Contoh Surat Pengesahan Majikan 2023(Format Terkini)
Sebagai kakitangan sesebuah syarikat, anda memerlukan Contoh Surat Pengesahan Majikan atau Surat Pengesahan Jawatan semasa ingin membuat urusan rasmi yang melibatkan status kewangan seperti pinjaman bank, pembelian rumah, memohon bantuan dari badan tertentu, membuat pendaftaran UPU untuk sambung belajar dan sebagainya
Ia adalah antara dokumen paling penting yang diperlukan oleh institusi kewangan atau badan tertentu untuk mengetahui kadar gaji dan bonus serta tempoh perkhidmatan bagi memastikan seseorang pekerja layak kredit atau membuat pinjaman. Kami akan membantu anda dengan menyediakan contoh surat pengesahan majikan yang terkini.
Tujuan Surat Pengesahan Majikan
Contoh Surat Pengesahan Majikan atau Surat Pengesahan Jawatan biasanya diperlukan dalam pelbagai fungsi seperti berikut:
- Surat Pengesahan Majikan untuk buka akaun bank
- Surat Pengesahan Majikan untuk pinjaman bank
- Surat Pengesahan Majikan untuk urusan rasmi
- Surat Pengesahan Majikan untuk memohon bantuan
- Surat Pengesahan Majikan untuk pendaftaran UPU
Item Penting Dalam Surat Pengesahan
Secara umumnya, Surat Pengesahan Majikan memerlukan pengesahan majikan dan beberapa butiran penting iaitu:
- nama syarikat
- alamat pejabat
- nama pekerja
- kad pengenalan pekerja
- tempoh / tarikh berkhidmat
- status jawatan
- gaji pokok
- elaun tambahan
NOTA: Pastikan anda mencetak surat ini menggunakan letterhead syarikat ya!
Contoh Surat Pengesahan Majikan
Dalam contoh yang ini dilampirkan Contoh Surat Pengesahan Jawatan yang dilampirkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melalui laman web rasmi
Ruj. Tuan:
Ruj. Kami:
Tarikh :
Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Bahagian Perkhidmatan Aras 8, Blok C7, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62520 PUTRAJAYA
Tuan,
SURAT PENGESAHAN JAWATAN DAN BUTIR-BUTIR PERKHIDMATAN
Dengan ini disahkan bahawa penama di bawah merupakan pegawai kami di Syarikat ………………………………………………..
Berikut adalah butir-butir perkhidmatan beliau:
- Nama :
- No. Kad Pengenalan :
- No. Pekerja/No. Gaji :
- Tarikh Mula Berkhidmat :
- Tarikh Meletak Jawatan :
- Jawatan
- Bahagian :
- Status Jawatan : ( Tetap / Kontrak / Sementara / Sambilan )
- Gaji Pokok
- Gaji Pokok
(termasuk elaun) :
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
………………………………………………..
(Nama Pegawai Yang Mengesahkan)
Nama / Cop Syarikat
Contoh Surat Pengesahan Majikan Bagi Pendatang Tanpa Izin
LAMPIRAN
CONTOH FORMAT SURAT PENGESAHAN MAJIKAN
KEPALA SURAT (SYARIKAT)
No. Rujukan: Tarikh:
Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Jabatan Imigresen Malaysia
No.15, Tingkat 7 (Podium)
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62550 PUTRAJAYA
(u.p: Pengarah Bahagian Penguatkuasa)
Y.Bhg. Dato’,
PENGESAHAN MAJIKAN BAGI PROGRAM PENGGAJIAN DAN PENEMPATAN SEMULA PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI)
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.
- Dengan ini disahkan bahawa penama di bawah adalah pekerja sedia ada di syarikat ini. Berikut adalah butiran perkhidmatan penama:
i. Nama :
- Pasport:
- Jawatan:
- Pendapatan:
- Tarikh Mula Berkhidmat:
- Surat Pengesahan ini hanya bagi tujuan permohonan menyertai Program Penggajian Dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).
Sekian, terima kasih.
Tandatangan Pengarah Syarikat (Nama Pengarah Syarikat) Jawatan:
No. Tel:
No. Faks:
Cop Syarikat:
Contoh Surat Pengesahan Majikan Swasta
Tarikh: xxxxxxxxxx Kepada yang berkenaan,
Tuan/Puan,
PERKARA : PENGESAHAN PEKERJA MAT BIN ALI
Adalah diperakui dan disahkan bahawa penama di atas, MAT BIN ALI, No kad pengenalan: xxxxxx-xx-xxxx merupakan kakitangan kami yang berjawatan sebagai Eksekutif (Pentadbiran) dan telah bertugas sejak dari tahun 2009 sebagai pekerja am dengan purata pendapatan sebanyak RM xxxx.xx.
Sekian, terima kasih.
Yang benar
PENGURUS BESAR SYARIKAT
Contoh Surat Pengesahan Majikan Syarikat
SURAT PENGESAHAN PEKERJA MAT BIN ALI ABC SDN BHD, 06000 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN NO. TEL:
Adalah diperakui dan disahkan bahawa penama di atas, MAT BIN ALI, No kad pengenalan: xxxxxx-xx-xxxx telah bertugas sejak dari tahun 2009 di ABC SDN. BHD sebagai pekerja am dengan purata pendapatan sebanyak RM xxxx.xx.
(NAMA PENGURUS) JAWATAN XYZ SDN BH
Antara sebab kenapa perlunya sesebuah majikan membuat Surat Pengesahan Majikan & jawatan ini kepada pekerja adalah untuk memberi ruang kepada pekerja membuat pinjaman bank, pinjaman perumahan RUMAWIP, sambung belajar, buka akaun bank dan banyak lagi, yang membuktikan seseorang itu ada prove tentang pekerjaan yang sedang beliau lakukan.
Sila pastikan juga surat pengesahan yang dibuat mempunyai tanda tangan atau cop yang SAH oleh pengurus syarikat tertuamanya, juga diingatkan penipuan dalam membuat surat pengesahan adalah kesalahan yang amat berat.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda semua.
Artikel Lain : Contoh Surat Rasmi : Aduan,Rayuan dan Lain-lain