Biasiswa ISMP 2021:Permohonan & Semakan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

Biasiswa ISMP 2021:Permohonan & Semakan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

Biasiswa ISMP

 

Permohonan Biasiswa ISMP ini dibuka kepada semua pelajar yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk memohon biasiswa bagi pembiayaan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP).

Biasiswa ini dikhususkan untuk bakal guru yang mencapai prestasi pengajian yang cemerlang di Universiti Awam (UA).

baca Juga: LOGIN eOPERASI KPM GURU

 

Tatacara Permohonan Biasiswa ISMP

  • Permohonan secara dalam talian (online) yang telah ditangguhkan sebelum ini akan dibuka semula sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
  • Biasiswa ISMP dibuka melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di alamat https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm mulai mulai 1 Mac 2021 (Isnin), jam 5.00 petang sehingga 31 Mac 2021 (Rabu), jam 5.00 petang.
  • Permohonan Biasiswa ISMP yang diterima selepas tarikh yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan.
  • Pemohon Biasiswa ISMP dipohon untuk merujuk kepada portal rasmi KPM bagi sebarang pemakluman terkini.
  • Pemohon Biasiswa ISMP adalah diingatkan untuk membaca dan memahami panduan permohonan dengan teliti serta memasukkan maklumat yang tepat dan sahih.
  • Kesilapan mengisi maklumat permohonan dalam talian termasuk kesilapan mengisi No. Kad Pengenalan akan mengakibatkan permohonan ditolak.
  • Rujuk panduan permohonan di SINI
  • Pemohon dinasihatkan untuk mengemukakan permohonan awal dan mencuba membuat capaian permohonan online ini pada waktu yang lain jika percubaan pertama gagal atau tidak berjaya pada ketika itu.
  • Ini adalah kerana terdapat kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian pada laman web tersebut.
  • Permohonan melalui Sistem ePenawaran adalah rasmi dan sah. Justeru, borang permohonan dan salinan sijil / dokumen TIDAK perlu dihantar secara hardcopy kepada Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan (BBP), KPM untuk sebarang tindakan lain.
  • Dokumen ASAL perlu dibawa semasa temu duga sekiranya terpilih.
  • Permohonan yang tidak mematuhi syarat / tidak lengkap / tidak mengisi permohonan secara dalam talian akan ditolak.
  • Pemohon dibenarkan untuk mengemaskini permohonan sebanyak tiga (3) kali dan menghantar SATU permohonan sepanjang tempoh tawaran dibuka.
  • Pemohon WAJIB memuat turun dan menyimpan / mencetak Slip Pengesahan Penghantaran Permohonan Biasiswa ISMP sebagai bukti permohonan dan rujukan pada masa akan datang.

Baca Juga: APDM 2021:Tutorial Kemaskini Aplikasi Pangkalan Data Murid KPM

Syarat Permohonan Biasiswa ISMP

  1. Calon mestilah Warganegara Malaysia;
  2. Umur calon tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari 2021 (tahun permohonan);
  3. Calon memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  4. Calon sedang mengikuti pengajian tahun pertama atau tahun kedua di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan seperti bidang di bawah dan perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50 dan ke atas bagi keputusan semester terkini untuk memohon;
  5. Bagi calon Bidang Bahasa Inggeris / TESL / TESOL, calon yang mendapat sekurang-kurangnya Band 5 bagi keputusan Malaysian University English Test (MUET) akan diberi keutamaan;
  6. Bagi calon Bidang Dini dan Bidang Tahfiz, calon perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Arab DAN wajib mengemukakan dokumen berkaitan seperti Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) / Sijil Menengah Agama (SMA) / Sijil Menengah Ugama (SMU) atau mana-mana dokumen yang boleh menyokong kemahiran bahasa untuk memohon;
  7. Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan menghadiri sesi temu duga;
  8. Calon yang berjaya ditawarkan Biasiswa KPM perlu melepaskan tajaan yang sedia ada;

dan

  1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) tidak layak memohon.

 

Baca Juga: CARA PERMOHONAN BKP,KWAPM,BIASISWA SUKAN & EMK

Cara Memohon 

1.PANDUAN KHUSUS

1.1. Semasa mengisi permohonan, beberapa panduan berikut adalah disarankan supaya urusan  pengisian maklumat permohonan mudah dan jelas.

1.2. Pemohon adalah dikehendaki untuk mengisi dan melengkapkan maklumat yang diperlukan di semua menu yang disediakan dan sekiranya terdapat maklumat yang tidak lengkap,permohonan akan ditolak.

  1. PAPARAN UTAMA PERMOHONAN

Biasiswa ISMP

2.1. Pemohon perlu mendaftarkan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan pada tab PERMOHONAN BARU. Kata laluan yang digunakan hendaklah 8 – 12 aksara dan mematuhi syarat kata laluan yang telah ditetapkan.

