SPPAT KPM 2022 (Login & Semak Keputusan  Sistem Peperiksaan Atas Talian)

SPPAT KPM 2022 (Login & Semak Keputusan  Sistem Peperiksaan Atas Talian)

SPPAT KPM 2022 (Login & Semak Keputusan  Sistem Peperiksaan Atas Talian)

Semakan Keputusan Peperiksaan UPSR, PT3, SPM 2022 SPMU dan STAM di sppat KPM LPM secara online (sistem pengurusan peperiksaan atas talian). Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan SPPAT, sebuah sistem pengurusan peperiksaan atas talian.

Apa Itu SPPAT KPM

SPPAT atau nama penuhnya Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian merupakan satu sistem komprehensif bagi pengurusan pelbagai jenis peperiksaan yang boleh diakses oleh pihak sekolah, JPN, PPD dan sebagainya.

Dengan SPPAT juga, calon peperiksaan boleh menyemak keputusan ujian mereka dengan pantas dan mudah apabila keputusan peperiksaan telah diumumkan.

Anda boleh layari : http://sppat.moe.gov.my/

Cara Semakan Keputusan Peperiksaan

Dari semasa ke semasa, calon peperiksaan bagi peperiksaan SPM, PT3 dan UPSR boleh menyemak keputusan peperiksaan mereka dengan pantas melalui portal atau sistem SPPAT ini.

Calon yang mahu membuat semakan keputusan mereka hanya perlu memasukkan maklumat berikut:

  1. Nombor kad pengenalan
  2. Nombor angka giliran peperiksaan

Pastikan kedua-dua maklumat ini diisikan dengan betul bagi memastikan maklumat yang benar dipaparkan di portal SPPAT ini.

Walau bagaimanapun, harap maklum bahawa keputusan ujian yang dipaparkan dalam portal ini adalah keputusan peperiksaan secara ringkas sahaja

Info Penting Tentang SPPAT KPM

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia hanya akan aktifkan fungsi semakan keputusan peperiksaan ini pada masa dan ketika bermulanya pengumuman tarikh dan masa bagi setiap peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM

Anda tetap perlu ke sekolah untuk mengambil slip rasmi ujian peperiksaan yang diambil dimana dokumen ini (sijil SPM) sangat penting untuk dibawa bagi anda yang mempunyai temuduga bagi mendapatkan pekerjaan.

Cara Pendaftaran Calon Persendirian Atau Ulangan SPM

Melalui portal SPPAT juga, calon persendirian bagi peperiksaan SPM juga boleh mendaftarkan diri di halaman.

Perkara sama juga boleh dilakukan oleh calon ulangan, iaitu para pelajar yang berhasrat mengulang semula beberapa subjek dalam SPM bagi memperbaiki markah SPM mereka.

Tidak semua subjek yang terlibat sebaliknya hanya subjek Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik sahaja yang ditawarkan untuk peperiksaan ulangan SPM ini.

Info Peperiksaan SPPAT KPM

SPPAT juga berungsi sebagai portal sehenti bagi mendapatkan maklumat-maklumat terkini bagi peperiksaan SPM, PT3 dan UPSR.

Pada bahagian kanan portal ini, terdapat ruangan “Makluman Terkini” di sebelah kanan skrin komputer anda yang memaparkan beberapa perkara-perkara penting peperiksaan yang diambil.

Artikel Lain : Cara Daftar Calon Persendirian SPM & SPMU 2022

1 thought on “SPPAT KPM 2022 (Login & Semak Keputusan  Sistem Peperiksaan Atas Talian)”

  1. can I know how to do the online transaction to pay the fee required for my re-sit paper and if so i do not do the transaction on the given time how to pay again coz i did then it was times up n i failed to do the transaction n i couldn’t pay again or even mohon again as my name was on the permohonan list

    Balas

Leave a Comment