YTP MARA(Permohonan & Semakan Status Tawaran)

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN YTP MARA(Terima/Tolak Tawaran)

YTP MARA

Permohonan YTP MARA Young Talent Development Programme telah dibuka untuk permohonan bagi mereka yang layak. Bagi pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023, anda kini boleh membuat permohonan YTP MARA 2024 penajaan pinjaman pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah iaitu Young Talent Development Programme (YTP)

Pinjaman Boleh Ubah bermaksud keseluruhan pinjaman pelajaran yang diterima pemohon boleh dipertimbangkan pengurangan bayaran balik berdasarkan prestasi akademik pelajar setelah tamat pengajian dan ini tertakluk kepada dasar yang ditetapkan.

Apa Itu YTP Mara

Untuk makluman, program ini dilaksanakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang merupakan sebuah agensi Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen.

Oleh itu, YTP ditawarkan kepada pelajar cemerlang SPM untuk mereka melanjutkan pangajian mereka bermula di peringkat persediaan hingga ke peringkat ijazah pertama di institusi pendidikan tinggi terpilih di dalam dan luar negara.

Tarikh Permohonan YTP MARA 2024

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di Portal MARA http://www.mara.gov.my mulai 27 Mei 2024 sehingga 10 Jun 2024 dan pemohon yang berminat boleh membuat permohonan secara online.

Syarat Umum Permohonan YTPMARA 2024

Pemohon yang ingin memohon pembiayaan YTP ini perlu memenuhi syarat-syarat umum iaitu:

  • Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa adalah bertaraf Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  • Had umur pemohon pada 31 Disember 2024 tidak melebihi 20 tahun.
  • Tidak menerima tajaan/bantuan kewangan daripada mana-mana penaja/agensi lain bagi peringkat pengajian yang sama.
  • Penjamin adalah warganegara Malaysia yang tidak diisytihar muflis.
  • Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga/Penjamin tidak termasuk dalam senarai hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang-Undang MARA.
  • Pemohon perlu mempunyai kesihatan yang baik dan bebas dari sebarang penyakit kronik untuk melanjutkan pengajian. Pengesahan tahap kesihatan perlu dilakukan sekiranya pemohon menerima tawaran YTP.

Sekiranya pemohon didapati memberi maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pinjaman.

Syarat Khusus Permohonan YTPMARA 2024

Selain syarat umum, pemohon juga perlu memenuhi syarat khusus seperti berikut:

  1. Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat kali pertama pada tahun 2023.
  2. Pemohon telah memenuhi semua syarat kelayakan program yang ditetapkan bagi mengikuti kursus yang dipilih.
  3. Proses temuduga hanya melibatkan kursus laluan luar negara dan kursus tertentu dalam negara. Permohonan yang memenuhi syarat dan melepasi saringan sahaja akan disenarai pendek untuk menghadiri temuduga. Tiada sebarang rayuan akan diproses sekiranya pemohon gagal disenarai pendek menghadiri temuduga.
  4. Sebarang hebahan berkaitan temuduga akan dimaklumkan kepada pemohon dari semasa ke semasa melalui email.
  5. klankan.

Cara Memohon YTP MARA 2024

Untuk memohon program Permohonan YTP MARA, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari Portal MyEduloan MARA
  2. Pemohon hendaklah mendaftar terlebih sebagai pengguna baharu sebelum mengisi permohonan.
  3. Pemohon juga dikehendaki membaca dan memahami garis panduan yang disediakan sebelum membuat permohonan.
  4. Pemohon dikehendaki melengkapkan maklumat permohonan seperti berikut:
    • Maklumat peribadi dan keluarga
    • Cadangan Pengajian
    •  Ujian Psikometrik
    • Perakuan keterangan
  5. Klik butang hantar permohonan.

NOTA:

  • Senarai kursus, bidang dan Institusi Pengajian Tinggi terpilih yang ditetapkan oleh pihak MARA boleh dirujuk di dalam syarat kelayakan program yang diletakkan di Portal MARA.
  • Pemohon dibenarkan untuk mengemaskini pilihan kursus dalam tempoh ditetapkan setelah keputusan peperiksaan SPM diumumkan.

