e-Kolej UiTM (Semakan Check Penempatan Kolej Kediaman UiTM)

e-Kolej UiTM (Semakan Check Penempatan Kolej Kediaman UiTM)

e-Kolej UiTM

Para mahasiswa seringkali mengalami masalah untuk mencari rumah sewa yang berdekatan dengan tempat pengajian. Harga sewa yang tinggi juga menjadi masalah utama untuk setiap mahasiswa mendapatkan rumah sewa yang sesuai.Sekiranya anda tidak dapat penempatan di kolej kediaman, jangan risau. Kami akan membantu anda dengan memberi panduan ringkas untuk membuat rayuan e-Kolej Uitm.

 

Permohonan Rayuan Kolej Kediaman UiTM 

Permohonan rayuan kolej boleh dibuat secara dalam talian melalui sistem e-Rayuan Kolej UiTM yang dibuka mulai 13 hingga 23 September 2022

Keputusan permohonan e-Rayuan Kolej akan dikeluarkan mulai 28 September 2022

 

Syarat Permohonan Rayuan e-Kolej UiTM 

Tawaran kolej kediaman untuk pelajar yang sedang membuat rayuan adalah tertakluk kepada kriteria termasuk merujuk polisi penempatan UiTM; pelajar semester akhir dari keluarga berpendapatan di bawah RM2,000 dan B40 dan pelajar Sabah dan Sarawak dari keluarga berpendapatan di bawah RM2,000.

Sistem e-Rayuan Kolej dibuka kepada :

– Pelajar Non-Residen (NR)

– Pelajar yang gagal permohonan kolej melalui sistem e-kolej

– Pelajar yang tidak membuat permohonan kolej

 

Cara Permohonan Rayuan e-Kolej UiTM 

Permohonan e-Rayuan Kolej boleh dibuat melalui laman web iStudent Portal > eHEP System > e-kolej.

Untuk makluman, pelajar boleh membuat permohonan rayuan kolej mengikut langkah-langkah berikut:

1. Log masuk ke Student Portal

2. Pergi ke bahagian eHEP

3. Klik di bahagian Borang Rayuan Permohonan Kolej (di menu bahagian kiri).

4. Isi borang dan klik hantar.

Berikut juga disertakan contoh surat rasmi bagi permohonan rayuan Kolej Kediaman bagi pelajar yang memerlukan.

 

Contoh Surat Rayuan Permohonan Kolej

Nur Asmah Hussin
JL Auto Servis Kg. Jelor,
16800 Pasir Puteh,
Kelantan Darul Naim.
013-3657043

____________________________________________________________________
Unit Kemudahan Kolej 18 September 2022
Aras 3, Kompleks Budisiswa
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam, Selangor

Tuan,
Permohonan Rayuan Penempatan Kolej Semester 1 Sesi 2022/2023

Berhubung perkara di atas, saya Nur Asmah Hussin
No. KP 920321-03-6234. No. Matrik IET 120007 ingin membuat
rayuan untuk tinggal di asrama Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin
Shah (KK12) bagi kemasukan Semester 1 Sesi 2022/2023 setelah
gagal mendapat kelayakan menduduki kolej yang dipohon iaitu
Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah (KK12) melalui online dan
juga kolej-kolej lain.

2. Kegagalan permohonan ini telah menyukarkan saya bagi mendapatkan penempatan di luar kerana ia
memerlukan kos yang tinggi dan kenderaan sendiri.

3. Untuk makluman tuan, permohonan ini saya ajukan kerana
saya merupakan pelajar tahun akhir Sarjana Muda Usuluddin
(Sejarah dan Tamadun Islam) yang mana hanya berbaki satu
semester pengajian sahaja. Tambahan pula, sebagai pelajar
tahun akhir sarjana muda saya sangat memerlukan penempatan di
asrama Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah (KK12) dalam
menyiapkan ‘final year paper project’ dan memenuhi kuliah yang berbaki 21 Jam Kredit lagi.

4. Oleh yang demikian, saya memohon jasa baik pihak Tuan untuk memudahkan saya bertemu pensyarah-pensyarah bagi
membantu saya dalam pembelajaran juga dalam mencari bahan
menyiapkan ‘final year paper project’ yang memerlukan banyak masa di perpustakaan dan di fakulti. Ini kerana, kemudahan yang terdapat di dalam asrama seperti ruang belajar dan internet juga amat diperlukan dan membantu saya dalam pembelajaran. Selain itu, kemudahan kenderaan iaitu bas juga diperlukan untuk berulang alik ke kuliah.

5. Untuk pengetahuan pihak Pengurusan Kolej, saya telah membuat carian rumah sewa tetapi semuanya penuh. Saya hanya menjumpai rumah yang masih kosong terletak agak jauh. Setelah membuat tinjauan, pergerakan dari lokasi tersebut menggunakan kemudahan awam ‘LRT’ yang memakan masa selama 45
minit dan perlu menukar bas untuk sampai ke fakulti.

Saya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan rayuan
saya dengan sebaik mungkin tanpa sebarang keraguan. Saya
berjanji akan mematuhi peraturan kolej sewajarnya. Respon
positif daripada pihak tuan amatlah saya harapkan dan saya
dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Terima Kasih.

Yang Benar,
(NUR ASMAH HUSSIN)

 

Artikel Lain : Permohonan Rumah Sewa Pelajar IPTA

Leave a Comment