TEKS PENGACARA MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN SEKOLAH

TEKS PENGACARA MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN SEKOLAH

TEKS PENGACARA PENYAMPAIAN WATIKAH.png

Sekolah anda akan mengajurkan majlis penyampaian watikah pelantikan pemimpin sekolah, pasti anda tercari-cari teks ucapan untuk pengacara majlis tersebut.

Majlis, aktiviti atau program tidak sempurna sekiranya tiada Pengacara Majlis. Namun bukan suatu yang mudah untuk menjadi seorang Pengacara Majlis. Majlis dikategorikan kepada dua iaitu rasmi/formal atau tidak rasmi/tidak formal. Ulangkaji perlu dilaksanakan bagi membolehkan persediaan rapi dapat dibuat.

Keyakinan, keberanian, serta sanggup menerima kritikan dan kesilapan merupakan sikap yang perlu ada untuk menjadi seorang Pengacara Majlis yang efisien. Manakala takut, malu serta gugup merupakan sikap yang perlu dijauhi. Selain kebolehan atau bakat yang sedia ada, ia juga boleh dipupuk dengan meningkatkan kekerapan menjadi Pengacara Majlis disamping menyertai kursus berkaitan. Sejujurnya, sikap ini perlu ada bukan sahaja perlu sebagai Pengacara Majlis tetapi boleh dipraktikkan di dalam aktiviti yang melibatkan kita untuk memberikan taklimat, pendapat atau pandangan dalam mesyuarat dan sebagainya.

Kami akan memberikan contoh teks pengacara majlis penyampaian watikah pelantikan pemimpin sekolah.

Definisi Pengacara Majlis

Seseorany yang dilantik secara rasmi untuk dipertanggungjawabkan mengendalikan sesebuah majlis mengikut aturcara yang telah ditetapkan dan merujuk kepada skrip yang telah diluluskan serta berpandukana arahan Pegawai Protokol/ Pengurus Majlis (Event Manager)

Artikel Lain : TEKS PENGACARA MESYUARAT AGONG PIBG

Contoh Teks PENGACARA MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN SEKOLAH

Anda boleh download teks di pautan ini : CONTOH 1

 

Teks PENGACARA MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN SEKOLAH

PRA ALUAN

 Hadirin sekalian.

Kita akan menyanyikan lagu Bangsa Johor dan lagu Negaraku.

Hadirin diminta berdiri dan bersedia.

SALUTASI

 Bismillahirahmanirahim….

  1. Yang Berusaha Cikgu Hj Zainuddin bin Hj Mohd Alie, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Masai
  2. Guru-guru penolong kanan

3.Ketua-ketua panitia

  1. Guru Bimbingan dan Kaunseling

Seterusnya,

para guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

UCAPAN ALU-ALUAN SELAMAT DATANG

Dalam suasana pagi yang indah dan harmoni, majlis mengalu-alukan guru-guru dan murid-murid dalam Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Sekolah Kebangsaan Kota Masai bagi Tahun 2019.

Untuk pengetahuan hadirin, murid-murid yang terpilih sebagai pengawas sekolah, pembimbing rakan sebaya dan pengawas pusat sumber sekolah dipilih berdasarkan kriteria akademik, sahsiah dan ketrampilan. Pelantikan murid-murid ini diharap mampu untuk membantu sekolah dalam memartabatkan ilmu dan disiplin sebagai penggerak utama.

 

BACAAN DOA SELAMAT

Hadirin sekalian, sebelum majlis beranjak jauh, majlis akan dimulakandengan bacaan doa.

Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan,                        , untuk menerajui doa selamat sebagai permintaan hajat dan restu, agar majlis kita diberkati hendakNya.

Dipersilakan dengan segala hormatnya.

(Bacaan Doa)

Amin,Amin Ya Rabbal A’lamin. Semoga lafaz doa kita tadi, diberkati Allah s.w.t hendaknya.  Terima kasih diucapkan.

 

UCAPAN GURU BERTUGAS

Hadirin yang dimuliakan ,

Majlis akan diteruskan dengan ucapan daripada Guru Bertugas Minggu Lepas.

Dengan ini, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya menjemput dan mempersilakan, __________________________________________,  Guru Bertugas Minggu Lepas untuk menyampaikan ucapannya.

Dipersilakan

________________________________________________________

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

 

UCAPAN GURU BESAR,

Hadirin yang dimuliakan ,

Majlis akan diteruskan dengan ucapan daripada Tuan Guru Besar.

Dengan ini, majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha, Cikgu Hj Zainuddin bin Hj Mohd Alie, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Masai untuk menyampaikan ucapannya.

Dipersilakan

________________________________________________________

 

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

WATIKAH PELANTIKAN

Hadirin sekalian, majlis seterusnya beralih kepada acara kemuncak yang dinantikan.

Untuk itu, majlis mempersilakan Cikgu Haji Zainuddin bin Hj Mohd Alie, Guru Besar SekolahKebangsaan Kota Masai diiringi oleh_________________________________________   untuk menyempurnakan upacara watikah pelantikan pemimpin sekolah sesi 2019.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Dipersilakan,

.

.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan Haji Kamarudin bin Abu Hasan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Masai kerana menyempurnakan watikah pelantikan sebentar tadi.

BACAAN IKRAR

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar dari barisan pemimpin Sekolah Kebangsaan Kota Masai tahun 2019.

Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan                           untuk mengetuai bacaan ikrar. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih. Semoga lafaz ikrar sebentar tadi menjadi pegangan yang tersemat dalam diri pemimpin-pemimpin sekolah.

 

UCAPAN KETUA MURID

 Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Ketua Murid. Untuk itu, majlis mempersilakan                                    untuk menyampaikan ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

 

Kursus Latihan Pengacaraan Majlis

Sekiranya anda berminat untuk menyertai kursus tersebut, anda boleh melayari pautan ini : http://trainingcentre.nuclearmalaysia.gov.my/?page_id=146

Semoga perkongsian berkenaan teks pengacara MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH ini memberikan manfaat kepada anda semua.

2 thoughts on “TEKS PENGACARA MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN SEKOLAH”

Leave a Comment