Cara Tukar Duit Raya Maybank (Lokasi ATM Maybank)
Pabila raya bakal menjelma, pasti ramai yang tercari-cari tempat untuk tukar duit raya. Semestinya pilihan kita adalah duit raya yang baru. Bau bank katakan.
Kami akan kongsikan cara mudah untuk tukar duit raya di Maybank yang berdekatan dengan anda.
Cara tukar duit raya di ATM Maybank
Sila ambil perhatian, cara untuk menukar duit raya di Maybank ini adalah melalui pengeluaran duit di ATM. Ini kerana ATM Maybank yang terpilih sahaja akan mengeluarkan duit baru. Bijak juga buat begini, kurang pening kepala pekerja Maybank mahu melayan orang-orang yang berkeinginan.
Jika anda ingin keluarkan RM10 sahaja, sila pilih ATM yang mempunyai tanda Khas untuk pelanggan Maybank. Dapatkan wang kertas RM10 di mesin ini. Ini bermakna, dalam ATM ini, semua duit adalah RM10
- Masukkan kad debit atau kad ATM Maybank anda
- Pilih PENGELUARAN
- Pilih WANG SEGERA RM300
- Tunggu sehingga duit dikeluarkan
- Ambil semula kad ATM anda
- Selesai
Pengeluaran maksimum dalam satu-satu masa ialah RM300 sahaja. Jadi, anda hanya akan dapat 30 keping duit not RM10. Jika mahu lebih, buat transaksi pengeluaran sekali lagi.
Cara Tukar Duit Raya Amaun Lain Di Maybank
Seperti yang dimaklumkan, tiada amaun RM5 dan RM1 yang boleh dikeluarkan melalui mesin ATM. Kami sarankan anda ke kaunter terus untuk bertanyakan berkenaan penukaran duit raya yang bernilai lebih rendah daripada RM10.
Kebiasaannya, bank tidak akan memberikan duit baru RM5 dan RM1. Jika anda tidak kisah dengan duit lama, ambil sahaja. Selalunya, bank memang ada stok.
Cara Tukar Duit Raya Selain di Maybank
Berdasarkan pembacaan kami, bank-bank lain selain Maybank tidak menyediakan ATM khas untuk tukaran duit raya. Walau bagaimanapun, kami nasihatkan anda terus ke bank-bank berkenaan untuk bertanya akan penukaran duit raya.
Kebiasaannya, waktu tukaran dibuka dari jam 9 pagi sehingga 12 tengahari sahaja. Anda akan diberikan borang untuk diisi berapa jumlah duit raya yang diperlukan.
Sekiranya masih ada stok, anda juga boleh tukar RM1 dan RM5. Sekiranya tidak ada, anda mungkin dapat tukar juga tetapi dengan not RM1 dan RM5 yang lama.
Lokasi ATM Maybank
Tidak banyak lokasi yang anda boleh keluarkan RM10.
Antaranya ialah: https://www.maybank2u.com.my/iwov-resources/pdf/personal/announcement/2019/rayaATM2019_location.pdf
- KL Main, Menara Maybank, KL
- Bangsar Baru, KL
- KLCC
- Nusa Bestari, Skudai, Johor
- Alor Setar Main, Kedah
- Kota Bharu Auto Finance Centre, Kelantan
- Kubang Kerian, Kelantan
- Senawang, Seremban, Negeri Sembilan
- Temerloh, Pahang
- Bukit Ubi, Kuantan, Pahang
- Penang Road, KOMTAR, Pulau Pinang
- Tanjung Malim, Perak
- Maybank Islamic Gunung Rapat, Ipoh
- Lintas Square, Kota Kinabalu, Sabah
- Kuching Main, Sarawak
- Wisma Satok, Kuching, Sarawak
- Taman Melawati, KL
- Bandar Baru Bangi, Selangor
- Ampang Point, KL
- Setia Alam, Shah Alam, Selangor
- Kuala Terengganu, Terengganu
- Paka, Terengganu
Tiada lokasi untuk tukar duit RM10 di Melaka dan Perlis. Untuk amaun RM20 dan RM50, sila rujuk senarai lokasi seperti pautan di atas.
Artikel Lain : Takwin Cuti Sekolah Dan Perayaan 2022