CARA AKTIFKAN VISA KAD DEBIT MAYBANK ONLINE

CARA AKTIFKAN VISA KAD DEBIT MAYBANK ONLINE

CARA AKTIFKAN VISA KAD DEBIT MAYBANK ONLINE

Anda seorang yang minat berbelanja secara diatas talian? Tidak semua orang ada kad kredit atau paypal untuk melakukan transaksi. Jadi, satu lagi alternatif untuk membuat pembayaran yang makin popular ialah kad debit.

Selain daripada mudah nak dipohon, ia juga tidak akan menyebabkan anda berhutang sebab kalau takde duit dalam kad debit, memang anda tak boleh buat apa-apa belian.

Kami akan berkongsi cara aktifkan visa kad debit maybank dengan mudah dan ringkas.

 

Apa Itu Kad Debit?

Dulunya dikenali sebagai kad ATM Maybank Bankcard. Dan awal tahun 2009, sesiapa yang memiliki kat ATM Maybank Bankcard ini boleh terus tukar upgred Version iaitu Kad ATM siap Visa Debit. Senang cakap, kad ATM ni ada fungsi sama macam kad debit. Sebab ada logo visa.

Kad debit ni memudahkan kita untuk membeli belah dan juga menggantikan wang tunai kita daripada bawak banyak-banyak. Zaman dulu-dulu, memangla bawak duit berkepuk. Tapi, ini zaman sekarang, bawak kad sahaja. Tapi, kena ingat kad debit ini adalah kontra daripada kad kredit. Kalau kad kredit, swipe dulu, hujung bulan baru bayar bil. Lain pula kad debit, kena masukkan duit dulu (macam prepiad), dan kemudian barulah boleh swipe di mana-mana.

Antara kegunaan kad debit ialah:

  • Membeli belah di shopping complex.
  • Beli minyak di petrol station.
  • Pembelian atau pembayaran di internet.

 

 

Cara Aktifkan Visa Kad Debit Maybank

Info Penting sebelum proses aktifkan visa kad debit Maybank

  • Pastikan kad Maybank ATM anda adalah version yang baru seperti berikut: dan bukannya yang kuning-hitam tu. Kalau masih lagi yang lama, sila tukar di Maybank.
  • Pastikan sudah memiliki akaun Maybank2U. Jika belum boleh dapatkan di maybank2u.com.my

 

Langkah 1

Anda hendaklah login pada Maybank2u terlebih dahulu.

m1

Langkah 2

Masukan username dan juga password anda.

AKTIFKAN VISA KAD MAYBANK

 

 

Langkah 3

Lihat bahagian Utilities dan klik pada Maybankcard Secure Online Shopping Registration”

AKTIFKAN VISA KAD MAYBANK 

 

Langkah 4

Isi maklumat yang diperlukan dan klik Submit.

AKTIFKAN VISA KAD MAYBANK

 

Langkah 5

Pastikan status berjaya (SUCCESSFUL)

m5

 

Tahniah! Kini Kad Visa Debit Maybank telah pun di aktifkan.

 

Kad masih tidak boleh digunakan?

Anda sudah mengikuti langkah diatas tapi kad masih tidak boleh digunakan?

Pertama sekali, mungkin anda kena lihat had transaksi kad anda.

Mungkin harga barangan lebih daripada had transaksi.

Untuk naikkan had transaksi teruskan baca bahagian seterusnya.

Selain itu, dalam sesetengah kes anda kena juga call pihak Maybank untuk pengaktifan.

(Ikut prosedur terdahulu daripada maybank).

Anda boleh hubungi pihak Maybank melalui talian: 1-300-88-6688.

(Nombor yang sama juga tertera di belakan kad Maybank anda).

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda semua.

 

Artikel Lain : Cara View dan Download Statement Maybank

Leave a Comment