splkpm.moe.gov.my:SPLKPM Login (Log Masuk SPL KPM)
Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebegini, ramai cikgu dan guru-guru yang cari cara login SPLKPM Modul Individu di splkpm.moe.gov.my. Maklumlah, sudah lama bercuti.
Selepas siap menjawab kursus online, anda boleh masukkan rekod dan hubungi admin SPL KPM sekolah masing-masing untuk mengesahkan kursus ini dan mencukupkan jam kredit. Lebih banyak mata kredit, lebih bagus.
Untuk penyelaras, ada pautan yang lain untuk anda. Sila login SULDP untuk daftar kumpulan LDP.
Izinkan kami berkongsi.
Baca Juga: SEMAKAN KEPUTUSAN PSPM PEPERIKSAAN MATRIKULASI 2020/2021 ONLINE
Sedikit Mengenai SPLKPM
Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan yang juga dipanggil SPLKPM adalah sistem yang digunakan oleh guru untuk mendaftarkan kursus dan latihan.
- Untuk tengok pelaporan bilangan hari LADAP
- Untuk tengok pelaporan bilangan markah CPD
Dulu, dipanggil SPLG KPM / SPLGKPM.
Perlu diingatkan, sistem ini tidak sama dengan eOperasi. SPLKPM lebih fokus kepada latihan yang diterima oleh guru-guru sekolah seperti ulasan buku, lawatan kerja, bengkel, seminar atau kolokium, kajian tindakan dan penyelidikan, portal e-guru, kursus dan lain-lain lagi.
Baca Juga: MYKASIH:PERMOHONAN & KELAYAKAN BANTUAN BARANG MAKANAN (CASHLESS)
SPLKPM Login (Bagi Modul Individu)
Berikut ialah cara untuk login SPLKPM.
Sila ambil perhatian, anda hanya perlu login SPLKPM setelah mengambil kursus online. Log masuk hanya untuk daftar dan kemaskini.
- Layari laman web rasmi SPLKPM di sini: https://splkpm.moe.gov.my/i_splg/
- Jangan silap taip SPLKM login pula. Pastikan taip penuh SPLKPM.
- Anda akan dapat lihat paparan Log Masuk Modul Individu
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan
- Untuk makluman, anda perlu masukkan Nombor Kad Pengenalan dengan lengkap tanpa dash
- Masukkan Kata Laluan
- Jika anda terlupa, Kata Laluan asal ialah 4 digit yang di belakang Nombor Kad Pengenalan anda
- Tekan Hantar
- Akan terpapar mesej berikutSelamat Datang,No Kad Pengenalan dan Kata laluan diberi kebenaran untuk Akses Sistem+ Sila Tukar Kata Laluan sekiranya masih belum berbuat demikian bagi mengelakkan data dan maklumat diceroboh oleh pihak yang tidak berkepentingan.
- Klik Close
- Anda kini berada di dalam sistem SPLKPM Modul Individu
- Klik Pembelajaran Kendiri
- Lihat senarai Pembelajaran Kendiri
- Lihat e-Pembelajaran
- Klik Tambah Aktiviti
- Masukkan maklumat yang berkenaan
- Akhir sekali, hubungi admin SPLKPM sekolah anda untuk membuat sokongan dan pengesahan berdasarkan sijil yang diberikan.
Baca Juga: iqnilam.moe.gov.my:CARA LOGIN/REKOD BACAAN MURID SECARA ONLINE( SISTEM IQ NILAM)
Senarai Kursus SPLKPM Online
Berikut adalah cadangan kursus online yang boleh anda ambil untuk mendapatkan mata kredit.
SPLKPM AKPK Hemah Bicara Hemat Belanja
Kursus Literasi Kewangan Secara Dalam Talian AKPK – Hemah Bicara Hemat Belanja adalah kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK).
Semua warga KPM perlu melaksanakan kursus ini sehingga selesai.
Setelah tamat kursus, individu akan memperolehi 6 jam latihan (1 hari berkursus) dan diberikan 6 mata kredit (untuk PPP) melalui Sistem Pengurusan Latihan KPM (SPLKPM)
- Perlu login SPL KPM terlebih dahulu di https://splkpm.moe.gov.my
- Klik Senarai Kursus
- Dalam Senarai Kursus yang ada, pilih AKPK – Hemah Bicara Hemah Belanja
- Anda kini berada dalam paparan kursus online AKPK
- Klik Join Now
- Masukkan Email, Kata Laluan dan Nama Penuh
- Tekan butang Start Learning
- Masukkan Access Code HBKPM bagi warga KPM
- Tekan butang Join Now
- Masukkan maklumat yang dipinta seperti nama dan tempat bertugas
- Tekang butang Join HBHB
- Anda kini berada dalam paparan Selamat Datang
- Lihat panduan kursus
- Lihat syarat kursus dan 3 modul yang perlu dilaksanakan
- Laksana kurus secara online sehingga selesai
- Anda akan terima sijil tamat kursus
- Akses semula ke dalam SPL KPM dan rekodkan kursus melalui Modul Individu dalam aktiviti e-Pembelajaran.
