CONTOH UCAPAN TAKZIAH ORANG MENINGGAL (Innalillahiwainnailaihirojiun)

CONTOH UCAPAN TAKZIAH ORANG MENINGGAL (Innalillahiwainnailaihirojiun)

CONTOH UCAPAN TAKZIAH

Selalunya ketika mendengar perkhabaran kematian, seharusnya anda akan ucapkan takziah kepada ahli keluarga tersebut bagi menenangkan keadaannya. Ucapan takziah kini boleh dilakukan secara ucapan dan juga melalui teks. Disini kami akan kongsikan kepada anda contoh ucapan takziah yang seringkali digunakan, semoga membantu.

 

APA MAKSUD TAKZIAH

Takziah merupakan peryataan turut bersedih (berdu­kacita), belasungkawa: kpd keluarga si mati, kami mengucapkan utk menyatakan rasa dukacita; bertakziah turut bersedih (berdukacita), mengunjungi (orang mati):

 

MAKNA UCAPAN TAKZIAH “Innalillahiwainnailaihirojiun”

Frasa ini dibacakan oleh umat Islam apabila seorang dilanda oleh malapetaka dalam hidup, dan biasanya dibacakan apabila menerima khabar kematian seorang. Ia dapat juga dibacakan di mana-mana keadaan melibatkan mana-mana jenis risiko. Frasa ini biasanya diterjemahkan “Sesungguhnya kita milik Tuhan, dan kepada Tuhan jualah kita kembali.”

Umat Islam mempercayai bahawa Allah adalah Esa yang memberikan dan Dia jualah yang mengambil; Dia meguji umat manusia. Oleh itu, umat Islam menyerah diri kepada Tuhan dan adalah bersyukur kepada Tuhan untuk apa-apa yang mereka terima. Pada masa yang sama, mereka bersabar dan menyebut ungkapan ini dalam waktu kacau-bilau dan malapetaka.

 

CONTOH UCAPAN TAKZIAH

Berikut adalah merupakan contoh ucapan takziah yang seringkali digunakan:

  • Innalillahi Wa Inna Ilahi Rojiun, Semoga Allah ampunkan segala dosa arwah, Semoga Allah terima segala amalan beliau dan mengangkat darjatnya disisi Allah, Semoga pemergian beliau menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia, Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solihin, Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad. Amiin Amiin Amiin..
  • Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un. Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
  • Salam takziah dari kami sekeluarga. Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Dan semoga seluruh ahli keluarga tabah menghadapi dugaan allah. Darinya kita hidup. Dan kepanya kita kembali. All. Fatihah
  • Allahummaghfirlahu warhamhu wa ‘afihi wa’fu’anhu. Takziah buat XXXXXX dan keluarga di atas pemergian XXXXX kerahmatullah hari ini. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan. Al-fatihah
  • Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
  • Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un. Salam takziah buat semua yang terlibat. Semoga tabah dan sabar dalam menghadapi ujian.
  • Al-Fatihah dan salam takziah kepada seluruh keluarga allahyarham. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh . Al-Fatihah.\
  • Semoga rohnya dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh…Al-Fatihah.

 

ARTIKEL LAIN

Koleksi Ucapan Salam Jumaat Yang Barakah (Penghulu Segala Hari)

Leave a Comment