UFUTURE UiTM 2023 (Cara Login Lupa Kata Laluan & Pengisian Exit Survey SuFo)
Perhatian buat mahasiswa Universiti Teknologi Mara, kini anda boleh mula membuat pengisian untuk Exit Survey Feedback Online (SuFO). Mahasiswa diminta untuk melengkapkan penilaian bagi setiap subjek yang didaftarkan di Student Portal pada bahagian i-Learn.
Kami akan membantu anda dengan lebih lanjut tentang SuFo dan cara membuat penilaian secara online di laman web uFuture.
Apa Itu uFuture UiTM
Ia adalah satu platform untuk menyampaikan konten pembelajaran secara online kepada mana-mana individu yang ingin menyertai kursus tanpa had kedatangan.
Apa Itu Penilaian SuFo
Tujuan Student Feedback Online (SuFO) adalah untuk penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran, demi kepentingan pelajar dan UiTM supaya kualiti program dan akreditasi pelajar terjaga.
Langkah Mengisi Exit Survey Di uFuture UiTM
Berikut merupakan langkah-langkah untuk mengisi Exit Survey melalui laman web Ufuture:
- Log masuk ke Ufuture SINI
- Tekan simbol “triple bar” di bahagian atas skrin.
- Scroll pilihan di bahagian kiri skrin dan pilih “Evaluation”.
- Pilih Exit Survey.
Sila rujuk infografik di bawah:
Lupa Kata Laluan uFuture UiTM
Jika anda terlupa kata laluan untuk log masuk ke laman web uFuture, sila klik ke pautan berikut: INI dan tekan butang RESET PASSWORD.
Sekiranya anda mengalami masalah, hubungi saluran berikut:
- Hotline: IT Department, iCEPS : 03 – 5544 8369 / 03 – 5544 8174
Tarikh Penting Berkenaan SuFo
Para pelajar diminta untuk melengkapkan Student Feedback Online (SuFo) bagi sesi Mac – Ogos 2022. Tarikh akhir adalah seperti berikut:
- Tarikh: 13 Jun 2022 – 24 Julai 2022
Para pelajar diingatkan untuk melengkapkan SuFo mengikut tarikh yang ditetapkan bagi mengelakkan keputusan penilaian akhir disekat.
Sila lengkapkan SuFo di laman sesawang UFUTURE UiTM di pautan berikut
Link ini
Kerjasama daripada semua pelajar amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kursus yang ditawarkan, sila layari laman web ini
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam
Malaysia
03 – 5544 8369
[email protected]
Artikel Lain : Semak SYARAT Uitm 2022
Assalam tumpang tanya, jika saya terlupa isi exit survey, masih boleh tengok result ka?