UJIAN SEGAK KPM (Cara Pelaksanaan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan)

UJIAN SEGAK KPM (Cara Pelaksanaan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan)

UJIAN SEGAK KPM

Pada masa kini Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Ujian SEGAK sebanyak 2 kali setahun untuk memastikan para pelajar sentiasa aktif melakukan aktiviti fizikal bagi mendapatkan kesihatan diri yang optimum. Disini kami akan kongsikan kepada anda Cara Pelaksanaan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan, semoga membantu.

 

APA ITU UJIAN SEGAK KPM

Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) untuk murid sekolah Malaysia adalah satu ujian standard kecergasan fizikal bagi mengukur tahap kecergasan fizikal murid berdasarkan kesihatan.

Komponen kecergasan dalam SEGAK terkandung dalam kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah rendah dan sekolah menengah. Komponen Kecergasan berdasarkan kesihatan terdiri daripada daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, fleksibiliti, dan komposisi badan.

 

TUJUAN UJIAN SEGAK KPM

Pelaporan SEGAK memberi maklum balas kepada murid, guru, pentadbir sekolah, ibu bapa, dan pihak berkepentingan tentang tahap kecergasan fizikal murid.

Melalui maklum balas tersebut tindakan susulan dapat dirancang dan dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal seseorang murid dan diharap dapat memotivasikan murid untuk mengamalkan cara hidup aktif dan sihat selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

 

KATAGORI MURID UJIAN SEGAK KPM

Pelaksanaan ini dilakukan kepada murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 yang berumur 10 tahun hingga 17 tahun.

 

KOMPONEN PELAKSANAAN UJIAN SEGAK KPM

Berikut adalah merupakan faktor penilaian Ujian Kecergasan Fizikal Berdasarkan Kesihatan iaitu:

Indeks Jisim Badan

  1. Ukur Tinggi & Berat – (Body Mass Index – BMI);
  2. Naik Turun Bangku – Daya Tahan Sistem Kardiovaskular
  3. Tekan Tubi / Tekan Tubi Suaian – Daya Tahan Otot dan Kekuatan Otot Tangan
  4. Bangkit Ringkuk Separa – Daya Tahan Otot dan Kekuatan Otot Abdomen
  5. Jangkau Melunjur – Kelenturan / Fleksibiliti Tubuh

 

CARA  PELAKSANAAN UJIAN SEGAK KPM

Berikut adalah merupakan cara pelaksanaan ujian ini iaitu:

  1. Dilaksananakan oleh semua murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5
  2. Prosedur dan teknik ujian hendaklah mengikut jantina, keupayaan murid, dan mengambil kira peralatan serta tempat ujian dijalankan.
  3. Umur murid dikira pada 31 Disember tahun semasa untuk rujukan norma.
  4. Ujian SEGAK bagi setiap murid mesti dilengkapkan pada hari yang sama. ujian ini boleh dijalankan semasa atau di luar waktu pengajaran Pendidikan Jasmani bergantung kepada bilangan murid dan peralatan.
  5. Murid digalakkan membuat latihan ujian SEGAK secara individu, bersama-sama rakan atau keluarga mereka.
  6. Ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) perlu dibuat sebelum melakukan ujian-ujian lain.
  7. Ujian SEGAK mesti dilaksanakan mengikut turutan secara berterusan oleh murid yang sama seperti turutan.
  8. SEGAK perlu dilaksanakan sebanyak dua kali setahun.
  9. Bagi murid yang tidak sihat, ujian SEGAK boleh dilakukan pada hari lain dalam bulan yang sama.
  10. Bagi murid berkeperluan khas TIDAK perlu menjalani ujian SEGAK kerana ujian ini adalah khusus untuk murid-murid normal.

 

TARIKH PELAKSANAAN UJIAN SEGAK 

SEGAK yang dijalankan secara sistematik wajib dijalankan dua kali iaitu:

PERKARATARIKHTEMPOH KUNCI MASUK KEPUTUSAN SEGAK, MUAT TURUN SLIP KEPUTUSAN DAN PENGESAHAN DATA SEGAK 2022TINDAKAN
Ujian SEGAK Pertama9 Mei hingga 31 Jun 20229 Mei hingga 31 Ogos 2022Panitia PJ / Guru PJ / Penolong Kanan Pentadbiran / PK 1
Ujian SEGAK Kedua3 Oktober hingga 30 November 20223 Oktober hingga 31 Disember 2022

 

PANDUAN PELAKSANAAN UJIAN SEGAK 

Bagi panduan lengkap, anda boleh memuat turun panduan pada pautan di bawah:

 

 

ARTIKEL LAIN

Cara Nak Skor PAJSK (Pemarkahan SEGAK Ekstra Kokurikulum)

Leave a Comment