Anda boleh ambil kursus online Rumahku dari AKPK untuk mempelajari selok-belok pembelian rumah.
SPLKPM Rumahku AKPK
Anda boleh ambil kursus online Rumahku dari AKPK untuk mempelajari selok-belok pembelian rumah.
Klik sini: https://learn.akpk.org.my/courses/rumahku/
SPLKPM Kursus STEM
Kursus ini ialah pendekatan mudah untuk guru, dalam mengikuti kursus STEM melalui aplikasi dalam telefon pintar.
- Perlu login Schoology terlebih dahulu di https://schoology.com
- Pergi ke bahagian Menu
- Pada menu courses, pergi ke kursus STEM: Pendekatan Mudah Untuk Guru
- Pilih folder PANDUAN untuk langkah-langkah mendapatkan maklumat tentang kursus
- Pilih folder KANDUNGAN untuk memulakan proses pembelajaran
- Folder 1.0 Celik STEM mempunyai empat sub topik yang perlu diselesaikan mengikut urutan.
- Jika sudah selesai, sila ke folder berikutnya iaitu 2.0 STEM Dalam Kehidupan Seharian
- Sebelum tamat, sila lengkapkan soal selidik dalam folder PENUTUP
SPLKPM EPSA
Anda juga boleh ambil kursus online e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA).
Klik sini: https://www.epsa.gov.my
SPLKPM WEBINAR
Tidak dilupakan, anda juga boleh tonton webinar. Lihat sesi Live yang ada.
SPLKPM ULASAN BUKU (BOOK REVIEW)
Anda juga boleh buat ulasan buku, iaitu sinopsis mana-mana buku yang dibaca.
Perlu login SPLKPM splkpm.moe.gov.my untuk isi maklumat untuk buat book review termasuk:
- Tajuk buku
- Penulis buku
- Bahasa buku
- Bilangan mukasurat
- Sinopsis buku
- Tarikh pembacaan
- Pembentangan
Perlu diingatkan, anda perlu isi Borang Sinopsis Individu di Sekolah sebagai bukti pembacaan anda.
Baca Jugaa: DUIT BANTUAN NADMA RM100 SEHARI:BILA MASUK AKAUN BANK?(SEMAKAN STATUS BAYARAN)
Borang Keberhasilan
Anda juga perlu menigisi Borang Keberhasilan dalam Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan bagi tahun terkini 2020 di splkpm.moe.gov.my. Janga lupa, ia akan bawa 10% markah.
Siap-siap untuk masukkan dalam SPLKPM.
Baca Juga: RETURN REFUND BARANG SHOPEE MENGGUNAKAN POSLAJU/J&T(CARA BUAT PEMULANGAN BARANG ROSAK/LAMBAT SAMPAI)
Maklumat Lanjut Mengenai SPLKPM splkpm.moe.gov.my
Apa itu SPLKPM Modul Individu
Modul Individu splkpm.moe.gov.my ini dibangunkan untuk kegunaan Pegawai dan Anggota Kumpulan Pelaksana di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia untuk merekod aktiviti Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) dan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB).
Aktiviti-aktiviti ini dilaksanakan di luar KPM di samping merekod aktiviti Pembelajaran Kendiri.
Baca Juga: DISKAUN BIL ELEKTRIK PEMULIH:SEMAKAN KADAR KELAYAKAN & CARA PENGIRAAN
Semakan SPLKPM Modul Individu oleh SULDP
Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) dan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) splkpm.moe.gov.my yang didaftarkan menerusi modul ini perlu disemak dan disahkan di peringkat Setiausaha Latihan dalam Perkhidmatan (SULDP).
Ini adalah untuk membolehkan ia dikira sebagai bilangan hadir berkursus bagi tahun semasa.
Baca Juga: RAYUAN TINGKATAN 6:BORANG RAYUAN KEMASUKAN FORM 6 2021
Kemaskini SPL KPM splkpm.moe.gov.my
Pegawai yang berkhidmat di bahagian berikut perlu kemaskini profil masing-masing menerusi pangkalan data dan perlu login SPLKPM splkpm.moe.gov.my:
- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
- Kolej Matrikulasi
- Institut Pendidikan Guru (IPG)
- Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN)
- Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
Manakala Pegawai dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) yang berada di sekolah perlu kemaskini profil masing-masing menerusi pangkalan data eOperasi.
Semua individu juag diminta menjawab Training Needs Analysis (TNA) atau matriks kompetensi yang disediakan bagai membolehkan pihak pengurusan merancang LDP yang diperlukan.
Jika masih tidak jelas, boleh rujuk manual pengguna SPLKPM yang lengkap.
Akhir kalam
Diharapkan dengan perkongsian cara login SPLKPM splkpm.moe.gov.my Modul Individu ini akan dapat membantu anda untuk lebih memanfaatkan masa.
Semoga semua cikgu-cikgu sentiasa tenang di rumah dan terus mendidik anak-anak bangsa menjadi orang yang berguna.
Semoga bermanfaat.