Permohonan Bantuan Kewangan Pelajar OKU (Institut Pengajian Tinggi)

Permohonan Bantuan Kewangan Pelajar OKU (Institut Pengajian Tinggi)

Bantuan Kewangan Pelajar OKU

Menjadi seorang pelajar pada era pandemik di mana wang adalah sumber utama dan paling penting untuk meneruskan hidup bukanlah suatu perkara yang mudah dan senang. Namun ianya bukanlah mustahil, kerana kerajaan Malaysia telah menyediakan alternatif iaitu bantuan dari segi sokongan dan kewangan untuk golongan pelajar terutamanya pelajar orang kurang upaya (OKU).

Bantuan ini merupakan keistimewaan yang diberikan kepada pelajar OKU. Oleh itu, ianya harus dibezakan dengan kemudahan-kemudahan lain yang turut diterima oleh pelajar bukan OKU. Ini bermakna sekiranya seseorang pelajar OKU itu menerima biasiswa atau kemudahan lain yang juga turut dinikmati oleh pelajar bukan OKU, maka pelajar OKU tersebut adalah layak menerima elaun ini.

Elaun khas ini tidak mengambil kira taraf pendapatan sebagai syarat kelayakan.

 

Skop Bantuan Kewangan Pelajar OKU Di IPT

Skop pembiayaan OKU adalah tertumpu kepada institusi yang terletak dibawah pengurusan dan kawalan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) iaitu semua IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja;
Skop peringkat pengajian pula adalah tertakluk kepada tafsiran pengajian tinggi (tertiary) iaitu peringkat diploma dan ke atas sahaja.

Walau bagaimanapun, kursus peringkat sijil jangka panjang di politeknik dan kolej komuniti yang di bawah tanggungjawab KPT boleh dipertimbangkan untuk bantuan kewangan OKU ini;
Pelajar OKU yang menuntut di institusi-institusi latihan bukan bertaraf IPT yang dikawal oleh kementerian-kementerian lain dan institusi-institusi pengajian tinggi luar negara adalah di luar skop pembiayaan.

 

Tempoh Pembiayaan Bantuan Kewangan Pelajar OKU Di IPT

Berikut adalah tempoh Pembiayaan Bantuan Kewangan Pelajar OKU Di IPT :

BILPERINGKAT PENGAJIANTEMPOH TAJAAN
1.Sijil2 Tahun untuk Kolej Komuniti dan Politeknik sahaja (had pembiayaan RM5,000 sehingga RM10,000).
2.Diploma3 Tahun (Had Pembiayaan RM5,000.00 sehingga RM15,000.00)
3.Sarjana Muda4 Tahun (Had Pembiayaan RM5,000.00 sehingga RM20,000.00)
4.Diploma Lepasan Ijazah2 Tahun (Had Pembiayaan RM5,000.00 sehingga RM10,000.00)
5.Sarjana2 Tahun (Had Pembiayaan RM5,000.00 sehingga RM10,000.00)
6.Ph.D4 Tahun (Had Pembiayaan RM5,000.00 sehingga RM20,000.00)

 

Syarat -syarat Bantuan Kewangan Pelajar OKU Di IPT

  1. Pelajar warganegara Malaysia.
  2. Pelajar berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan telah mempunyai kad OKU.
  3. Kursus yang diikuti hendaklah diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
  4. Pelajar OKU yang menerima pinjaman pelajaran atau pembiayaan sendiri adalah layak menerima elemen wangsaku dan yuran pengajian. Penerima biasiswa pula layak mendapat wang saku sahaja.
  5. Pelajar hendaklah sedang melanjutkan pengajian di mana-mana universiti awam atau IPTS (bawah seliaan KPT) atau Kolej Komuniti dan Politeknik.
  6. Pelajar yang mengikuti kursus separuh masa atau pengajian jarak jauh layak menerima bantuan kewangan ini.
  7. Pelajar OKU hendaklah bukan dalam tempoh cuti belajar bergaji (penuh/sebahagian).
  8. Bagi pelajar yang ingin memohon perlanjutan tempoh pengajian adalah tidak layak mendapat bantuan dalam proses perlanjutan tersebut.

 

Kaedah Pembayaran Bantuan Kewangan PelajarOKU Di IPT

 Pelajar Sepenuh Masa (wang saku dan yuran pengajian)

  • Bantuan meliputi wang saku dan yuran pengajian yang kedua-duanya tidak melebihi RM5,000/setahun atau RM20,000 sepanjang tempoh pengajian pada satu peringkat pengajian (jika pinjaman pelajaran atau pembiayaan sendiri sahaja). Penerima biasiswa pula hanya layak wang saku 
  • Kadar bantuan adalah wang saku RM300/bulan dan bakinya adalah bantuan yuran tertakluk kepada RM5000 setahun bagi kedua-dua elemen. Sekiranya jumlah wang saku dan yuran pengajian tidak mencapai RM5000 setahun, lebihan tersebut tidak akandibayar kepada pelajar dan tidak akan dibawa ke hadapan.
  • Penetapan kadar bayaran adalah berdasarkan kepada tahun kalendar. Ini bermakna tempoh yang layak adalah bermula dari tuntutan pertama dibuat dalam tahun semasa.
  • Walau bagaimanapun, pelajar boleh memilih samada untuk bantuan bagi kedua-dua elemen bayaran atau yuran pengajian sahaja dalam tahun tersebut.
  • Bayaran akan dibuat berdasarkan tarikh tuntutan semasa dan tidak akan dikebelakangkan. Tuntutan untuk semester yang telah berlalu adalah tidak dibenarkan.

Pelajar Separuh Masa/Jarak Jauh (yuran pengajian sahaja) :

  • Bantuan tidak melebihi RM5,000 setahun atau RM20,000 sepanjang tempoh pengajian pada satu peringkat pengajian tertakluk kepada RM5,000 setahun. Penerima biasiswa termasuk yuran pengajian tidak layak menerima bantuan ini.
  • Bayaran yuran pengajian akan dibuat terus kepada IPT berkenaan pada setiap semester tertakluk kepada invois lengkap yang diterima; dan
  • Bayaran akan dibuat berdasarkan tarikh tuntutan semasa dan tidak akan dikebelakangkan. Tuntutan untuk semester yang telah berlalu adalah tidak dibenarkan.

 

Kategori Yuran Pengajian Yang Layak dan Tidak Layak Dituntut

Bil.Yuran pengajian yang LAYAK dituntutYuran pengajian yang TIDAK LAYAK dituntut
1.Yuran Pendaftaran PengajianYuran Penempatan / Yuran Asrama
2.Kad Kampus / Kad MatrikInsuran Kesihatan / Perlindungan Insuran
3.Yuran PerpustakaanYuran Kebajikan / Persatuan / Alumni / Aktiviti / Khairiat
4.Yuran PeperiksaanYuran Kelengkapan / Tabung Pengurusan MPA
5.Yuran PerkhidmatanYuran Pencalonan
6.Yuran Ko-Kurikulum / SukanTabung Kecemasan
7.Yuran Graduasi (Jika bergraduat dalam tempoh tajaan sahaja)Elaun Buku
8.Yuran Pemeriksaan / Yuran TesisElaun Sara Hidup
9.Yuran KomputerElaun Tesis
10.Yuran Peralatan / Bahan MakmalElaun Latihan Amali / Klinikal / Kerja Lapangan
11.Elaun Perjalanan / Tambang
12.Elaun Akhir Pengajian
13.Elaun Penyelidikan
14.Elaun Pengangkutan

 

Cara Permohonan Bantuan Kewangan Pelajar OKU Di IPT

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Untuk mendaftar, sila muat turun borang pendaftaran di pautan https://cdn.me-qr.com/pdf/11878782.pdf.
  2. Untuk membuat tuntutan borang pengajian, sila klik di pautan ini https://cdn.me-qr.com/pdf/11878864.pdf.
  3. Isi semua maklumat yang diperlukan.
  4. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  5. Hantar dokumen ini secara hardcopy di kaunter Bahagian Biasiswa (Aras 2), KPT atau melalui e-mel di [email protected].
  6. Untuk membuat tuntutan, hantar Invois Asal secara pos atau serahan tangan ke alamat:
    • Kementerian Pengajian Tinggi, Bahagian Biasiswa, Unit Pra Perkhidmatan, Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, 62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
    • No Hotline : 03-8888 1616

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Bantuan Kewangan Pelajar OKU di IPT, sila layari laman web https://biasiswa.mohe.gov.my/bk_oku/index.php.

 

Artikel Lain : Senarai Biasiswa & Bantuan Kewangan Pelajar IPT

Leave a Comment