan ini supaya sentiasa didalam keadaan baik dan boleh diduduki (susutan biasa dan kerosakan oleh api, ribut taufan atau lain-lain bencana alam dikecualikan).
  11. Tidak melakukan dan/atau membenarkan sesiapa sahaja melakukan apa saja perbuatan sumbang atau salah laku atau sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang di Rumah Tersebut yang mana ianya boleh menganggu suasana atau ketenteraman atau rasa tidak senang penduduk di kawasan tersebut.
  12. Membenarkan Tuan Rumah atau wakil yang telah diberikan kuasa olehnya atau pekerja-pekerja yang di upah pada bila-bila masa sahaja yang munasabah memasuki Rumah Tersebut untuk membuat pemeriksaan atau pembiakan kepada Rumah Tersebut yang mana Tuan Rumah menganggap adalah mustahak.
  13. Bertanggungjawab membaiki sebarang kerosakan yang disebabkan oleh penyewa atau pekerja-pekerja yang diupah penyewa atau pelawat dengan kebenaran Penyewa kepada kawasan bangunan, longkang ataupun lain-lain bahagian yang berkenaan atau membayar balik kepada Tuan Rumah semua perbelanjaan-perbelanjaan yang dibelanjakan bagi membaiki kerosakan itu yang disebabkan oleh penyewa.
  14. Menyerahkan kembali Rumah Tersebut dengan keadaan baik, bersih dan aman kepada Tuan Rumah apabila tempoh perjanjian penyewaan ini tamat ataupun ditamatkan mengikut syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian.

TANGGUNGJAWAB TUAN RUMAH

  1. Akan membayar Cukai Pintu,Cukai Tanah, Indah Water, Bil penyelenggaraan yang dikenakan ke atas Rumah Tersebut.
  2. Membaiki sebarang kerosakan besar yang menimpa ke atas Rumah Tersebut yang mana ianya bukan di sebabkan oleh kelalaian dan juga membaiki apaapa kerosakan biasa yang disebabkan oleh “Fair Wear dan Tear” dan Tuan Rumah bertanggungjawab bagi mengawas dan mengurus segala kerja-kerja pembaikan ke atas Rumah Tersebut di sepanjang tempoh penyewaan ini.
  3. Memastikan langkah-langkah keselamatan rumah telah dibuat sebelum Penyewa mendiami Rumah seperti pemasangan grill pintu dan tingkap, tombol pintu dan tingkap berada dalam keadaan baik, sistem pendawaian rumah dan bekalan air boleh digunakan dengan baik dan selamat.
  4. Tuan Rumah akan mengembalikan wang cagaran kepada Penyewa pada hari penghujung penyewaan ini tertakluk kepada syarat-syarat di mana wang cagaran boleh digunakan oleh Tuan Rumah bagi menjelaskan sewa rumah yang tertunggak dan/atau untuk perbelanjaan membaiki apa jua kerosakan atau kemusnahan daripada perbuatan sengaja atau cuai atau lalai pihak Penyewa, kakitangan dan/atau wakilnya dan untuk sebarang bayaran yang dikenakan ke atas Penyewa mengikut syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian ini dan/atau perbelanjaan yang di tanggung oleh Tuan Rumah untuk tujuan mengekalkan keadaan rumah seperti keadaan semasa perjanjian ini ditandatangani.
  5. Tuan Rumah berhak untuk menamatkan tempoh penyewaan ini sekiranya berlaku perlanggaran atau bila mana Tuan Rumah berkehendakkan semula Rumah Tersebut bagi apa-apa tujuan dengan mengemukakan tidak kurang dari Satu bulan (1) notis bertulis kepada Penyewa.
  6. Penyewa berhak menamatkan penyewaan dengan member notis bertulis tidak kurang dari satu (1) bulan bertulis kepada Penyewa.
  7. Penamatan oleh Penyewa tidak akan melepaskan Penyewa dari membayar kepada Tuan Rumah apa-apa bayaran yang tertunggak seperti yang dinyatakan dalam perjanjian ini.

 

 

…………………………………

Tuan Rumah / Pemilik
Nama:      
Tarikh:

 

 

…………………………………

Penyewa/Ketua Rumah
Nama:
Tarikh:

 

…………………………………

Saksi
Nama:
Tarikh:

 

…………………………………

Saksi
Nama:
Tarikh:

 

 

Soalan Lazim

 

1) Adakah haiwan peliharaan dibenarkan?

Klausa untuk haiwan peliharaan perlu tertera dalam surat perjanjian tapi kalau tiada, anda perlu dapat kebenaran tuan rumah terlebih dahulu.

Ini adalah kerana haiwan boleh menyebabkan kerosakan kepada rumah atau menjejaskan suasana dalam rumah, lebih-lebih lagi kalau housemate bukanlah pencinta haiwan.

 

2) Boleh penyewa tamatkan perjanjian lebih awal?

Kalau tempoh sewa anda 2 tahun tapi anda mahu batalkan perjanjian selepas 1 tahun mendiami kediaman tersebut, anda boleh… dengan syarat.

Anda masih perlu bayar sewa bulanan untuk 12 bulan seterusnya kerana telah setuju dengan syarat tu dalam perjanjian sewa rumah. Jadi pastikan anda baca perjanjian rumah dengan teliti ye!

 

3) Cara renew perjanjian sewa rumah

Nak duduki kediaman tu lebih lama? Boleh!

Biasanya dalam surat perjanjian, akan ada klausa yang membincangkan hal ni, termasuk syarat pembayaran sebab tuan rumah mungkin akan naikkan harga sewa bulanan.

Jadi, kalau nak lanjutkan tempoh sewa atau perbaharui perjanjian sewa, tuan rumah kena sediakan perjanjian baru dengan syarat dan terma persetujuan yang sama dengan perjanjian pertama, jika tidak dinyatakan sebaliknya.

 

4) Adakah perjanjian masih sah kalau tuan rumah ditukar?

Kalau perjanjian didaftar sebagai pajakan (lease), perjanjian itu akan dipindahkan secara automatik kepada pemilik rumah baru tu.

Tapi kalau kediaman tu disewa kurang dari 3 tahun atau pemilik baru langsung tak tahu ada wujudnya perjanjian sewa ni, dia berhak batalkan perjanjian tersebut.

 

5) Siapa yang bertanggungjawab membaiki kerosakan?

Surat perjanjian sewa rumah kan ada seksyen untuk tanggungjawab penyewa dan tuan rumah?

Untuk kerosakan berkaitan kediaman seperti membaiki grill, tingkap, pagar rumah, biasanya ni tanggungjawab tuan rumah.

Tapi kalau penyewa yang menyebabkan kerosakan, macam lantai atau dinding berlubang, penyewa kena tanggung kos pembaikan sendiri.

Sekiranya dapat buktikan kerosakan tu bukan disebabkan oleh penyewa tapi faktor lain yang tak dapat dikawal, maka penyewa boleh la cuba minta tuan rumah bertanggungjawab.

Artikel Lain : Contoh Surat Pengesahan Majikan

1 thought on “Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah(Format Terkini)”

  1. Dengan penuh hormat, saya ingin mendapat pencerahan tentang Perjanjian Sewa-Rumah.

    Seandainya situasi berlaku begini;

    Penyewa to be telah deposit dan ingin masuk rumah bulan Julai akan datang ini dan telah tanda-tangani surat perjanjian dan kemudiannya membuat Pembatalan untuk terus menyewa.

    Apa akan terjadi kepada Deposit tadi. Adakah Hangus or di kembalikan.

    Pencerahan dipohon terima kasih.

    Balas

Leave a Comment