SMAN PERAK 2024(Permohonan Kemasukan Pelajar Tingkatan 1)
Kepada ibu bapa khususnya di negeri Perak yang ingin menghantar anaknya ke Sekolah Menengah Agama bagi tingkatan 1, kini permohonan ke Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Perak telah dibuka, Disini kami akan kongsikan kepada anda cara permohonan secara atas talian dan syarat kelayakan, semoga membantu.
APA ITU SMAN
Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) merupakan Sekolah Menengah Agama di bawah Jabatan Agama Islam Perak yang menawarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) beserta Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) dan Kurikulum Bersepadu Dini Tahfiz (KBT).
MATA PELAJARAN SMAN PERAK
Berikut adalah merupakan mata pelajaran yang akan diajar adalah seperti berikut:
Bidang Dini
Mata Pelajaran | Bidang |
Usul al-Din | Al-Tauhid Al-Tafsir Al-Hadis Al-Sirah wa Tarikh al-Islam Al-Akhlak wa al-Tasawwuf |
Al-Syariah | Al-Quran wa al-Hifz Fiqh al-Ibadat Fiqh al-Munakahat Fiqh al-Muamalat Fiqh al-Jinayat |
Al-Lughah al-Arabiah al- Mu’asirah | Al-Istima wa al-Kalam Al-Qiraah Al-Kitabah Al-Mutalaah wa al-Ta’bir Al-Nahu waal-Sarf |
Bidang Tahfiz
Mata Pelajaran | Bidang |
Hifz al-Quran | Hifz al-Quran Fiqh al-Ayat |
Maharat al-Quran | Ulum Al-Quran Tajwid Adab al-Quran |
SENARAI LOKASI SMAN PERAK
Berikut adalah merupakan antara senarai sekolah mengikut kurikulum yang ditawarkan adalah seperti berikut:
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM) | |
KURIKULUM BERSEPADU DINI (KBD) | KURIKULUM BERSEPADU TAHFIZ (KBT) |
Sekolah Izzuddin Shah Sekolah Raja Perempuan Taa’yah Sekolah Raja Dr Nazrin Shah | Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Manjung Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Lenggong Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Batang Padang Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Kerian |
SYARAT PERMOHONAN SMAN
Syarat permohonan yang telah ditetapkan bagi membuat permohonan adalah permohon harus memperoleh sekurang-kurangnya 5A dalam UPKK tahun 2022.
TARIKH PERMOHONAN SMAN PERAK (Tingkatan 1)
Permohonan kemasukan SMAN Perak 2024 ini akan dibuka mulai 29 September 2023 sehingga 31 Oktober 2023.
CARA PERMOHONAN SMAN PERAK
Kepada ibu bapa yang ingin membuat permohonan bagi anaknya ke Sekolah Menengah Agama Negeri Perak, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari website Permohonan Sekolah Menengah Agama Negeri Perak
- Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan tepat dan lengkap
- Semak kembali maklumat anda, sekiranya telah lengkap hantar permohonan.
- Selesai
TARIKH UJIAN AKADEMIK & HAFAZAN SMAN PERAK
Pemohon yang terpilih akan menjalani ujian akademik dan hafazan sebelum layak untuk memasuki sekolah ini.:
- Ujian akademik akan dilaksanakan pada 13 Januari 2024 kepada semua pemohon dan pemohon dikehendaki membuat semakan dan mencetak slip panggilan Ujian Akademik mulai 22 Disember 2023.
- Ujian khas hafazan pula akan dilaksanakan pada 3 Februari 2024 kepada murid yang memilih aliran Kurikulum BersepaduTahfiz (KBT) sahaja dan pemohon dikehendaki membuat semakan serta mencetak slip panggilan Ujian khas Hafazan mulai 22 Januari 2024.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai kemasuk Sekolah Menengah Agama Negeri Perak tahun 2023, anda boleh merujuk melalui saluran berikut:
- Website rasmi: https://e-smanperak.my/
- Alamat: Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Perak, Tingkat 7, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak.
- No Telefon: 05-2084950/4951/4955/4949/4938.
ARTIKEL LAIN
E-SMANJ (Permohonan Tingkatan 1 SMA Negeri Johor)
1 thought on “SMAN PERAK 2024(Permohonan Kemasukan Pelajar Tingkatan 1)”