Koleksi Ucapan Salam Jumaat Yang Barakah (Penghulu Segala Hari)

Koleksi Ucapan Salam Jumaat Yang Barakah (Penghulu Segala Hari)

Ucapan Salam Jumaat

Jumaat adalah penghulu segala hari. Alangkah indahnya kita memberikan ucapan salam jumaat kepada orang yang tersayang.

kami menyediakan ucapan Salam Jumaat yang terindah yang mempunyai kata-kata dan ayat-ayat (Quotes) yang sesuai untuk dikongsikan kepada sesiapa sahaja.

Anda juga boleh mengikuti teks kutbah Jumaat disini

 

Koleksi Ucapan Salam Jumaat

Salam Jumaat Penghulu Segala Hari. Semoga pintu-pintu segala kebaikan terbuka luas untuk kita semua hari ini.

Salam Jumaat Penghulu Segala Hari. Ya Allah, Engkau tunjukkanlah kami kearah kebaikan, pertingkatkan iman kami agar amalan hidup kami sihat dari segi rohani dan jasmani serta menjadi contoh ikutan generasi akan datang.

Tidak minta jadi kaya. Cukuplah dikurniakan rezeki seperti air yang mengalir. Itu pun sudah memadai. Aamiin

Ya Allah, lancarkanlah urusanku hari ini. Indahkanlah dengan silaturahim yang baik dan limpahkanlah dengan rezeki yang berkat.

Salam Jumaat. Marilah berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Semoga kita mendapat syafaat dan keberkatan daripadaNya.

Semoga Hari Jumaat yang penuh KEBERKATAN ini menghadirkan sinar KEBAHAGIAAN untuk kita semua. Insyaallah.

Salam Jumaat. Perbaikilah agamaku yang menjadi perkara paling penting padaku. Perbaikilah duniaku yang menjadi kehidupanku. Perbaikilah akhiratku yang menjadi tempat aku kembali. Jadikanlah hidup ini sebagai tambahan segala kebaikan bagiku. Jadikanlah kematian

Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita pada hari yang penuh berkat ini. Insyaallah Aamiin

 

Koleksi Ucapan Indah  Salam Jumaat

Perindah pagi dengan syukur. Ceriakan hati dengan senyuman. Jalani hari dengan keikhlasan. Semoga segalanya dilancarkan. Aamiin

Assalamualaikum dan Salam Jumaat. Dunia ini cuma persinggahan. Akhirat jualah yang kekal abadi. Maka kejarlah dan perbanyakkanlah bekalan di akhirat sana. Semoga hidup kita diberkati.

Assalamualaikum! Semoga semua pintu-pintu segala kebaikan akan terus terbuka luas untuk kita semua pada hari ini dan pada hari-hari yang mendatang. Insya Allah, Aminn.

Salam Jumaat yang barakah. Ubah apa yang kita pilih untuk lakukan pada setiap hari. Nescaya hidup kita akan berubah pada suatu hari nanti.

Rahmat Allah SWT Maha luas. Seseorang hambaNya yang bersabar dengan sebarang musibah maka akan diampuni segala dosanya, apatah lagi dosa seseorang hamba yang sentiasa memohon keampunan kepada Allah Yang Maha Pengampun.

Segala yang ada di langit dan di bumi sentiasa mengucapkan tasbih kepada Allah Yang Menguasai Sekian Alam, Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa Lagi Maha Bijaksana.

Assalamualaikum dan selamat pagi. “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat. Maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat pada hari Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli pada saat itu yang sedemikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui hakikat yang sebenarnya.”

Koleksi Ucapan SalamJumaat Buat Yang Tersayang

Salam Jumaat yang penuh barakah. Bersyukur itu nikmat, sabar itu indah. Semoga Allah memberikan segala kemudahan untuk segala hal yang kita lakukan demi sebuah kebaikan.

Rezeki akan melimpah jika dibahagi, ilmu akan bertambah jika dikongsi, kasih sayang akan bercambah jika diberi. Jangan kedekut, jangan tamak dan tak perlu bimbang kerana segalanya hanya dari Allah SWT. Itu yang pasti.

Ya Allah, di hari Jumaat yang mulia ini, aku bermohon agar Engkau ampunilah dosa-dosa kedua-dua ibu bapaku, saudara-saudaraku, sahabat-sahabatku dan seluruh ahli keluargaku. Tunjukkanlah kepada kami ke jalan yang benar. Berkatilah hidup kami di dunia dan akhirat.

Semoga dipermudahkan urusan kita hari ini, dibukakan pintu rezeki yang luas dan segala pintu kebaikan buat diri kita, keluarga, sahabat handai dan semua orang yang kita hormati. Sayang dunia akhirat. Amin!

 

Artikel Lain : Koleksi Ucapan Selamat Hari lahir

1 thought on “Koleksi Ucapan Salam Jumaat Yang Barakah (Penghulu Segala Hari)”

Leave a Comment