SULUNG B40(Permohonan Pengecualian Yuran IPT Wakil Pertama Keluarga)

SULUNG B40(Permohonan Pengecualian Yuran IPT Wakil Pertama Keluarga)

SULUNG B40

Keapda anak pertama bagi setiap keluarga golongan B40 yang berjaya melanjut penggajian ke peringkat pengajian tinggi, anda boleh membuat permohonan SULUNG yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Disini kami akan kongsikan kepada anda cara permohonan dan syarat kelayakan, semoga membantu.

 

APA ITU SULUNG B40

Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG) 2.0 diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) merupakan bantuan pembiayaan pendidikan kepada pelajar yang merupakan ndividu pertama dalam keluarga yang melanjutkan pengajian di peringkat pengajian tinggi dan daripada keluarga B40.

 

INISIATIF SULUNG

Inisiatif ini dilaksanakan berdasarkan terdapat anak-anak daripada golongan B40 memperoleh keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mahupun Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) namun tidak berpeluang meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi akibat kekangan kewangan dan peluang.

 

MANFAAT SULUNG

Berikut adalah merupakan manfaat yang diperoleh melalui bantuan ini adalah seperti:

  • Pengecualian pembayaran Yuran Universiti sepanjang tempoh pengajian (kecuali yuran penginapan).
  • Pembangunan insaniah termasuk sokongan akademik dan kaunseling.

 

JENIS BANTUAN SULUNG

Antara jenis bantuan yang disediakan menerusi bantuan ini adalah:

  • Tawaran Biasiswa
  • Asrama
  • Program mentoring sehingga mendapat pekerjaan

 

SYARAT KELAYAKAN SULUNG

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan asas yang ditetapkan bagi permohonan bantuan ini iaitu:

  • Untuk maklumat lanjut tentang program bantuan ini, sila rujuk dengan pihak pengurusan IPT masing-masing.

 

CARA PERMOHONAN SULUNG B40

Berikut adalah merupakan cara permohonan bantuan ini iaitu:

  • Untuk maklumat lanjut tentang program bantuan ini, sila rujuk dengan pihak pengurusan IPT masing-masing.
  • Rujuk portal rasmi Kementerian pendidikan Tinggi (KPT)

 

SULUNG 2.0 UTHM

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mempelawa pelajar yang berminat untuk menyertai  Sulung 2.0 yang akan ditawarkan mulai Semester I Sesi 2023/2024 seperti berikut:

Syarat Kelayakan Sulung 2.0 UTHM

  • Pelajar Merupakan Warganegara Malaysia;
  • Pelajar Sedang Mengikuti Pengajian Di Peringkat Ijazah Sarjana Muda Dalam Mana-Mana Bidang Pengajian Di UTHM;
  • Anak Pertama Dalam Keluarga B40 Yang Belum Ada Ahli Keluarga Melanjutkan Pengajian Ke Perindkat Ijazah Sarjana Muda;
  • Memperolehi PNGK Sekurang-Kurangnya 3.0 Ke Atas; Dan Bukan Merupakan Penerima Biasiswa Penuh Pengajian Daripada Mana-Mana Pihak (Tidak Termasuk Penerima Pinjaman PTPTN / Pinjaman Boleh Ubah / Zakat Dan Lain-Lain Bantuan Kewangan Bukan Berbentuk Biasiswa Penuh)

Tarikh Permohonan Sulung 2.0 UTHM

  • Permohonan dibuka mulai 1 Oktober 2023 sehingga 15 Oktober 2023.

Cara Permohonan Sulung 2.0 UTHM

  • Layari pautan Permohonan Program Pembangunan Siswa Sulung 2.0 UTHM
  • Baca syarat dan kriteria permohonan.
  • Isikan segala maklumat yang diperlukan pada ruangan tersedia dengan lengkap dan betul.
  • Setelah lengkap klik butang Submi’ untuk menghantar permohonan. Selesai

Maklumat Lanjut

  • Sebarang pertanyaan lanjut b oleh hubungi Encik Nur Azam bin Mohd Napis melalui talian 07-456 4016 atau email ke [email protected].

