PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN & KOLEJ VOKASIONAL VETERAN ATM 2023
Kepada Veteran ATM yang mempunyai anak baru memulakan persekolahan di peringkat rendah atau menengah atau vokasional, anda boleh membuat permohonan Bantuan Persekolahan (BSK) Veteran ATM bagi membantu membiayai perbelanjaan. Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan, semoga membantu.
APA ITU BANTUAN PERSEKOLAHAN VETERAN ATM
Bantuan Persekolahan (BSK) disediakan bertujuan untuk membantu membiayai perbelanjaan memulakan persekolahan di peringkat rendah atau menengah atau vokasional.
KADAR BANTUAN PERSEKOLAHAN VETERAN ATM
Berikut adalah merupakan kadar bantuan yang disalurkan mengikut katagori iaitu:
- RM500 setahun bagi sekolah rendah.
- RM700 setahun bagi sekolah menengah/vokasional.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN PERSEKOLAHAN VETERAN ATM
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan bangtuan persekolahan ini iaitu:
- Veteran ATM – Pemilik Kad ATM
- Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia
- Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak
- Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa (Tanpa mengira tempoh khidmat.)
- Veteran ATM atau orang tanggungan dengan pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) layak memohon bantuan ini.
- Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib.
- Anak-anak yatim Veteran ATM yang berumur di bawah 18 tahun.
- Setiap keluarga hanya layak untuk seorang anak sahaja.
TARIKH PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN VETERAN ATM
Semua permohonan BSK perlu dikemukakan pada tahun semasa sahaja selewat-lewatnya sebelum 30 September setiap tahun. Ini adalah untuk memastikan pembayaran dapat dibuat pada tahun semasa tertakluk kepada peraturan kewangan yang berkuat kuasa.
DOKUMEN DIPERLUKAN
Pastikan anda sediakan dokumen sokongan yang diperlukan untuk dihantar bersama boring permohonan iaitu:
- Salinan Kad veteran ATM
- Salinan Kad Pengenalan veteran ATM (kecuali meninggal dunia)
- Salinan kad pengenalan Suami/Isteri veteran (jika berkaitan)
- Salinan Buku perkhidmatan veteran ATM untuk setiap muka surat bagi vetreran ATM tidak berpencen sahaja.
- Salinan Mykad/MykidSijil lahir anak-anak da nisi rumah yang tinggal bersama
- Salinan kad OKU (jika berkaitan)
- Salinan bil elektri/bil air
- Salinan buku bank/cetakan maklumat akaun bank pemohon yang aktif
- Salinan Mykad penjaga (jika berkaitan)
- Salinan pendaftaran/maklumat dalam sistem e-kasih (jika ada)
- Sijil nikah/perkahwinan/sijil penceraian (jika bekaitan)
- Sijil pengangkatan (jika berkaitan)
- Sijil kematian (jika berkaitan)
- Surat perakuan muflis (jika berkaitan)
- Cop sekolah di bahagian C
- Surat tawaran kemasukan kolej Vokasional/Sekolah berasrama penuh
- Dokumen lain yang berkaitan
CARA PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN VETERAN ATM
Kepada pemohon yang berkelayakan, berikut adalah merupakan cara membuat permohonan iaitu:
- Muat turun Borang Skim Bantuan Kebajikan JHEV.BK.2019
- Borang permohonan hendaklah diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya. Semua keterangan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar dan pemohon bertanggungjawab atas segala laporan yang diberikan.
- Semua permohonan beserta dokumen diperlukan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri di mana pemohon itu menetap.
- Permohonan akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan. Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan panel Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan dan Pendidikan JHEV (JKKP).
CARA SEMAKAN BANTUAN PERSEKOLAHAN VETERAN ATM
Kepada anda yang ingin menyemak status permohonan Bantuan Persekolahan, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari pautan Sistem Semakan Permohonan Kebajikan JHEV.
- Masukkan No Tentera dan No Kad Pengenalan, kemudian klik Hantar
- Status permohonan anda akan dipaparkan
MAKLUMAT LANJUT
Unruk dapatkan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Parsekolahan (BSK) Veteran ATM, anda boleh merujuk saluran berikut:
- Portal rasmi JHEV: https://www.jhev.gov.my/
- Hubungi talian Call Centre JHEV: 03-26976600
- Hadir ke JHEV Cawangan Negeri berdekatan.
ARTIKEL BERKAITAN:
- PROGRAM RPEL (Permohonan Latihan Peningkatan Kerjaya Vateran ATM)
- KAD PESARA KERAJAAN (Senarai Kemudahan Perkhidmatan & Kod-kod Berkaitan)