2.2. Sila pastikan maklumat dikunci masuk dengan tepat. Maklumat ini tidakboleh dipinda selepas pendaftaran.

2.3. Tekan MASUK untuk melengkapkan permohonan.

2.4. Maklumat pendaftaran permohonan hendaklah disimpan dengan baik bagi tujuan rujukan / kemas kini.

  1. MENU: DIRI

3.1. Pemohon WAJIB melengkapkan semua medan yang bertanda *.

3.2. Sila muat naik GAMBAR berukuran passport dengan saiz kurang daripada 1MB dalam format .jpg / .jpeg.

3.3. Sila lengkapkan NAMA PENUH dengan HURUF BESAR seperti dalam Kad Pengenalan baharu.

3.4. Sila lengkapkan ALAMAT SURAT-MENYURAT dan ALAMAT TETAP dengan lengkap. Jika ruang  tidak mencukupi, sila gunakan perkataan yang ringkas. Sila pastikan maklumat yang dinyatakan berpenghuni sebagai langkah memastikan sebarang surat menyurat rasmi berkaitan tawaran dan penajaan ini diterima.

3.5. Sila lengkapkan NOMBOR TELEFON (RUMAH DAN BIMBIT) tanpa sebarang tanda sempang (- ) di antara nombor.

3.6. Sila tekan butang SIMPAN untuk ke halaman seterusnya.

  1. MENU: PENGAJIAN

4.1. Pemohon WAJIB melengkapkan semua medan yang bertanda *.

4.2. Sila pilih UNIVERSITI AWAM daripada senarai. Sila rujuk syarat permohonan bagi senarai Universiti yang ditawarkan bagi sesi permohonan 2021.

4.3. Sila pilih BIDANG / KURSUS yang sedang diikuti (seperti dalam surat tawaran universiti). Bidang / kursus yang ditawarkan adalah seperti dalam senarai pilihan yang diberikan. Sila rujuk syarat permohonan bagi bidang yang  ditawarkan bagi sesi permohonan 2021.

4.4. Sila tekan butang SIMPAN untuk ke halaman seterusnya.

  1. MENU : AKADEMIK

5.1. Pemohon WAJIB melengkapkan semua medan yang bertanda * dan melengkapkan ruangan yang mana berkaitan.

5.2. Sila lengkapkan maklumat PNGK Keputusan Peperiksaan Terkini Di Universiti Awam dalam format digit (2 titik perpuluhan).

Contoh : 3.70

5.3. Sila tekan butang SIMPAN untuk ke halaman seterusnya.

  1. MENU : KO-KURIKULUM

6.1. Pemohon WAJIB melengkapkan semua medan yang bertanda *.

6.2. Sila pilih Jenis Sukan Diwakili dan Peringkat Diwakili semasa mengikuti pengajian di Universiti Awam.

6.3. Sekiranya Jenis Sukan Diwakili tiada dalam senarai; sila pilih LAIN-LAIN SUKAN PERMAINAN YANG DIIKTIRAF.

6.4. Sila pilih Nama Persatuan yang disertai dan Jawatan Disandang Dalam Persatuan semasa mengikuti pengajian di Universiti Awam.

6.5. Sekiranya Nama Persatuan tiada dalam senarai; sila pilih LAIN-LAIN.

6.6. Sekiranya tidak menyertai sebarang persatuan semasa mengikuti pengajian di Universiti Awam; sila pilih TIADA.

6.7. Sila pilih Nama Pasukan Beruniform yang dianggotai dan Jawatan Dalam Pasukan Beruniform yang disandang semasa mengikuti pengajian di Universiti Awam.

6.8. Sekiranya Nama Pasukan Beruniform tiada dalam senarai; sila pilih LAINLAIN PASUKAN BERUNIFORM / SENIBELA DIRI.

6.9. Sekiranya tidak menyertai sebarang Pasukan Beruniform semasa mengikuti pengajian di Universiti Awam; sila pilih TIADA.

6.10.Sila tekan butang SIMPAN untuk ke halaman seterusnya.

  1. MENU : IBUBAPA / PENJAGA

7.1. Pemohon WAJIB melengkapkan semua medan yang bertanda *.

7.2. Sila lengkapkan No. MyKad / No. Tentera / No. Polis dengan lengkap dan tepat tanpa tanda sempang (-). Jika ibu / bapa  telah meninggal dunia / tiada, sila isi TIADA.

7.3. Sila lengkapkan ALAMAT RUMAH dan ALAMAT MAJIKAN ibubapa/penjaga dengan lengkap. Jika ruang tidak mencukupi, sila gunakan perkataan yang ringkas.

7.4. Sila lengkapkan NOMBOR TELEFON ibubapa / penjaga dan majikan tanpa sempang (-).

7.5. Sila lengkapkan maklumat Pendapatan (Gaji Pokok + Elaun) dan Lainlain Pendapatan (Jika Ada) ibubapa / penjaga. Jumlah Pendapatan akan dikira secara automatik berdasarkan maklumat berkenaan.

