TESP MARA 2024(Program Penajaan Pengajian Tertiari)

TESP MARA 2024(Program Penajaan Pengajian Tertiari)

 

TESP MARA

Permohonan TESP MARA 2024 telah dibuka untuk permohonan atas talian. Pelajar lepasan asasi atau STPM dan Diploma yang ingin mendapatkan pinjaman bagi menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Pertama kini boleh memohon Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP) di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Kami akan membantu anda untuk membuat permohonan dengan mudah dan berkesan.

Apa Itu TESP MARA

Untuk makluman, TESP adalah program penajaan berbentuk pinjaman Boleh Ubah di bawah MARA untuk pelajar lepasan STPM , Matrikulasi/Asasi/Diploma dan setaraf yang telah ditawarkan pengajian peringkat Ijazah Pertama dalam bidang dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terpilih bagi sesi kemasukan tahunan

Selain itu, pelajar yang sedang mengikuti pengajian Ijazah Pertama juga boleh memohon program TESP ini.

Tarikh Permohonan TESP MARA 2023

Akan dikemaskini nanti untuk tahun 2023

Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA TESP 2022 telah dibuka bermula 28 Julai hingga 4 Ogos 2022.

Bentuk Pinjaman Yang Bakal Diterima

Pinjaman pelajaran di bawah Program TESP ini merangkumi

  • Yuran Pengajian
  • Elaun Sara Hidup (ESH)
  • Elaun Pengangkutan
  • Elaun Pengangkutan (pergi dan balik) hanya layak dibayar kepada pelajar Semenanjung yang melanjutkan pengajian di Sabah / Sarawak atau pelajar Sabah / Sarawak yang melanjutkan pengajian di Semenanjung

Senarai Universiti Layak Memohon

Pemohon Permohonan TESP MARA 2021 yang akan menyambung pengajian Ijazah Pertama di Universiti terbabit layak untuk memohon:

  • Universiti Awam (UA)
  • Government Linked Universities (GLU)

– Universiti Teknologi Petronas

– Universiti Tenaga Nasional

– Universiti Multimedia

  • Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

– Asia Pacific University Of Technology & Innovation

– Asian Institute Of Medicine, Science and Technology

– Berjaya University

– City University

– Help University

– Infrastructure University Kuala Lumpur

– International Medical University

– INTI International University

– KDU University College

– Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

– Lincoln University College

– Mahsa University

– Management & Science University

– Nilai University

– Perdana University

– SEGI University College

– Sunway University

– TATI University College

– Taylors University

– UCSI University

– Universiti Tunku Abdul Rahman

– University of Cyberjaya

– Curtin University Sarawak Malaysia

– Monash University Malaysia

– Newcastle University Medicine Malaysia

– Swinburne University of Technology Sarawak Campus

– University of Nottingham Malaysia

– Universiti Tun Abdul Razak (UniRAZAK)

– Universiti Kuala Lumpur

– International Centre for Education in Islamic Finance

– Manipal International University

– Asia Metropolitan University

– Herriot-Watt University Malaysia

– Putra Business School

– Quest International University Perak

– Tunku Abdul Rahman University College

– Widad University College

– Linton University College

– Kpj Healthcare University College

– University College Bestari

– Kuala Lumpur Metropolitan University College

– Southern University College

– University College Of Technology Sarawak

Bidang Pengajian

Bidang yang layak untuk memohon Permohonan TESP MARA 2021 seperti yang ditetapkan oleh MARA adalah seperti berikut:

Syarat Umum Permohonan TESP MARA 2023

Pemohon Permohonan TESP MARA 2022 perlu memenuhi syarat umum yang ditetapkan oleh pihak MARA iaitu:

  1. Permohon Permohonan TESP MARA 2022 ialah warganegara Malaysia.
  2. Pemohon serta salah seorang ibu atau bapa adalah Bumiputera.
  3. Memenuhi syarat kelayakan Status Sosio-Ekonomi (SES) keluarga seperti berikut:
Kategori KelayakanPendapatan BulananPendapatan Bulanan
Yuran & Elaun Sara HidupRM12,000 dan ke bawahRM150,000 dan ke bawah
Yuran sahajaRM12,001-RM20,000RM150,001-RM250,000
  1. Ibu dan bapa/penjaga serta pemohon tidak disenarai hitam oleh MARA.
  2. Pemohon tidak pernah menerima pinjaman MARA bagi peringkat pengajian yang sama.
  3. Pemohon bebas daripada penyakit kronik/berjangkit/penyakit yang memerlukan rawatan susulan.
  4. Had umur pemohon adalah tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan dibuat.

