PERMOHONAN MAKTAB TENTERA DIRAJA (MTD)

PERMOHONAN MAKTAB TENTERA DIRAJA (MTD)

MAKTAB TENTERA DIRAJA (MTD)

Maktab Tentera Diraja (MTD) mempelawa pelajar lelaki Tingkatan Tiga yang memiliki kelulusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) untuk membuat permohonan ke Tingkatan 4 Maktab TenteraDiraja (MTD) bagi tahun pengambilan sesi 2023.

Tawaran permohonan adalah terbuka kepada pelajar dan permohonan tersebut boleh dikemukakan secara atas talian (online) melalui laman sesawang (web) rasmi Maktab Tentera Diraja . Perhatian kepada para calon yang membuat permohonan ke MTD, anda kini boleh mula membuat semakan permohonan anda tersebut.

 

APA ITU MAKTAB TENTERA DIRAJA

Maktab Tentera Diraja(MTD) merupakan satu-satunya sekolah berasrama penuh di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia. MTD komited dalam mematuhi reka bentuk dan susunan pembelajarannya berasaskan displin serta pembudayaan cara hidup ala ketenteraan.

Pengutamaan aspek kecemerlangan dalam setiap program dan pemerkasaan semangat kerjasama serta ketinggian nilai setia kawan menjadikan MTD sebagai HOME OF FUTURE LEADERS yang melahirkan bakal-bakal pemimpin masa hadapan negara.

 

KELEBIHANAN MAKTAB TENTERA DIRAJA

Berikut adalah merupakan anatar kelebihan yang akan diperlohei di MTD ini:

  • Penginapan dan sajian (6 kali sehari).
  • Elaun Putera sebanyak RM 100.00 sebulan.
  • Rawatan kesihatan.
  • Pakaian seragam tentera dan keperluan pemakaian di MTD.
  • Kelas akademik, makmal, perpustakaan dan dewan makan (Wisma Putera) yang berhawa dingin.
  • Buku teks dan keperluan pembelajaran.
  • Kemudahan komputer dan internet di setiap kelas akademik.
  • Program eksplorasi akademik, ekspedisi mencabar, kepimpinan dan jati diri.
  • Perkhemahan dan eksesais tahunan ala ketenteraan.
  • Latihan ketenteraan seperti menembak, kawad kaki, membaca peta dan ilmu medan perang.
  • Waran perjalanan udara tahunan (pergi dan balik) bagi putera-putera dari Sabah, Sarawak dan WP Labuan.

 

SYARAT KELAYAKAN MAKTAB TENTERA DIRAJA

Berikut adlaah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan:

  • Syarat Akademik
    • Lulus Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus secara dalam talian melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
    • Lulus ujian Pemilihan Putera Maktab Tentera Diraja
  •  Syarat Khusus
    • Pemohon (lelaki sahaja) mestilah warganegara Malaysia
    • Berat minimum – 40.5kg
    • Tinggi minimum – 152cm
    • Ukuran dada – 74cm (biasa) 79 cm (tarik nafas)
    • Kesihatan – Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai masalah kesihatan berikut:
      • Flat foot
      • BMI > 27 (obesiti)
      • Impacted earwax
      • ASthma
      • Scoliosis (tulang belakang bengkok)
      • Varicose vain (urat tersimpul)
      • Colour blindness (rabun warna)
      • Myopia (rabun jauh)
      • G6PD deficiency
      • Haemorrhoids (buasir)
      • Inguinal hernia (angin pasang)
      • Tinea (jangkitan kulat pada kulit)
      • Uneven shoulder (bahu tidak seimbang)
      • Braces (tidak dibenarkan memakai pendakap gigi)
      • Temujanji rawatan susulan yang berpanjangan
      • Kecederaan baru atau lama yang dirasakan akan menyebabkan gangguan serta menjejaskan kelancaran sepanjang menjalani latihan di MTD

 

TARIKH PERMOHONAN MAKTAB TENTERA DIRAJA

Permohonan kemasukan ke Maktab Tentera Diraja Malaysia (MTD) bagi tahun 2023 dibuka mulai 30 September hingga 30 November 2022.

 

CARA PERMOHONAN MAKTAB TENTERA DIRAJA (MTD)

Kepada anda yang berminat untuk memasuk MTD, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan permohonan PKSK di pautan https://spskt4.moe.gov.my/. Permohonan boleh dibuat mulai 30 September – 30 November 2022
  2. Pemohon wajib mengisi borang permohonan atas talian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)
  3. Pemohon perlu memilih MTD sebagai pilihan PERTAMA
  4. KPM akan menentukan pusat peperiksaan PKSK di seluruh Malaysia
  5. Pemohon yang lulus PKSK akan dipanggil ke sesi Pemilihan Putera Tingkatan 4 MTD
  6. Pemohon yang lulus Ujian Pemilihan Putera Tingkatan 4 MTD akan ditawarkan ke sesi pengajian Tahun 2023 / 2024

 

CARA SEMAKAN MAKTAB TENTERA DIRAJA( MTD)

Semakan kemasukan ke Maktab Tentera DiRaja (MTD) boleh dibuat melalui pautan berikut:

 

TARIKH PENDAFTARAN MAKTAB TENTERA DIRAJA( MTD)

KPM menetapkan tarikh pendaftaran ke Sekolah Khusus bagi sesi 2023 adalah seperti berikut:

  • Akan dikemaskini kemduin

 

TARIKH RAYUAN MAKTAB TENTERA DIRAJA ( MTD)

Tarikh rayuan secara dalam talian bermula pada *akan dikemaskini kemudian 

 

LOKASI MAKTAB TENTERA DIRAJA

MAKTAB TENTERA DIRAJA
KEM PERDANA SUNGAI BESI
57000 KUALA LUMPUR.
TEL: 03-8946 5562 / 5563 / 5564 / 5565

 

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Sel Promosi dan pengambilan di:

  • Unit Pengambilan & Promosi
Jabatan Pendidikan Tentera,
Maktab Tentera Diraja
 Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
  • Tel : 03-89465562/5565 Isnin-Jumaat (8.15 pagi-5.00 petang)
  • Faks : 03-8946 5530

 

ARTIKEL LAIN

 

PERMOHONAN SEKOLAH KHUSUS PKSK

1 thought on “PERMOHONAN MAKTAB TENTERA DIRAJA (MTD)”

Leave a Comment