BANK STATEMENT:CARA DAPATKAN/MUAT TURUN/PRINT(BANK CIMB/MAYBANK/RHB/BSN)

BANK STATEMENT:CARA DAPATKAN/MUAT TURUN/PRINT(BANK CIMB/MAYBANK/RHB/BSN)

BANK STATEMENT

Cetak Bank Statement. Perkembangan perkhidmatan perbankan telah memudahkan pelanggan melakukan transaksi kewangan. Antara bank terbesar di Malaysia yang terkenal dengan perkhidmatannya adalah CIMB,MAYBANK,RHB dan juga BSN.

Di era teknologi sekarang, banyak perkara kita boleh dapatkan dihujung jari sahaja. Sebagai contoh, anda boleh dapatkan bank statment  secara online dengan mudah je sekarang. Tak perlu keluar rumah dan pergi ke bank berhampiran.

Inilah dunia internet yang mana kita boleh akses dengan pelbagai perkara dengan mudah dan cepat. Sekarang pun kita perlu bergerak pantas bagi setiap aktiviti, kalau tidak ketinggalan lah kan.

Bank statement biasa jika sebelum ini, kita dapatkan di kaunter bank semata-mata nak dapatkan maklumat akaun bank kita seperti nama dan nombor akaun bank.

Kini ada cara lebih mudah. Jadi kalau anda ingin gunakan bank statement untuk memohon bantuan kerajaan (seperti BPR, BPN dan banyak lagi), boleh je sediakan terus maklumat akaun anda melalui bank statement ni. Boleh dapatkan secara online sahaja.

Artikel ini akan memaparkan cara untuk mendapatkan bank statement secara dalam talian bagi bank CIMB,MAYBANK,RHB dan juga BSN.

Baca Juga: PROGRAM JANAPRENEUR HRD CORP:CARA PERMOHONAN(Belia Lepasan Sekolah & Graduan)

Cara Dapatkan Bank Statement CIMB Bank Online

Adakah Anda tahu jika sekarang print penyata bank CIMB boleh dilakukan secara online? CIMB Clicks adalah salah satu perkhidmatan perbankan yang dapat melakukan pelbagai aktiviti kewangan secara cepat dan pantas.

Terdapat pelbagai ciri yang boleh Anda gunakan, seperti print bank statement CIMB, bayar bil, topup kredit, transfer wang dan lainnya.

Bagi Anda yang mahu print penyata bank CIMB melalui online, Anda mesti mempunyai akaun berdaftar di CIMB Clicks.

 

 

Print Penyata CIMB Bank Online

Sekiranya Anda belum mempunyai akaun CIMB Clicks, sila baca panduan cara daftar CIMB Clicks online. Untuk Anda yang telah mempunyai akaun CIMB Clicks online, sila ikuti panduan dibawah.

  1. Buka link www.cimbclicks.com.my
  2. Klik Login to Clicks
  3. Pilih I want to View My Dashboard
  4. Masukkan User ID pada bahagian Enter User ID, klik Login
  5. Pastikan Secure Word Anda betul
  6. Masukkan Password/Kata Laluan, klik Login
  7. Pilih My Accounts
  8. Klik Current/Savings, klik 3 (…) tanda pilih View/Download eStatementCara Dapatkan Bank Statement CIMB Bank
  9. Pilih bulan yang mahu Anda print
  10. Selepas itu, Anda dapat download penyata bank

Selain cara diatas Anda boleh guna cara dibawah:

  1. Log masuk CIMB Clicks
  2. Pilih My Accounts > eStatement > View eStatement
  3. Pilih Bulan
  4. Download Statement

 

Cara Dapatkan Bank Statment Melalui Email

Bagaimana cara dapatkan penyata bank CIMB melalui email setiap bulan?

Untuk mendapatkan bank statement melalui e-mel, Anda perlu melanggan perkhidmatan ini:

  1. Log masuk ke CIMB Clicks
  2. Pilih My Accounts > eStatement > Email Statement Delivery
  3. Masukkan alamat e-mel dan Kata Laluan Anda
  4. Terima Terma dan Syarat
  5. Tahniah, sekarang Anda boleh dapatkan penyata bank setiap bulan di Email Anda.

Kita teruskan dengan cara dapatkan Bank Statement Maybank

 

Cara Dapatkan Bank Statement (Maybank) Secara Online

Untuk itu, perkara penting, anda perlu mempunyai perbankan online, Maybank2U. Jadi jika belum ada, anda perlu daftar terlebih dahulu.

