Akta Kerja 1955 Pindaan 2022 PDF (Senarai Undang Buruh Pekerja 2023)

Akta Kerja 1955 Pindaan 2022 PDF (Senarai Undang Buruh Pekerja 2023)

Akta Kerja

Berita gembira buat pekerja-pekerja di Malaysia,Semakan Akta Kerja 1955: Pembayaran Gaji & Hak Pekerja Wanita Malaysia, waktu notis berhenti kerja, cuti umum tahunan bagi undang undang buruh & pekerja swasta pindaan 2022 yang dilaksanakan 1 Januari 2023

Kami akan membantu anda memahami pindaan akta kerja yang terkini.

Apa Itu Akta Kerja

Penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 ini diwujudkan untuk menjaga kebajikan pekerja serta memberi kelonggaran dalam tempoh bekerja yang sepatutnya dilaksanakan pada 1 September lepas.

Liputan akta ini terpakai kepada semua pekerja sektor swasta di Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Labuan.

Tujuan pindaan ini dibuat adalah bagi meningkatkan dan menambahbaik perlindungan dan kebajikan pekerja di negara ini serta memastikan peruntukan undang-undang perburuhan di negara ini selaras dengan standard antarabangsa.

Oleh yang demikian, semua pekerja sektor swasta yang memasuki kontrak perkhidmatan wajar dilindungi dan beroleh manfaat sepertimana yang diperuntukkan di bawah Akta Kerj4 1955.

Akta Kerja 1955 Pindaan 2022

Penting sebenarnya untuk anda tahu dan hadam kesemua 9 hak anda seperti yang terkandung dalam akta pekerja 1955. Ini bagi mengelakkan anda terus ditindas dan diancam sewenang-wenangnya oleh majikan dan orang atas anda, disebabkan anda hanya seorang bergelar pekerja sahaja.

Majikan anda melanggar kesalahan dan diberikan HUKUMAN di bawah akta pekerja 1955 pindaan 2022 yang bermula 1 januari 2023 JIKA…

1) AktaKerja 1955 Waktu Bekerja Seminggu

  • Meminta anda bekerja terus 5 jam tanpa henti dan anda tidak diberikan rehat sekurang-kurangnya 30 minit lamanya.
  • Anda diarahkan dalam satu hari bekerja lebih 8 jam
  • Dalam tempoh satu minggu, anda TERPAKSA bekerja LEBIH 48 jam

PINDAAN: Akt buruh waktu bekerja seminggu maksimum 45 jam sahaja (termasuk waktu rehat) tidak kira anda kerja 12 jam, shift malam atau siang tetap, ini undang undang terbaru di malaysia.

2) Akta Kerja 1955 Pembayaran Gaji

  • Anda tidak menerima gaji lebih dari sebulan
  • Anda masih tidak menerima upah gaji seepas 7 hari dalam tempoh gaji sebulan anda

3) Akta Kerja 1955 Cuti Sakit Bergaji

Anda tidak mendapat gaji dalam tempoh cuti sakit bergaji termasuk kena kuarantin covid 19 di rumah WALAUPUN anda berhak berdasarkan tahun perkhidmatan anda seperti yang termaktub dalam Seksyen 60F, akta buruh 1955]

4) Akta Kerja 1955 Notis Berhenti Kerja

Anda kena berhenti kerja tetapi tidak mendapat jumlah yang setimpal seperti contoh pengiraan faedah penamatan kerja (berhenti kerja) seperti VSS / MSS di bawah peraturan peraturan kerja yang terkandung dalam faedah penamatan dan rentikerja sementara 1980 (peraturan 3):

5) Akta Kerja 1955 Cuti Umum Tahunan

  • Anda masih perlu bekerja 7 hari seminggu TANPA dibayar sebarang bayaran tambahan kepada anda
  • Anda masih perlu bekerja pada hari kelepasan am bergaji seperti yang termaktub dalam seksyen 6-D(10(a) & (b) akta kerja 1955]
  • Anda juga sedang dianiaya oleh majikan anda apabila tidak mendapat jumlah cuti tahunan yang telah ditetapkan dalam Seksyen 60E, Akt Kerja 1955

6) Ganti Rugi Notis

  • Mana-mana pekerja yang berkhidmat bawah 2 tahun notice yang perlu diberikan adalah 4 minggu (1 bulan); kalau tahun ke 2 hingga 5 notice dia 8 minggu (2 bulan) & kalau lebih 5 tahun notice 12 minggu (3 bulan).
  • Jika tidak ikut, bererti majikan anda MELANGGAR akta pekerja 1955

7) Cuti Bersalin Pindaan 2019

Kelayakan Cuti Bersalin daripada 60 hari kepada 98 hari. Semua pekerja wanita yang bersalin tidak mengira tangga gaji dan melalui perkahwinan yang sah atau tidak, layak mendapat 98 hari

) Akta Kerja 1955 Pekerja Wanita

  • Anda diarah untuk bekerja disektor pertanian / perusahaan bermula pukul 10 malam hingga 5 pagi
  • Anda diarahkan kerja bawah tanah bermula pukul 10 malam hingga 5 pagi

9) Bayaran Kerja Lebih Masa (Overtime OT)

Apabila anda bekerja anda tidak mendapat hak gaji seperti pada jadual bawah ini:

PERKARA

BAYARAN

Bekerja di Hari Biasa Bekerja

(1.5 ganda untuk setiap Satu jam tambahan)

Bekerja di Hari Cuti Biasa

(2.0 kali ganda untuk setiap satu jam tambahan)

Bekerja di Hari Kelepasan Am

(3 kali ganda untuk setiap satu jam tambahan

10. Gaji Minimum

BACA SINI: Butiran lanjut Gaji Minimum di Malaysia

Download AktaKerja 1955 (Akta 265) Bahasa Melayu

Jika anda tidak selesa untuk semak dan baca dalam format english version (versi bahasa Inggeris), kami kongsikan anda panduan infografik akta kerja 1955 (akta 265) dalam bahasa Melayu untuk format PDF, anda boleh download FULL terus sini, https://jtksm.mohr.gov.my

3 thoughts on “Akta Kerja 1955 Pindaan 2022 PDF (Senarai Undang Buruh Pekerja 2023)”

  1. Salam sejahtera. Adakah tarikh bayaran khas taska RM3000 telah diumumkan? Apakah caranya untuk memohon batuan ini? Terima kasih.

    Balas

Leave a Comment