SENARAI PAKEJ CUTI-CUTI CIKGU MAMPU MILIK 2023 TOURISM MALAYSIA
Kepada para guru, kini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan 10 prakarsa atau inisiatif bagi memperkasa kebajikan dan mengurangkan beban guru sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2023. Antara salah satunya adalah Program Cuti-Cuti Cikgu mampu milik. Disini kami akan kongsikan kepada anda senarai pakej Cuti-Cuti Cikgu Mampu Milik yang ditawarkan, semoga membantu.
SENARAI 10 PRAKARSA KPM SEMPENA HARI GURU 2023
Berikut adalah merupakan 10 senarai prakarsa atau inisiatif bagi memperkasa kebajikan dan mengurangkan beban guru sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 iaitu:
- Penambahbaikan surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/2022: Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan
- Peluasan sekolah Komprehensif K9 dengan pertambahan 10 buah sekolah lagi dalam usaha mengatasi isu keciciran murid khususnya di kawasan pedalam dan orang asli.
- Peluasan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) ke negeri Sabah.
- KPM bersama-sama dengan Suruhanja Perkhidmatan Pendidikan (SPP) terus memperkasa pengurusan pengambilan pegawai perkhidmatan pendidikan.
- Kebenaran dan kelonggaran pemakaian baju korporat rasmi Kementerian Pendidikan sewaktu bertugas.
- Pemansuhan sebarang kutipan sumbangan sambutan Hari Guru.
- Mempertingkat pesanan kumpulan Guru Insani Malaysia.
- Mempertingkat peranan Yayaysan Guru Tun Hussein Onn (YTGHO) dalam meningkatkan profesionalisme guru dan menjaga kebajikan guru.
- Penambahbaikan Standard Guru Malaysia 2.0.
- KPM dengan kerjasama rakan strategik menyediakan peluang merehatkan minda melalui Program Cuti-Cuti Cikgu mampu milik.
APA ITU PAKEJ CUTI-CUTI CIKGU
Penawaran Pakej Cuti-cuti Cikgu (CCC) merupakan kolaborasi antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia (MOTAC), koperasi dan agensiagensi berkaitan. Pakej ini merupakan tawaran istimewa percutian untuk guru sempena Sambutan Hari Guru 2023 sebagai tanda penghargaan dan terima kasih pihak kerajaan kepada semua guru KPM yang sedang berkhidmat. MOTAC melalui agensinya Tourism Malaysia telah mendapatkan tawaran istimewa daripada penggiat industri pelancongan seluruh Malaysia seperti hotel, agensi pelancongan, taman tema dan lain-lain untuk menjayakan inisiatif ini.
SENARAI PAKEJ CUTI-CUTI CIKGU MAMPU MILIK
Berikut adalah merupakan senarai pakey cuti cikgu mampu milik yang ditawarkan iaitu:
BIL | NAMA PAKEJ | TAWARAN PAKEJ |
1 | Tawaran Hebat Untuk Acara Khas | Klik DiSini
|
2 | Pakej ‘Stay & Dine’ | |
3 | Cuti Cuti Cikgu @ Trinidad Suites Puteri Harbour, Johor Bahru | |
4 | Keriangan Keluarga Di Legoland! | |
5 | Pengalaman Di UK Farm | |
6 | Cuti-cuti Cikgu Langkawi | |
7 | Cuti Cuti Langkawi Bersama Ramada By Wyndham, Langkawi Marina | |
8 | Langkawi Travel ‘Student Road To Healing’ | |
9 | Tawaran Splash Pelajar Sekolah | |
10 | Ulek Beach Resort Pakej Teambuilding / Hari Keluarga | |
11 | Tawaran Penginapan ‘Cuti-Cuti Cikgu’ | |
12 | ‘Jom Cikgu Melancong’ | |
13 | Perkhemahan Musim Panas | |
14 | Pakej KESEDAR Flying Fox | |
15 | KESEDAR Cabaran Laluan Berhalangan | |
16 | KESEDAR Rock Climbing | |
17 | Membeli Belah Di Kelantan & Terengganu | |
18 | KESEDAR Pakej Water Tubing | |
19 | Cuti Cuti Cikgu di A’Famosa Resort Melaka | |
20 | Cuti – Cuti Cikgu & Cuti Cuti Sekolah | |
21 | Santai di ENJ Kampungstay (Homestay Ayer Limau, Melaka) | |
22 | Cuti – Cuti Cikgu & Cuti Cuti Sekolah | |
23 | Cuti-Cuti @ Homestay Kampung Ayer Limau | |
24 | Lawatan Sambil Belajar Sehari Di Melaka | |
25 | Lawatan Sambil Belajar – Warisan Melaka | |
26 | Jom Datang Melaka | |
27 | Cuti Cuti Cikgu @ The Guest Hotel & Spa, Port Dickson | |
28 | Pakej Lawatan Homestay Negeri Sembilan (Lonek) Dengan ETS | |
29 | Cuti Cuti Cikgu @ Tasik Villla International Resort, PD | |
30 | Cuti Cuti Cikgu @ Thistle Port Dickson Resort | |
31 | Lawatan Sekitar Seremban | |
32 | Cikgu.. Seringgit Sahaja!! | |
33 | Tawaran RM10 Cuti Cuti Cikgu @ PD Ostrich Farm | |
34 | Pakej Percutian @ Erya By Suria | |
35 | Percutian Bulan Madu Romantik Cherating |
NOTA: Terdapat pelbagai lagi tawaran yang tersedia, untuk melihat tawaran selanjutnya anda boleh muat turun di pautan: https://www.malaysia.travel/storage/files/pdf/cuti-cuti-cikgu.pdf
CARA TEMPAH PAKEJ CUTI-CUTI CIKGU MAMPU MILIK
Sekiranya anda ingin membuat semakan berkenaan pakej-pakej yang ditawarkan, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari pautan laman web Tourism Malaysia
- Terdapat pelbagai pakej yang terpapar
- Anda boleh melihat dengan lebih lanjut berkenaan pakej yang anda inginkan
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut berkenaan Pakej Cuti-Cuti Cikgu Mampu Milik, sila layari website rasmi Tourism Malaysia
- ARTIKEL BERKAITAN:
- SENARAI TARIKH CUTI PANJANG TAHUN 2023 (Rancang Travel/ Trip Bercuti/ Balik Kampung)
- SENARAI TEMPAT PELANCONGAN DI LANGKAWI (Lokasi Terkini)
- Harga Dan Tiket Masuk Genting Skyworlds (Senarai Permainan)