  1. Jika sudah ada, anda Log In menggunakan username dan password di laman Maybank2U www.maybank2u.com.my
  2. Kemudian pada halaman utama ini, pergi account > savings account-i dan klik “titik tiga” tersebut
  3. Sudah klik dan pilih “View Statements”
  4. Jadi akan dipaparkan bank statement anda pada jangan masa yang anda tetapkan. Anda boleh pilih sahaja mana-mana waktu yang penting dipaparkan maklumat akaun Maybank ada pada bahagian atas.
  5. Perkara penting sekali, anda boleh jumpa nama dan nombor akaun bank (maybank) anda sendiri dengan lengkap.
  6. Anda boleh download bank statement ini dalam format .pdf dengan klik pada butang “download” diatas.
  7. Selesai

 

Cara Print Bank Statement RHB Bank Online

Cara ini boleh dilakukan bagi Anda yang telah mempunyai akaun RHB Now online banking. Sekiranya Anda belum mempunyai akaun RHB Now boleh segera mendaftar dengan ikuti panduan cara daftar RHB Now online banking.

Jika Anda sudah mempunyai akaun RHB Now, sila ikuti langkah dibawah bagi dapatkan penyata bank RHB.

  1. Login RHB Bank https://logon.rhb.com.my
  2. Masukkan Username, sahkan Secret Word dan masukkan Password. Klik Login.
  3. Klik My Accounts > eStatement ManagementCara Dapatkan Bank Statement RHB Bank Online
  4. Pilih Saving Account, klik Next.Cara Print Penyata RHB Bank Online
  5. Pada bahagian eStatement Registration / Cancellation, pilih View Online. Klik Preview.
  6. Sekarang klik My Accounts sekali lagi lalu pilih View eStatement.
  7. Klik View e-Statement.
  8. Pilih Penyata Bulan berapa yang ingin Anda dapatkan.Cara Print Bank Statement RHB Bank Online
  9. Download file PDF, selepas itu sila print.

 

Cara Dapatkan Statement RHB Melalui Emel

Jika Anda ingin melanggan atau mendapatkan penyata bank setiap bulan di emel Anda, sila ikuti langkah dibawah:

  1. Login RHB Bank https://logon.rhb.com.my
  2. Masukkan Username, sahkan Secret Word dan masukkan Password. Klik Login.
  3. Klik My Accounts > eStatement Management
  4. Pilih Saving Account, klik Next.
  5. Pada bahagian eStatement Registration / Cancellation, pilih Send to Email.
  6. Masukkan alamat Email dan No Handphone. Klik Terms & Conditions. Klik Preview.Cara Dapatkan Penyata RHB Bank Online
  7. Penyata bank akan dihantar pada setiap tarikh kitaran penyata yang telah ditetapkan ke alamat email Anda.

Sekarang Anda boleh dapatkan penyata bank setiap bulan jika diperlukan.

 

Cara Dapatkan Statement Bank BSN Online

Bagi Anda yang sudah mempunyai akaun berdaftar di myBSN online banking, sila ikuti langkah dibawah.

  1. Lawati www.mybsn.com.my
  2. Masukkan Username dan Password
  3. Klik menu Account Overview
  4. Klik menu E-Statement
  5. Klik menu Nama Account
  6. Pilih Sejarah Transaksi yang Anda mahu check
  7. Klik Print

 

Cara Dapatkan Statement BSN di ATM

Penyata mini atau mini statement menyediakan sebahagian sahaja maklumat transaksi kewangan di akaun anda.

Penyata mini boleh Anda dapatkan dengan mudah, sila cuba cara dibawah:

  1. Pergi ke mana-mana mesin ATM BSN berhampiran
  2. Masukkan kad ATM dan PIN BSN Anda
  3. Pilih Other/Lain-Lain Urusniaga
  4. Pilih Statement/Khidmat Penyata
  5. Pilih Bank Statement/Penyata Mini
  6. Pilih Print/Cetak
  7. Ambil resit untuk tengok penyata bank Anda

 

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut tentang BankStatement atau pertanyaan lain berkaitan sila hubungi cawangan bank anda masing-masing. Terima kasih.

 

Artikel Lain

Cara View dan Download Bank Statement Maybank2u (Penyata Kewangan)

 

Leave a Comment