ains.moe.gov.my Log masuk Cara Pengisian AINS NILAM

CARA LOGIN/REKOD BACAAN MURID SECARA ONLINE AINS NILAM

ains.moe.gov.my

Untuk maklumat kepada para ibu bapa, bermula pada 16 November 2023, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menyerahkan Advance Integrated Nilam System (AINS) kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Disini kami akan kongsikan kepada anda cara mengisi data bacaan dalam Ains Nilam masing-masing melalui pautan berikut ains.moe.gov.my. Bagaimana cara login? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu

 

APA ITU AINS NILAM

Sistem AINS (Advance Integrated Nilam System) menggantikan NILAM untuk merekod bahan bacaan secara digital. Sistem ini merupakan aplikasi mudah alih yang direka bagi memudahkan murid merekod bahan bacaan berasaskan teknologi untuk menggantikan sistem perekodan membaca murid secara manual iaitu NILAM yang telah digunakan sejak tahun 1999.

 

CARA LOGIN AINS NILAM (ains.moe.gov.my)

Untuk makluman ibu bapa sistem ini boleh diakses melalui dengan menggunakan akaun ID DELIMa pelajar untuk log masuk. Jika anda belum mempunyai ID DELIMa, sila berhubung dengan guru kelas anda untuk bantuan. Berikut adalah merupakan cara login:

  1. Anda boleh menggunakan telefon pintar atau komputer riba untuk login ke laman web dengan mudah.
  2. Layari pautan Advance Integrated Nilam System (AINS)
  3. Pada paparan utama, klik pada Log Masuk dengan DELIMa
  4. ID DELIMa mempunyai format [email protected]. Masukkan ID DELIMa anda dan klik Seterusnya
  5. Klik Teruskan sebagai langkah terakhir
  6. Anda telah berjaya log masuk!

NOTA: Sekiranya anda mengalami kesukaran untuk log masuk, sila berhubung dengan guru kelas anda untuk bantuan

 

CARA REKOD BACAAN AINS NILAM (ains.moe.gov.my)

Jika anda adalah seorang murid ataupun ibu-bapa yang ingin memasukkan maklumat bacaan, ikuti langkah di bawah.

  1. Layari pautan Advance Integrated Nilam System (AINS)
  2. Sila log masuk menggunakan ID DELIMA
  3. Borang Maklumat Bacaan Murid akan dipaparkan.
  4. Isikan ruangan item dengan maklumat yang berkaitan seperti berikut:
  5. Maklumat Bahan Bacaan
    • Tajuk Buku
    • Pilihan Bahasa
    • Tahun Terbitan
    • Pengarang
    • Penerbit
  6. Jenis Bahan Bacaan
    • Buku Fiksyen
    • Buku Bukan Fiksyen
    • Bukan Buku (Contoh: Artikel, Majalah, Brosur, Komik dan sebagainya)
    • Bahan Digital (Sila copy link URL / pautan digital library)
    • Rumusan
    • Aktiviti Pengayaan
  7. Aktiviti Lain-lain (jika ada)
  8. Setelah selesai mengisi, klik butang SIMPAN.
  9. Selesai

 

MUAT TURUN PANDUAN LENGKAP MANUAL PENGGUNAAN AINS NILAM

Berikut adalah merupakan panduan yang boleh dimuat turun oleh ibu bapa dan guru bagi penggunaan sistem ini:

 

  • Manual Penggunaan Aplikasi Untuk Murid
  • Manual Penggunaan Aplikasi Untuk Guru

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkenaan sistem aplikasi ini, anda boleh melayari laman Facebook rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

ARTIKEL LAIN:

2 thoughts on “ains.moe.gov.my Log masuk Cara Pengisian AINS NILAM”

Leave a Comment