Semakan Status Keputusan Young Talent Development Programme (YTP) MARA 2024

.Semakan Keputusan Young Talent Development Programme (YTP) MARA 2024 akan diumumkan bermula Akan dikemakini kemudian

Link keputusan permohonan :
https://myeduloan.mara.gov.my/v2

>>> Keputusan Permohonan
**Bagi calon yang berjaya, sila klik butang TERIMA / TOLAK TAWARAN selewat-lewatnya pada Akan dikemakini kemudian

Bagi calon yang memohon, sila ambil maklum dan buat semakan pada hari keputusan diumumkan kelak.

Soalan Lazim

1.Selain daripada syarat umum permohonan dan kelayakan akademik, apakah kriteria lain pemilihan penawaran bagi Program YTP?

  • Kriteria pemilihan penawaran ke Program YTP merangkumi penilaian ujian Psikometrik dan penglibatan kokurikulum.

2.Jika saya tidak memenuhi syarat kelayakan permohonan yang ditetapkan tetapi saya ingin mencuba untuk memohon, adakah dibenarkan?

  • Pemohon Permohonan YTP MARA tidak dihalang daripada membuat permohonan namun dinasihatkan untuk menyemak syarat kelayakan terlebih dahulu. Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbang untuk ditawarkan Program YTP.

3.Keputusan peperiksaan SPM saya tidak melepasi syarat kelayakan akademik untuk penawaran Program YTP. Bolehkah keputusan peperiksaan percubaan SPM saya digunapakai untuk penawaran?

  • Tidak boleh. Penawaran ke Program YTP hanya tertakhluk kepada keputusan sebenar SPM.

5.Bolehkah saya mengguna pakai keputusan peperiksaan IGCSE atau peperiksaan lain yang setaraf untuk memohon Program YTP?

  • Tidak boleh. Hanya keputusan peperiksaan SPM sahaja yang akan digunapakai sebagai syarat kelayakan akademik bagi Program YTP.

6.Bolehkah permohonan rayuan dibuat sekiranya permohonan tidak berjaya?

  • Tidak boleh. Permohonan rayuan adalah tidak dibenarkan. Keputusan penawaran adalah muktamad.

Pertanyaan & Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Permohonan , pertanyaan boleh disalurkan melalui emel: [email protected]

Artikel alin : Permohonan TVET Tahfiz Mara

2 thoughts on “YTP MARA(Permohonan & Semakan Status Tawaran)”

  1. Assalamualaikum.
    Ingin pencerahan. Saya Muhamaad Adib Bin Suhaimi. No KP : 040413-10-0891 . Keputusan jawapan awal saya terima berjaya untuk YTP ni. Tapi tak lama kemudian tidak berjaya . Saya amat berminat dengan pengajian yang ditawarkan. Mohon ihsan pihak tuan yang amat sangan untuk saya mengikuti pengajian ini . Terima kasih .

    Balas
  2. Assalamualaikum.
    Saya ADMILIA TAN BINTI ADM TAN KHENG HUAT dengan NO KP: 040602-14-0534 . Pada mulanya, saya mendapat tawaran berjaya daripada pihak YTP MARA.Segala dokumen dan borang peribadi juga telah saya cetak pada hari tersebut.Namun, selepas dua hari kemudian, pihak MARA menghantar link untuk saya semak semula permohonan tersebut dan keputusannya ialah tidak berjaya. Saya sangat sedih kerana saya amat mengharapkan pengajian yang ditawarkan.Tambahan pula, saya datang daripada keluarga yang sederhana dan ibu bapa saya tidak mampu untuk menampung kos pembelajaran saya. Oleh itu, saya memohon jasa baik pihak MARA supaya dapat memberi peluang ini kepada saya untuk meneruskan pengajian yang ditawarkan ini. Saya berjanji saya akan belajar bersungguh-sungguh dan mengharumkan nama MARA. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak tuan/puan.

    Balas

Leave a Comment