E-SMANJ (Permohonan Tingkatan 1 SMA Negeri Johor 2023)

E-SMANJ (Permohonan Tingkatan 1 SMA Negeri Johor 2023)

 

E-SMANJ

Bermula 1 Disember 2022 sehingga 26 Disember 2022 , para murid yang mempunyai kelayakan akademik, keperibadian yang mulia, jati diri yang hebat serta minat yang tinggi untuk mengikuti Sistem Pendidikan Islam di Sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri Johor di galakan membuat permohonan secara dalam talian.

 

Apakah Itu Sekolah Menengah Agama Negeri Johor (SMANJ) ?

Sekolah Menengah Agama Negeri Johor menawarkan pengajian yang menitikberatkan pengajian Islam dan Bahasa Arab disamping memberi penekanan juga dalam sains dan teknologi.

 

SEKOLAH-SEKOLAH YANG DITAWARKAN

 Berikut adalah sekolah yang boleh dimohon menggunakan E-SMANJ

  1. Maahad Tahfiz Negeri Johor (MTNJ)
  2. Maahad Johor Lil Banat (MJLB – beroperasi sementara waktu di SMAKJ)
  3. Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang (SMAKJ)
  4. Sekolah Maahad Pontian (MP)
  5. Sekolah Menengah Agama Parit Raja, Batu Pahat (SMAPR)
  6. Sekolah Menengah Agama Bugisiah, Tampok, Pontian (SMABG)

 

Syarat Permohonan E-SMANJ

  1. Calon warganegara Malaysia. Bangsa Johor diberikan keutamaan
  2. Calon sihat tubuh badan dan boleh berdikari
  3. Calon lahir pada 2 Januari 2010 hingga 1 Januari 2011.
  4. Permohonan adalah secara dalam talian (online) dan hanya calon yang melepasi

saringan awal (berdasarkan jumlah merit tertinggi) akan dipanggil menghadiri Ujian Kelayakan yang akan dijalankan. Tarikh-tarikh penting akan sentiasa dimaklumkan melalui Facebook rasmi Bahagian Pendidikan Islam JAINJ.

  1. Untuk maklumat tambahan, sila rujuk daftar-smanj.net/t1/2022/yang disediakan di pautan ini

 

Cara Permohonan Menggunakan E-SMANJ

    1. Permohonan adalah secara dalam talian melalui laman sesawang daftar-smanj.net/t1/2022/
    2. Permohonan dibuka mulai Khamis 01 Disember 2022 (12.00 tengahari) dan akan ditutup pada Isnin 26 Disember 2022 (05.00 petang)
    3. Calon perlu merujuk kepada Buku Panduan Permohonan SMANJ sebelum membuat permohonan secara dalam talian
    4. Calon telah memahami maklumat yang disediakan dan membuat perakuan apabila selesai merujuk buku panduan permohonan SMANJ
    5. Sebarang kesilapan pengisian maklumat dalam borang permohonan adalah di bawah tanggungjawab masing-masing

 

Carta Alir Tarikh Permohonan E-SMANJ

Anda boleh merujuk tarikh penting berkenaan permohonan tersebut:

E-SMANJ

Manual pengguna Panduan Permohonan E-SMANJ

Anda boleh mengikuti pautan tersebut: https://daftar-smanj.net/public/assets/pdf/panduan.pdf

 

Ujian Kelayakan E-SMANJ

Hanya calon yang disenarai pendek berdasarkan Kiraan Merit Tertinggi akan dipanggil untuk menghadiri UJIAN KELAYAKAN yang dijadualkan akan dijalankan pada 2-5 Januari 2023 (Isnin-Khamis) di tempat yang akan ditetapkan.

Ujian Kelayakan terbahagi kepada tiga bahagian;

  1. Ujian Bertulis
  2. a) Dijalankan selama 1 jam 15 minit.
b) Merangkumi penguasaan asas Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Bahasa Arab, Matematik, Sains, Tajwid, Jawi dan
Pengetahuan Am.
  3. Ujian Inventori Personal Murid (IPM)
Ujian ini akan dijalankan selama 15 minit.
  4. Ujian Lisan
a) Bacaan surah al Fatihah
b) Bacaan 3-5 baris ayat Al Quran
c) Tasmik hafazan al Quran (khas bagi permohonan ke MTNJ,
MJLB dan SMAKJ). Calon akan diberi masa 30 minit untuk
menghafaz satu muka surat al Quran yang akan ditentukan
pada hari Ujian dijalankan.

Ujian akan dijalankan secara bersemuka atau dalam talian bergantung kepada arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari semasa ke semas

 

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://daftar-smanj.net/t1/2023/ atau layari Facebook Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Semoga perkongsian berkenaan permohonan secara atas talian E-SMANJ ini memberikn manfaat kepada anda semua.

 

ARTIKEL LAIN : Permohonan MRSM Tingkatan 1

Leave a Comment