SMAN PERAK 2023 (Permohonan Kemasukan Pelajar Tingkatan 1)
Kepada ibu bapa khususnya di negeri Perak yang ingin menghantar anaknya ke Sekolah Menengah Agama bagi tingkatan 1, kini permohonan ke Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Perak telah dibuka, Disini kami akan kongsikan kepada anda cara permohonan secara atas talian dan syarat kelayakan, semoga membantu.
APA ITU SMAN
Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) merupakan Sekolah Menengah Agama di bawah Jabatan Agama Islam Perak yang menawarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) beserta Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) dan Kurikulum Bersepadu Dini Tahfiz (KBT).
SENARAI LOKASI SMAN PERAK
Berikut adalah merupakan antara senarai sekolah mengikut kurikulum yang ditawarkan adalah seperti berikut:
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM) | |
KURIKULUM BERSEPADU DINI (KBD) | KURIKULUM BERSEPADU TAHFIZ (KBT) |
Sekolah Izzuddin Shah Sekolah Raja Perempuan Taa’yah Sekolah Raja Dr Nazrin Shah | Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Manjung Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Lenggong Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Batang Padang Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Kerian |
SYARAT PERMOHONAN SMAN
Syarat permohonan yang telah ditetapkan bagi membuat permohonan adalah permohon harus memperoleh sekurang-kurangnya 4A dalam UPKK tahun 2021.
TARIKH PERMOHONAN SMAN PERAK (Tingkatan 1)
Tarikh permohonan kemasukan SMAN bagi tahun 2023 ini akan dibuka mulai 27 Oktober 2022 iaitu hari Khamis hingga 30 November 2022 iaitu hari Rabu.
CARA PERMOHONAN SMAN PERAK
Kepada ibu bapa yang ingin membuat permohonan bagi anaknya ke Sekolah Menengah Agama Negeri Perak, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari website Permohonan Sekolah Menengah Agama Negeri Perak
- Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan tepat dan lengkap
- Semak kembali maklumat anda, sekiranya telah lengkap hantar permohonan.
- Selesai
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai kemasuk Sekolah Menengah Agama Negeri Perak tahun 2023, anda boleh merujuk melalui saluran berikut:
- Website rasmi: https://e-smanperak.my/
- Alamat: Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Perak, Tingkat 7, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak.
- No Telefon: 05-2084950/4951/4955/4949/4938.
ARTIKEL LAIN
E-SMANJ (Permohonan Tingkatan 1 SMA Negeri Johor 2023)