Syarat Akademik Permohonan TESP MARA 2023

Selain itu, pemohon Permohonan TESP MARA 2022 juga perlu memenuhi syarat-syarat akademik yang ditetapkan.

  • Bagi pelajar baharu, perlu memperolehi keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK (CGPA) 3.00 dan ke atas bagi peringkat pengajian Asasi / Matrikulasi / Persediaan / STPM dan yang setaraf dengannya. Pelajar juga telah mendapat tawaran dan mendaftar pengajian di IPT bermula Januari 2021.
  • Bagi pelajar sedia ada, keputusan akademik yang terkini sekurang-kurangnya mendapat PNGK (CGPA) 3.00 dan ke atas serta mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang 1 (satu) tahun.
  • Pelajar juga perlu lulus dengan Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu semasa di peringkat SPM. Manakala, bagi pengajian dalam bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, pelajar perlu memenuhi syarat kelayakan akademik yang ditetapkan oleh Badan-Badan Profesional yang berkaitan

Untuk kelayakan akademik bagi program Perubatan, Pergigian dan Farmasi mestilah memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Badan-Badan Profesional.

Cara Memohon TESP MARA 2023

Untuk memohon, pemohon boleh mengikuti langkah-langkah permohonan berikut:

  1. Layari laman web permohonan iaitu https://myeduloan.mara.gov.my/
  2. Klik butang ‘Daftar Sekarang.’
  3. Isi butiran yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar Akaun.’
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad. pengenalan dan kata laluan.
  5. Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
  6. Klik butang ‘Hantar permohonan.’

Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas 3 bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.

 

Soalan Lazim

Adakah Program TESP 2022 ini adalah Biasiswa yang ditawarkan oleh MARA?

Tidak. Ini adalah pinjaman bolehubah. Pelajar perlu membuat permohonan pengurangan bayaran balik setelah tamat pengajian nanti. Selain itu, pinjaman ini tidak dikenakan sebarang kadar faedah.

 

Bolehkah saya memohon Program TESP 2022 sekiranya Ibu/bapa saya telah disenaraihitam MARA?

Tidak boleh. Ibu, ayah, penjaga, penjamin dan pemohon perlu bebas dari senarai hitam MARA. Pemohon dinasihatkan menyemak status senarai hitam di Bahagian Kawalan Kredit MARA sebelum memohon Program TESP 2021.

 

Saya mendapat PNGK 3.0 di peringkat asasi. Bolehkah saya memohon?

Ya, boleh. Permohonan hanya dibuka kepada pelajar-pelajar lepasan asasi dan setaraf yang telah tamat pengajian pada 2020 sahaja.

 

Adakah saya perlu menghantar apa-apa dokumen selepas membuat permohonan secara atas talian?

Pemohon terlebih dahulu mengisi dan melengkapkan permohonan secara atas talian. Penghantaran dokumen hanya perlu dibuat setelah pihak MARA meminta pemohon berbuat demikian.

 

Bilakah saya boleh membuat semakan keputusan?

Pemohon Permohonan TESP MARA 2021 adalah dinasihatkan untuk sentiasa membuat semakan di emel masing-masing dari semasa ke semasa bagi mengetahui sebarang maklumat terkini.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai TESP, sila hubungi pihak MARA di talian 03-2613 2034/2070/2582/2058/2087/2024 atau email ke [email protected].

Artikel lain : Semakan Status YTP Mara

2 thoughts on “TESP MARA 2024(Program Penajaan Pengajian Tertiari)”

  1. Saya ingin memohon untuk pinjaman MARA, baru mendaftar di Asian Institute of Medicine, Science and Technology, jurusan diploma Fisioterapi. Saya Bumiputera keturunan Siam.

    Balas

Leave a Comment