 

SULUNG 2.0 UM

Universiti Malaya (UM) mempelawa pelajar yang berminat untuk menyertai  Sulung 2.0 yang akan ditawarkan mulai Semester I Sesi 2023/2024 seperti berikut:

Syarat Kelayakan Sulung 2.0 UM

  • Pelajar Merupakan Warganegara Malaysia;
  • Pelajar Sedia ada Yang Sedang Mengikuti Pengajian Di Peringkat Ijazah Sarjana Muda
  • Anak Pertama Dalam Keluarga B40 Yang Belum Ada Ahli Keluarga Melanjutkan Pengajian Ke Perindkat Ijazah Sarjana Muda;
  • Memperolehi PNGK Sekurang-Kurangnya 3.0 Ke Atas;
  • Bukan Merupakan Penerima Biasiswa Penuh Pengajian Daripada Mana-Mana Pihak (Tidak Termasuk Penerima Pinjaman PTPTN / Pinjaman Boleh Ubah / Zakat Dan Lain-Lain Bantuan Kewangan Bukan Berbentuk Biasiswa Penuh)
  • Pemohonan dari kalangan keluarga B40 yang berdaftar dengan eKasih diberikan keutamaan

Tarikh Permohonan Sulung 2.0 UM

  • Permohonan dibuka mulai 23 Ogos 2023 sehingga 28 Ogos 2023.

Cara Permohonan Sulung 2.0 UM

  • Layari pautan Permohonan Program Pembangunan Siswa Sulung 2.0 UM
  • Baca syarat dan kriteria permohonan.
  • Isikan segala maklumat yang diperlukan pada ruangan tersedia dengan lengkap dan betul.
  • Setelah lengkap klik butang Submi’ untuk menghantar permohonan. Selesai

Maklumat Lanjut

  • Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi bahagian khidmat Pengurusan Hal Ehwal Pelajar melalui talian 03-7967 3497/3472 atau email ke [email protected].

 

SULUNG 2.0 USIM

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mempelawa pelajar yang berminat untuk menyertai  Sulung 2.0 yang akan ditawarkan mulai Semester I Sesi 2023/2024 seperti berikut:

Syarat Kelayakan Sulung 2.0 USIM

  • Pelajar Merupakan Warganegara Malaysia;
  • Pelajar Sedia ada Yang Sedang Mengikuti Pengajian Di Peringkat Ijazah Sarjana Muda Dalam Mana-Mana Bidang Pengajian Di USIM
  • Anak Pertama Dalam Keluarga B40 Yang Belum Ada Ahli Keluarga Melanjutkan Pengajian Ke Perindkat Ijazah Sarjana Muda;
  • Memperolehi PNGK Sekurang-Kurangnya 3.0 Ke Atas;
  • Bukan Merupakan Penerima Biasiswa Penuh Pengajian Daripada Mana-Mana Pihak (Tidak Termasuk Penerima Pinjaman PTPTN / Pinjaman Boleh Ubah / Zakat Dan Lain-Lain Bantuan Kewangan Bukan Berbentuk Biasiswa Penuh)
  • Pemohonan dari kalangan keluarga B40 yang berdaftar dengan eKasih diberikan keutamaan

Tarikh Permohonan Sulung 2.0 USIM

  • Permohonan dibuka mulai dibuka sehingga tarikh tutup permohonan pada 28 Ogos 2023 (Isnin) jam 1.00 Tengah Hari.

Cara Permohonan Sulung 2.0 USIM

  • Layari pautan Permohonan Program Pembangunan Siswa Sulung 2.0 USIM
  • Baca syarat dan kriteria permohonan.
  • Isikan segala maklumat yang diperlukan pada ruangan tersedia dengan lengkap dan betul.
  • Setelah lengkap klik butang Submi’ untuk menghantar permohonan. Selesai

Maklumat Lanjut

  • Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Pusat Hal Ehwal Pelajar melalui talian 06-798 6151/6160 atau email ke [email protected].

 

TAWARAN INISIATIF KPT 2023/2024

Berikut adalah merupakan antara tawaran inisiatif KPT bagi menarik minat generasi muda melanjutkan pengajian ke IPt iaitu:

  1. Memperkenalkan sistem pembelajaran hibrid dan anjal.
  2. Pengajian bagi sesetengah program dipendekkan daripada 4 tahun kepada hanya 3 tahun.
  3. Inisiatif Program Pembangunan Siswa Sulung (SULUNG).
  4. Memperkenalkan Program Asasi TVET.
  5. KPT bersama-sama dengan Jabatan Politeknik Dan Kolej Komuniti sedang memuktamadkan proses membolehkan pengambilan pemegang-pemegang sijil kemahiran dari semua jenis institusi kemahiran untuk menyertai Politeknik.

 

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment