TARIKH KEMASUKAN & PENDAFTARAN MRSM 2024

TARIKH KEMASUKAN & PENDAFTARAN MRSM 2024

TARIKH KEMASUKAN & PENDAFTARAN MRSM

Murid-murid sekolah rendah yang cemerlang mengimpikan untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah yang berprestij seperti MRSM. Peluang untuk sambung belajar di MRSM adalah satu batu loncatan kepada mereka untuk terus Berjaya dalam apa jua bidang yang mereka ceburi.Setelah permohonan dibuat, anda kini boleh membuat semakan Tarikh kemasukan dan pendaftaran ke MRSM pada 2024

 

KENALI MRSM

Maktab Rendah Sains MARA atau MRSM merupakan sejenis sekolah berasrama penuh yang dibina oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) hampir di setiap negeri di Malaysia. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat Bil. 20 Tahun 1966 sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan. MARA merupakan badan berkanun mempunyai sistem kewangan yang tersendiri bagi membantu menjayakan pendidikan dan pembangunan usahawan di kalangan Bumiputera.

Bemula tahun 2020, nisbah pelajar bumiputera dan bukan bumiputera di MRSM adalah 96% bumiputera dan 4% bukan bumiputera. Walau bagaimanapun, hanya MRSM tertentu sahaja mempunyai pelajar bumiputera dan bukan bumiputera. MRSM PKP dan MRSM Ulul Albab hanya mempunyai pelajar bumiputera sahaja.

artikel lain : Contoh Soalan UKKM MRSM

Tarikh Kemasukan & Pendaftaran MRSM

Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) telah mengeluarkan makluman berkenaan tarikh pendaftaran dan jadual pengoperasian MRSM Penggal 3 bagi Sesi 2021/ 2022 di setiap negeri.

Dalam jadual tersebut, dinyatakan bahawa pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 akan mula mendaftar pada 8 Januari 2022 bagi negeri Kumpulan A, manakala bagi negeri Kumpulan B akan mula mendaftar pada 9 Januari 2022.

TARIKH PENDAFTARAN KE MRSM

TingkatanKUMPULAN AKUMPULAN B
48 Januari 20229 Januari 2022
58 Januari 20229 Januari 2022

Tarikh bermula sesi persekolahan bagi pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 yang terbabit adalah pada 9 Januari 2022 bagi negeri Kumpulan A, manakala bagi negeri Kumpulan B akan bermula pada 10 Januari 2022.

TARIKH SESI PERSEKOLAHAN

TingkatanKUMPULAN AKUMPULAN B
49 Januari 202210 Januari 2022
59 Januari 202210 Januari 2022

Sementara itu, pelajar-pelajar MRSM Tingkatan 1, 2 dan 3 akan meneruskan sesi pembelajaran secara atas talian (PdPR) sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

tarikh pendaftaran kemasukan mrsm

Info Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan tentang tarikh pembukaan dan pengoperasian MRSM serta takwim terkini, sila hubungi Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian berikut:

 

  • 03- 2613 4529
  • 03- 2613 4531
  • 03- 2613 4532
  • 03- 2613 4565
  • 03- 2613 4539
  • 03- 2613 4540
  • 03- 2613 4534
  • 03- 2613 4535
  • 03- 2613 4538
  • 03- 2613 4537
  • 03- 2613 4497

Cara Semakan Keputusan MRSM

  1. Cara membuat semakan keputusan MRSM bagi kemasukan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 adalah seperti berikut:
  2. Layari portal rasmi Mara di www.mara.gov.my atau terus ke pautan UKKM MARA di bawah
  3. Log masuk menggunakan ID yang telah didaftarkan.
  4. Keputusan semakan keputusan MRSM 2021 akan dipaparkan seperti gambar di bawah.
  5. Pemohon atau ibu bapa perlu mengesahkan penerimaan tawaran kemasukan menerusi pautan sistem MyMrsm dalam portal Mara.
  6. Sekiranya calon tidak membuat pengesahan penerimaan tawaran dalam tempoh 7 hari, tawaran kepada calon berkenaan dianggap terbatal.

Sila dapatkan info terkini melalui:

Semoga perkongsian jadual tarikh kemasukan dan pendaftaran MRSM ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua.

Leave a Comment