TAPAT & SPAAT (Permohonan Tabung Pinjaman & Skim Pinjaman Akademik ATM)

TAPAT & SPAAT (Permohonan Tabung Pinjaman & Skim Pinjaman Akademik ATM)

TAPAT SPAAT

Anggota ATM serta ahli keluarga ATM dipelawa untuk memohon pinjaman akademik tanpa faedah iaitu Tabung Pinjaman Akademik dan Pengajian Tinggi Tentera (TAPAT) dan Skim Pinjaman Akademik Anak Tentera (SPAAT).

Pemohon tersebut haruslah mereka yang bejaya  melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negeri.

Pinjaman akademik ini diharap dapat membantu anggota ATM, pasangan, dan anak-anak anggota ATM untuk melanjutkan pengajian dan mencapai keputusan akademik yang cemerlang.

ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan benteng pertahanan negara yang bertanggungjawab untuk memastikan Malaysia terhindar daripada segala ancaman luaran samada daripada daratan, lautan dan udara manakala membantu pihak berkuasa awam didalam menangani ancaman dalaman negara. Bagi menentukan tanggungjawab tersebut sentiasa terjamin terutamanya daripada ancaman daratan, maka Tentera Darat Malaysia (TDM) atau lebih sinonim dengan nama Tentera Darat (TD) sahaja sebagai salah satu cabang didalam ATM perlu sentiasa berada dalam keadaan siap sedia sepanjang masa. TD yang berpegang kepada moto “Tentera Darat Teras Utama Kedaulatan Negara” akan terus memastikan keselamatan dan keamanan negara terjamin khususnya bagi menentukan kelangsungan politik, ekonomi dan sosial negara untuk membawa Malayasia kearah negara maju dan aman.

 

Tarikh Permohonan TAPAT & SPAAT

Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan sebelum 17 Februari 2022.

TAPAT SPAAT

Jumlah Pinjaman TAPAT & SPAAT

Jumlah kedua-dua pinjaman akademik yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • 90% daripada yuran keseluruhan pengajian; atau
  • Maksimum RM30,000; atau
  • Mana-mana yang lebih rendah.

 

Jumlah Bayaran Balik Pinjaman T4PAT & SPAAT

 Bayaran balik pinjaman bagi kedua-dua pinjaman akademik tersebut adalah melalui potongan gaji bulanan maksimum 60 bulan.

Kelulusan adalah tertakluk kepada Jawatankuasa Eksekutif Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT).

 

Syarat Permohonan TAPAT & SPAAT 

Syarat permohonan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Anggota ATM; atau
  2. Pasangan anggota ATM; atau
  3. Anak-anak anggota ATM.
  4. Berjaya melanjutkan pengajian di IPT dalam atau luar negara.

 

Cara Memohon 

Untuk membuat permohonan, pemohon perlu mendapatkan borang permohonan melalui pegawai/jurulatih pendidikan di pasukan masing-masing.

Borang permohonan tersebut mestilah dihantar ke Jabatan Arah Pendidikan ATM sebelum tamat tempoh permohonan.

Anda boleh donwload borang di pautan ini

Kelulusan Permohonan

Permohonan yang diterima akan diangkat kepada Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif TKAT untuk kelulusan.

Pemohon akan dimaklumkan sekiranya permohonan tersebut diluluskan.

 

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai TAPAT dan SPAAT, sila layari laman web https://www.mafhq.mil.my/.

Artikel lain : Permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor

1 thought on “TAPAT & SPAAT (Permohonan Tabung Pinjaman & Skim Pinjaman Akademik ATM)”

Leave a Comment