ePKHAS 2024(Permohonan Tingkatan 1 & 4 Pendidikan Khas)

ePKHAS 2024(Permohonan Tingkatan 1 & 4 Pendidikan Khas)

ePKHAS PENDIDIKAN KHAS

Kepada ibu bapa yang ingin menghantar anak ke Tingkatan 1 dan 4 Pendidikan Khas, kini pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka permohonan bagi kemasukan ambilan tahun 2024. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara permohonan menerusi ePKHAS Pendidikan Khas, semoga membantu.

 

APA ITU ePKHAS

Sistem ePKHAS hanya untuk permohonan penempatan Murid Berkeperluan Pandidikan Khas (MBPK) ke SMKPK/SMPKV/KV KENINGAU.

 

SEKOLAH TERLIBAT ePKHAS

Permohonan kemasukan ini adalah untuk Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas (SMKPK), Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV), dan Kolej Vokasional Keningau, Sabah, kini permohonan telah dibuka

 

SYARAT PERMOHONAN ePKHAS PENDIDIKAN KHAS

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan permohonan kemasukan ke sekolah pendidikan khas ini iaitu:

  • Warganegara Malaysia.
  • Calon mesti dari sekolah kerajaan/bantuan kerajaan.
  • Sihat tubuh badan dan tiada penyakit kronik.
  • Pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
  • Berkeupayaan mengurus diri.

 

TARIKH PERMOHONAN ePKHAS PENDIDIKAN KHAS

Anda boleh membuat permohonan mulai 10 September 2023 hingga 8 November 2023.

 

KATAGORI MURID BERKEPERLUAN KHAS

Berikut adalah merupakan katagori bagi murid bekerpulan khas iaitu:

  • Kurang Upaya Pendengaran
  • Kurang Upaya Penglihatan
  • Kurang Upaya Pertuturan
  • Kurang Upaya Fizikal
  • Masalah Pembelajaran
  • Pelbagai (Multiple Disabilities)

 

SENARAI SEKOLAH ePKHAS

Berikut adalah merupakan senarai sekolah yang boleh dipohon bagi kemasukan ambilan tahun 2024 iaitu:

  • SMKPK Setapak, Kuala Lumpur
  • SMKPK Persekutuan, Pulau Pinang
  • SMKPK Bumbong Lima, Pulau Pinang
  • SMPKV Shah Alam, Selangor
  • SMPKV Indahpura, Johor
  • SMPKV Kuantan, Pahang
  • SMPKV Merbok, Kedah
  • Kolej Vokasional Keningau, Sabah

 

SENARAI KURSUS ePKHAS PENDIDIKAN KHAS

Untuk merujuk senarai khusus yang lengkap, anda boleh merujuk apda pautan di bawah:

 

CARA PERMOHONAN ePKHAS PENDIDIKAN KHAS

Kepada ibu bapa yang ingin membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan ePKHAS
  2. Pada paparan utama klik bahagian Login, seterusnya klik Login Ibu Bapa/Penjaga.
  3. Klik bahagian Daftar Pengguna.
  4. Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan klik Daftar.
  5. Seterusnya log masuk kembali dengan akaun yang anda daftarkan
  6. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan seperti berikut:
    • Maklumat murid
    • Maklumat ibu bapa/penjaga
    • Maklumat akademik/kemahiran
    • Penglibatan kokurikulum/jawatan
    • Maklumat disiplin
  7. Setelah lengkap buat pengesahan dan klik Hantar.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai ambilan pandidikan khas tahun 2024, anda boleh merujuk portal rasmi ePKHAS

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment