Cara Tebus Baucar Diskaun Buku Semarak Membaca (Semak Lokasi Kedai)

Cara Tebus Baucar Diskaun Buku Semarak Membaca (Semak Lokasi Kedai)

Baucar Diskaun Buku

 

Perhatian kepada warganegara Malaysia yang layak menerima baucar buku, anda kini boleh mula menggunakan baucar tersebut untuk pembelian buku.

Penerima baucar layak menebus atau menikmati potongan diskaun dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM20 dan ke atas dalam satu resit transaksi.

Program Penebusan Baucar Buku Semarak Membaca diadakan buat kali pertama pada 21 Okt hingga 30 Nov tahun lalu, dengan manfaat selain diskaun, penerima baucar buku juga didaftarkan sebagai ahli u-Pustaka secara automatik yang berpeluang mengakses bahan bacaan digital secara percuma pada bila-bila masa.

Apa Itu Baucar Buku Semarak Membaca

Baucar Buku Semarak Membaca adalah inisiatif di bawah Program Semarak Seni Budaya oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya melalui Perpustakaan Negara Malaysia dan rakan-rakan industri buku Malaysia. Ia bertujuan untuk memulihkan serta merancakkan ekosistem seni, budaya dan warisan yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19.

Objektif BBSM

Berikut merupakan objektif Program Baucar Buku Semarak Budaya Membaca ini diadakan:

  • Membantu memulihkan dan merancakkan industri buku tempatan.
  • Memberi insentif dan galakan kepada pembaca untuk membeli buku.
  • Menambah bilangan pendaftaran baharu keahlian u-Pustaka.

Tarikh Penebusan Baucar Diskaun Buku

  • Tarikh Bermula : 1 April 2022
  • Tarikh Tama : 31 ogos 2022

Syarat Penebusan Baucar Diskaun Buku

  • Perbelanjaan minimum RM20 ke atas dalam satu resit
  • Memanfaatkan 190,000 penerima
  • Penerima secara automatik berdaftar sebagai ahli u-Pustaka dan layak akses bahan bacaan digital secara percuma

Kategori Kedai Buku Boleh Tebus Baucar Diskaun Buku

Penebusan baucar buku boleh dibuat di 371 buah kedai buku dan merangkumi 3 kategori,antaranya adalah:

  • Kedai buku fizikal.
  • Kedai buku atas talian menerusi e-Sentral Ebook Portal.
  • Kedai buku di laman e-dagang menerusi aplikasi Shopee.

Cara Penebusan Baucar Diskaun Buku

Berikut merupakan cara penebusan baucer diskaun buku RM10 di kedai buku secara fizikal atau secara talian:

  • Penebusan Di Kedai Buku Secara Fizikal
  • Sebanyak 170 kedai buku terpilih dari seluruh pelusuk negara untuk mengambil bahagian dalam program ini.
  • Para pembaca boleh dapatkan diskaunRM10 secara terus di kedai-kedai buku ini secara berperingkat.
  • Bermula 1 April sehingga 11 April 2022mengikut lokasi-lokasi tertentu.

Nota: Senarai kedai-kedai buku tersebut boleh didapati di pautan ini: https://semarakmembaca.com/bbsm-kedai-fizikal/

  1. Penebusan Di Kedai Buku Secara Talian

e-Sentral merupakan sebuah stor e-buku terbesar di Asia Tenggara yang dihasilkan oleh syarikat tempatan.

Sehingga tahun 2022, eSentral mempunyai lebih 700,000 pengguna dengan menawarkan lebih 250,000 koleksi judul dari penerbit dan penulis dalam dan luar negara.

  1. Penebusan Di Kedai Buku Secara e-dagang

Jika anda tiada masa untuk ke kedai fizikal, anda juga boleh menebus Baucar Buku Semarak Membaca di Shopee!

Sebanyak 200 syarikat e-dagang ada menawarkan tebusan. Klik pautan di sini: https://shopee.com.my/m/pesta-buku-2022

Atau anda boleh membeli mengikut senarai kedai buku pilihan anda di sini: https://semarakmembaca.com/bbsm-shopee/

Maklumat Lanjut

  • Tel: +603-7880 5840
  • Fax: +603-78805841
  • E-mel: [email protected]
  • Facebook: SemarakMembaca
  • Instagram: SemarakMembaca

Artikel lain : Permohonan Sumbangan Zakat Negeri Selangor

Leave a Comment