MINGGU SOLIDARITI PALESTIN KPM(Contoh Aktiviti & Garis Panduan)

MINGGU SOLIDARITI PALESTIN KPM(Contoh Aktiviti & Garis Panduan)

MINGGU SOLIDARITI PALESTIN KPM

Pihak Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan Minggu Solidariti Palestin di semua institusi pendidikan di bawah KPM bagi menyahut pendirian kerajaan untuk terus bersama-sama mempertahankan hak dan kebebasan rakyat Palestin. Disini kami akan kongsikan keapda anda maklumat mengenai program ini, semoga membantu.

 

APA ITU MINGGU SOLIDARITI PALESTIN KPM

Miinggu Solidariti Palestin adalah untuk menggalakkan perpaduan, simpati, perasaan hormat dan nilai-nilai kemanusiaan kepada seluruh warga KPM tentang nilai kemanusiaan sejagat. Program ini bertujuan mendidik pelajar mengenai nilai manusiawi yang turut merangkumi hak asasi manusia dan sifat ihsan. Ini termasuk sikap empati dan keprihatinan terhadap penderitaan yang dialami individu lain tanpa mengira bangsa, agama atau status sosial

 

TARIKH PERLAKSANAAN MINGGU SOLIDARITI PALESTIN KPM

Kementerian Pendidikan menganjurkan  Minggu Solidariti Palestin bermula pada 29 Oktober hingga 3 November ini sebagai satu bentuk solidariti terhadap nilai kemanusiaan yang mementingkan kedamaian dan keamanan sejagat.

 

INSTITUSI TERLIBAT MINGGU SOLIDARITI PALESTIN KPM

Program iniu akan melibatkan semua institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan seluruh negara iaitu:

  • Sekolah
  • Kolej Vokasional
  • Kolej Matrikulasi
  • Institut Pendidikan Guru

Sasaran: Semua warga KPM yang berkhidmat di KPM, JPN, PPD dan sekolah seluruh negara. Semua murid-murid, PIBG dan PIBKS seluruh negara

 

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MINGGU SOLIDARITI PALESTIN KPM

Beikut adalah merupakan garis panduan yang telah ditetapkan oleh KPM bagi pelaksanaan program ini seperti berikut:

Do’s Untuk Minggu Solidariti Palestin
  1. Fokus Pada Kemanusiaan
    • Tekankan perjuangan kemanusiaan dan pentingnya kedamaian, bukannya elemen keganasan atau kontroversi
  2. Dorong Pemahaman
    • Libatkan aktiviti pendidikan seperti ceramah, pameran foto, atau tayangan dokumentari yang memberi gambaran sebenar situasi di Palestin
  3. Jemput Penceramah Yang Berwibawa
    • Pilih penceramah yang berpengetahuan dan mampu menyampaikan fakta dengan cara yang berimbang
  4. Galakkan Dialog Terbuka
    • Anjurkan sesi soal jawab atau forum diskusi untuk membincangkan isu dengan pelbagai perspektif
  5. Ajak Kerjasama
    • Jemput organisasi-organisasi kemanusiaan dan NGO yang berpengalaman untuk berkolaborasi dalam program
  6. Kempel Amal
    • Mengumpul sumbangan untuk bantuan kemanusiaan seperti makanan, pakaian atau pendidikan
  7. Promosi Kedamaian
    1. Tekankan pentingnya kedamaian, keadilan dan keharmonian dalam semua aktiviti
Dont’s Untuk Minggu Solidariti Palestin
  1. Hindari Retorik Ektremis
    • Jangan menggunakan simbol yang boleh dilihat sebagai provokatif atau menyokong keganasan. Contohnya senjata api, pedang, tombak
  2. Elakkan Menyalahkan Individu Atau Agama
    • Jangan generalisasikan atau menyalahkan sluruh kelompok atau agama tertentu atas dasar tindakan segelintir individu
  3. Jangan Memanipulasi Fakta
    • Pastikan semua maklumat yang disampaikan adalah benar dan tidak disesatkan.
  4. Elakkan Aktiviti Yang Boleh Minumbulkan Konfrontasi
    • Hindari aktiviti seperti protes jalanan yang boleh menimbulkan konflik atau ketegangan
  5. Hindari Politik Partisan
    • Jangan memihak atau memberikan platform kepada mana-mana pihak politik
  6. Jangan Hanya Menonjolkan Perspektif Satu Pihak
    • Walaupun tujuan adalah untuk solidariti kepada Palestin, cuba untuk memberikan gambaran yang berimbang tentang situasi
  7. Elakkan Menggunakan Simbol atau Ikon Yang Boleh Menimbulkan Kontroversi
    • Ini termasuklah bendera, slogan atau gambar yang mungkin menyinggung perasaan pihak lain

 

CONTOH AKTIVITI MINGGU SOLIDARITI PALESTIN KPM

Berikut adlaah merupakan antara beberapa aktiviti yang boleh dilakukan bagi menjayakan program ini iaitu:

  • Solat hajat dan bermunajat (melibatkan murid-murid beragama Islam sahaja)
  • Sayembara puisi
  • Pertandingan melukis poster bertemakan kedamaian
  • Ceramah
  • Pameran & tayangan video
  • Pertandingan mewarna
  • Pelancaran tabung kemanusiaan Palestin

 

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment