Cara Daftar Login Buat Bayaran MARA Guna MARAeps (Akaun Pinjaman Pendidikan Pembiayaan Sewa)
Mara telah memperkenalkan satu platform yang menyediakan perkhidmatan pembayaran atas talian. Para ibu-bapa dan pelajar boleh menggunakan platform tersebut untuk menjelaskan bayaran pendaftaran dan juga pinjaman pelajaran.
Kami akan membantu anda untuk mendaftar di platform MARAeps dengan mudah dan pantas.
Apa Itu MARAeps
MARAeps adalah perkhidmatan atas talian yang disediakan oleh MARA sebagai gerbang bayaran utama kepada semua pelanggan MARA.
Tujuannya aplikasi ini diwujudkan adalah untuk menerima bayaran yuran/pinjaman/pembiayaan pelajaran/perniagaan, caruman, sewa dan fasiliti lain yang ditawarkan oleh MARA.
Perkhidmatan Yang Ditawarkan
Selain pembayaran yuran pengajian MRSM, perkhidmatan yang ditawarkan menerusi aplikasi ini adalah seperti berikut:
- Pembayaran Akaun pinjaman/pembiayaan pelajaran.
- Pembayaran Akaun pinjaman/pembiayaan perniagaan.
- Pembayaran Kursus/Program berkala MARA
- Pembayaran Yuran Pengajian TVET dan IPMA.
- Pembayaran Rumah Rehat MARA.
- Pembayaran caruman dan lain lain fasiliti MARA.
Cara Daftar MARAeps
- Anda perlu layari Laman sesawang INI
- Daftar Baru
- Log masuk
Anda juga boleh imbas Kod QR untuk muat turun aplikasi tersebut
Aplikasi Android di GooglePlay – MARAeps
Aplikasi iOS di Applestore – MARAeps
Cara Bayaran
Terdapat 2 cara bayaran yang digunakan di dalam aplikasi ini iaitu:
- Bayaran atas talian menerusi bank-bank tempatan (FPX)
- Bayaran kad kredit menerusi E-mandate atau (DDA)
Cara Membuat Pembayaran MARAeps
Untuk membuat pembayaran yuran pengajian MRSM, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari pautan INI atau muat turun aplikasi menerusi GooglePlay/Applestore.
- Klik bahagian ‘Daftar Baharu.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
- Log masuk dengan memasukkan Username dan Kata Laluan.
- Klik bahagian ‘Yuran dan Fi.’
- Klik ‘MRSM’ dan masukkan no kad pengenalan pelajar.
- Pilih MRSM pelajar, jenis pembayaran, dan tingkatan serta klik ‘Teruskan.’
- Pilih ‘FPX’ dan pilih bank serta klik ‘Teruskan.’
- Daftar masuk perbankan internet dan buat pembayaran.
- Cetak dan simpan resit pembayaran tersebut.
Soalan Lazim
Apakah yang perlu saya lakukan jika terlupa kata laluan?
Jangan risau! Anda hanya perlu layari laman lupa katalaluan dan sila tunggu emel pengesahan yang akan dihantar ke alamat emel yang didaftarkan.
Apakah yang perlu saya lakukan jika tidak dapat mengakses akaun saya?
Jangan risau! Kemungkinan anda telah mengisi nama pengguna atau kata laluan yang kurang tepat. Pastikan juga anda telah berdaftar dengan MARAeps sebelum login di laman sesawang/aplikasi MARAeps. Untuk mendaftar, sila layari laman pendaftaran.
Untuk menetapkan semula nama pengguna atau kata laluan, sila layari laman lupa katalaluan dan tunggu emel pengesahan yang akan dihantar ke alamat emel yang didaftarkan.
Info Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai aplikasi MARAeps ini boleh dibuat menerusi email ke alamat emel : [email protected].
Artikel Lain : Jadual Bayaran Elaun MARA