CARA DAFTAR DERMA DARAH MYSEJAHTERA (Kad Hilang)

CARA DAFTAR DERMA DARAH MYSEJAHTERA (Kad Hilang)

DERMA DARAH

Kepada anda yang ingin menderma darah, kini anda boleh mendaftar melalui aplikasi MySejahtera. MySejahtera kini telah menambah ciri-ciri integrasi sebagai hab untuk pelbagai perkara berkaitan kesihatan seseorang pengguna termasuklah fungsi kad penderma darah digital. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara daftar derma darah melalui aplikasi MySejahtera.

 

MANFAAT DERMA DARAH

Sebagai penderma darah anda perlu menyimpan rekod pendermaan darah kerana anda layak mendapat beberapa manfaat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

APA ITU KAD DERMA DARAH DIGITAL

Kad Penderma Darah digital ini akan tersedia untuk anda jika anda membuat pendermaan darah di pusat kutipan yang menggunakan sistem Blood Bank Information System (BBISV2). Melalui ini, segala info dari kad derma darah akan dipaparkan dalam aplikasi ini.

 

KELEBIHAN KAD DERMADARAH DIGITAL

Dengan adanya kad digital ini, anda tidak lagi perlu risau sekiranya anda kehilangan kad fizikal anda. Segala rekod pendermaan darah anda akan direkodkan secara digital dan dipaparkan secara langsung melalui aplikasi MySejahtera.

 

TARIKH PERLAKSANAAN KADDERMA DARAH DIGITAL

Pelaksaanaan kad ini boleh digunakan kini menerusi 22 pusat kutipan darah sahaja.

 

SENARAI PUSAT KUTIPAN DARAH MYSEJAHTERA

Pada peringkat awal ini, sistem ini hanya boleh merekodkan aktiviti pendermaan darah di pusat kutipan yang menggunakan sistem Blood Bank Information System (BBISV2) sahaja. Setakat ini, sistem tersebut hanya digunakan di 22 pusat kutipan darah sahaja iaitu:

  1. Pusat Darah Negara
  2. Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor.
  3. Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu
  4. Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, Johor.
  5. Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.
  6. Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kelantan.
  7. Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak.
  8. Hospital Taiping, Perak.
  9. Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
  10. Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.
  11. Hospital Pulau Pinang.
  12. Hospital Miri, Sarawak
  13. Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang.
  14. Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang.
  15. Hospital Seri Manjung, Perak.
  16. Hospital Umum Sarawak.
  17. Hospital Sibu, Sarawak.
  18. Hospital Tawau, Sabah.
  19. Hospital Queen Elizabeth II, Sabah.
  20. Hospital Sandakan, Sabah.
  21. Hospital Melaka.
  22. Hospital Tuanku Ja’afar Seremban, Negeri Sembilan.

 

CARA DAFTAR DERMA DARAH MELALUI APLIKASI MYSEJAHTERA

Berikut adlaahmerupakan cara untuk mendaftar:

  1. Buka aplikasi MySejahtera anda (Play Store / Apple Store)
  2. Buat pemilihan lokasi pusat kutipan darah anda berserta tarikh dan masa anda inginkan (sekrianya terdapat kekosongan)
  3. Hadir pada tarikh temujanji tersebut

 

BAGAIMANA SEKIRANYA TINDAKAN KAD DERMA DARAH HILANG?

Sekiranya kad fizikal anda hilang, semasa anda membuat pendermaan darah yang terkini anda boleh memohon kad baru tersebut. Walaubagaimanapun maklumat kad tarikh pendermaan pada kad lama anda tidak akan dapat direkodkan pada kad baharu tersebut melainkan anda hanya dapat memaklumkan berapa kali sahaja anda membuat pendermaan.

 

ARTIKEL LAIN

SENARAI PULSE OXIMETER LULUS KKM/MDA CERTIFIED (Jangan Beli Yang Fake)

 

Leave a Comment