Contoh Kajian Kes Sejarah (Format & Tajuk)

Contoh Kajian Kes Sejarah (Format & Tajuk)

Kajian Kes Sejarah

Mata pelajaran Sejarah adalah satu subjek yang wajib lulus dalam SPM. Pembelajaran subjek sejarah kini bermula daripada tahun 4 di sekolah rendah.

Selain daripada pembelajaran di dalam kelas, pelajr juga didedahkan dengan membuat kajian berkenaan sesuatu topik.

Kami akan menerangkan panduan ringkas dan contoh kajian kes untuk subjek sejarah.

Apa Itu Kajian Kes Sejarah

Kajian kes adalah kaedah penyelidikan yang biasa digunakan dalam bidang sains sosial dalam bentuk penerangan. Kajian kes ini mendedahkan dan melatih murid sebagai asas menjalankan kajian mengenai tokoh, tempat dan peristiwa dengan mengumpul data, menganalisis maklumat dan dapatan serta melaporkan dapatan

 

Matlamat Kajian Kes Sejarah

Kajian kes meningkatkan kebolehan murid untuk mengenal pasti masalah, merancang, mengolah isi dan memberi rumusan terhadap satu permasalahan. Murid mendapat pengalaman semasa menjalankan kajian kes. Ini dapat memupuk kemahiran menyelesaikan sesuatu masalah secara kerjasama berpasukan.

 

Panduan Kajian Kes Sejarah

Penyataan masalah

Penyataan masalah merupakan isu atau masalah yang ingin dikaji oleh murid.

Sorotan Kajian

Mengumpul maklumat yang tepat bagi perkara yang dikaji atau dibincangkan.

Objektif Kajian

Objektif kajian yang ditulis merujuk kepada tujuan sesuatu kajian yang hendak dilaksanakan.

Kaedah Kajian

Kaedah kajian ialah cara yang digunakan untuk mendapatkan fakta, sumber, bukti, mewujudkan idea, dan mengadakan analisa sesuatu kajian. Antara kaedah yang boleh digunakan seperti kaedah temu bual, kaedah pemerhatian, kaedah perpustakaan dan kaedah media

Sumber Rujukan

Sumber boleh dibahagikan kepada dua iaitu sumber pertama (primer) dan sumber kedua (sekunder). Sumber pertama ini terdiri daripada pelbagai bentuk seperti kertas, fosil, artifak dan keterangan lisan. Sumber kedua pula merupakan hasil penulisan seperti buku, majalah, artikel, rencana, surat khabar dan latihan ilmiah.

Analisis Data

Murid perlu membuat perbandingan daripada pelbagai sumber untuk menentukan kesahihan fakta daripada sumber yang diperoleh.

Laporan Kajian

Laporan kajian merupakan hasil kerja murid boleh berbentuk penulisan atau pembentangan. Boleh dibuat dalam persembahan grafik sama ada garis masa, jadual, slaid powerpoint atau peta i-Think.

Maklumat lanjut : https://www.moe.gov.my/menumedia/media-cetak/penerbitan/buku-panduan/3880-buku-panduan-sejarah/file

Contoh Kajian Kes Sejarah

Tajuk Kajian Kes

Sekolah saya merupakan sebuah institusi pendidikan yang boleh dibanggakan.

LANGKAH 1:  PENYATAAN MASALAH

 Guru mengenal pasti tajuk / tema

1.3.3 Sejarah sekolah saya

LANGKAH 2: OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk membolehkan murid:

1.     Menyatakan sejarah penubuhan sekolah.

2.     Mengenalpasti Guru Besar yang pernah berkhidmat di sekolah anda

3.     Menyenaraikan kejayaan yang pernah dicapai oleh sekolah anda dalam bidang akademik dan kokurikulum

4.     Mengaplikasi kemahiran meneroka bukti bagi menjana pemikiran kritis dan kreatif.

PERANCANGAN GURU

·      Menetapkan tempoh kajian

·      Pembentukan kumpulan(jika perlu)

·      Memberi tugasan-berikan beberapa soalan perbincangan bagi mencungkil pendapat murid

·       Menentukan kaedah kajian yang ingin dilakukan:-

–            Kaedah kajian perpustakaan

–            Kaedah temubual

Menentukan bentuk laporan-buku skrap/persembahan/ pembentangan

LANGKAH 3: RUJUKAN SUMBER

·            Majalah/buku

·            Orang sumber

·             Dokumen/Jurnal

·             Surat khabar

·             Laman sesawang

·             Muzium/Arkib/Agensi berkaitan

LANGKAH 4: ANALISIS DATA

Banding beza hasil dapatan daripada pelbagai sumber rujukan.

LANGKAH 5: LAPORAN KAJIAN

     Laporan: Pembentangan/laporan bertulis/ buku skrap

     Hasil Laporan :

·            Mengandungi 1 – 5 halaman

·            Merangkumi Tajuk Kajian, Pendahuluan, Perbincangan( Hasil Kajian), Kesimpulan dan Rujukan.

 

 

Artikel Lain : Contoh Pakaian Beragam Hari Merdeka

Leave a Comment