7.6. Jika ibu / bapa / penjaga telah meninggal dunia / tiada, sila isi 0 (nombor kosong) di ruangan berkenaan.

7.7. Sila lengkapkan Bilangan Tanggungan Yang Masih Belajar / Menuntut di Sekolah. Bilangan yang dinyatakan adalah tanggungan yang berumur di bawah 18 tahun.

7.8. Sila lengkapkan Bilangan Tanggungan Yang Masih Belajar / Menuntut di IPTA. Bilangan yang dinyatakan termasuk pemohon.

7.9. Jumlah Pendapatan Keluarga akan dikira secara automatik berdasarkan maklumat yang telah dilengkapkan.

7.10.Sila tekan butang SIMPAN untuk ke halaman seterusnya.

  1. MENU : PERAKUAN

8.1. Sila baca dan membuat perakuan dengan menandakan (✓) pada kotak yang disediakan.

8.2. Butang HANTAR hanya akan dipaparkan selepas pemohon menekan butang SIMPAN.

8.3. Pemohon dinasihatkan untuk menyemak semua maklumat yang telah dilengkapkan adalah tepat sebelum menghantar permohonan.

8.4. Sila tekan butang HANTAR setelah melengkapkan permohonan dan pastikan Slip Pengesahan Penghantaran Permohonan dicetak sebagai bukti permohonan.

8.5. Permohonan yang telah dihantar tidak boleh dikemas kini.

 

Bidang Pendidikan Yang Layak Memohon Biasiswa ISMP

Biasiswa ISMP

  1. Bahasa Melayu / Kesusasteraan Melayu / Bahasa Malaysia
  • Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu Dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Melayu) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan (Kesusasteraan Melayu) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sastera Dengan Pendidikan (Kepujian) (Bahasa Malaysia)
  1. Bahasa Inggeris / TESL / TESOL
  • Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL)
  • Sarjana Muda Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian (Pendidikan Dengan TESL)
  • Bacelor Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) (TESL) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) (TESOL)
  • Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua
  1. Bahasa Cina
  • Ijazah Sarjana Muda Bahasa Cina Dengan Pendidikan
  1. Sejarah
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian (Pendidikan Dengan Sains Sosial)
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sejarah) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sastera Dengan Pendidikan (Kepujian) (Sejarah)
  1. Geografi
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian (Pendidikan Dengan Sains Sosial)
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Geografi) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sastera Dengan Pendidikan (Kepujian) (Geografi)
  1. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian (Sukan Dan Rekreasi)
  • Bacelor Pendidikan Dalam Pendidikan Jasmani Dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Jasmani) Dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Sukan) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan (Sains Sukan) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
  1. Seni Visual
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Seni) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) Pendidikan Seni Dan Senireka
  1. Pendidikan Khas
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian (Pendidikan Khas)
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Khas) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) (Pendidikan Khas)
  1. Dini (Medium Pengajaran dalam Bahasa Arab)
  • Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) (Kepujian)
  • Sarjana Muda Pendidikan Islam (Pengajian Al-Quran)
  • Sarjana Muda Pendidikan Islam (Pengajian Islam)
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan (Pengajian Islam) Dengan Kepujian
  1. Tahfiz
  • Sarjana Muda Pendidikan Tahfiz Al-Quran Dan Qira’at Dengan Kepujian
  1. Kimpalan dan Fabrikasi Logam
  • Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Kimpalan Dan Fabrikasi Logam) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Dengan Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal) Dengan Kepujian (Kimpalan Dan Fabrikasi Logam)
  1. Automotif
  • Sarjana Muda Teknologi Dengan Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal) Dengan Kepujian
  1. Rekabentuk Teknologi
  • Sarjana Muda Pendidikan (Reka Bentuk Dan Teknologi) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan (Reka Cipta) Dengan Kepujian

 

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan tatacara dan panduan penggunaan sistem ePenawaran, boleh menghubungi urusetia berikut :

Pertanyaan umum berkaitan program :

Cawangan Penawaran

Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 2, No. 2, Menara 2,

Jalan P5/6, Presint 5

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62200 PUTRAJAYA

(u.p. : Cik Nur Amalina Alyani binti Sajat / Encik Fizry Azmier bin Salehuddin /

Cik Nurhafifah binti Rosli / Puan Jamilah binti Yahya / Puan Badauyah binti Abdul

Rahim / Encik Asri bin Asmuni)

No. Telefon : 03-8888 1616 (Hotline) / 03-8870 6375 / 03-8870 6362/

03-8870 6442 / 03-8870 6369

03-8870 6000 samb. 4416 / 4950

Faks : 03-8870 6839

E-mel : [email protected]

Pertanyaan / masalah teknikal borang permohonan:

E-mel :

[email protected]

(mohon dikemukakan bersama e-mel screen-shot masalah teknikal

borang permohonan yang dihadapi)

Leave a Comment