Cara Gantung Bendera Malaysia Jalur Gemilang Dengan Betul (Mengikut Jenis Banner)

Cara Gantung Bendera Malaysia Jalur Gemilang Dengan Betul (Mengikut Jenis Banner)

Gantung Bendera

Apabila tiba bulan Ogos setiap tahun, pasti ramai yang mula bersemangat untuk mengibarkan Jalur Gemilang sebagai simbolik kepada sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos.Bagi memastikan tiada lagi insiden yang boleh mencetuskan keharmonian kita sebagai penduduk berbilang bangsa di Malaysia. Kami kongsikan beberapa cara yang betul dalam memasang atau gantung bendera di premis, kediaman dan kenderaan masing-masing.

Apa Itu Bendera Malaysia

Bendera merupakan lambang kepimpinan, simbol penghormatan, martabat dan kedaulatan bagi sesebuah negara. Setiap negara mempunyai bendera yang tersendiri untuk mewujudkan perasaan bangga terhadap tanah air. Bendera ditakrifkan sebagai sebidang kain yang diperagakan bagi menunjukkan tanda dan lambang kewujudan yang juga dikenali sebagai panji dan obor. Bendera dalam budaya Melayu biasanya dikaitkan dengan kedudukan golongan Diraja yang memerintah.

Terdapat 14 jalur merah dan putih melintang yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah. Jalur-jalur ini menandakan keanggotaan 13 buah negeri dan sebuah kerajaan Persekutuan iaitu Kedah, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Perlis, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Sarawak, Pulau Pinang, Sabah, Melaka dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya).

Warna merah pada jalur membawa makna gagah berani dan warna putih pula membawa makna suci murni. Warna kuning yang digunakan pada bulan dan bintang adalah warna Diraja yang melambangkan Raja-Raja Melayu. Gabungan tiga warna utama iaitu merah, putih dan biru melambangkan setia kawan Persekutuan Tanah Melayu dan United Kingdom dan penyatuan Tanah Melayu dengan Negara-negara Komanwel.

Info berkenaan bendera Malaysia : https://www.malaysia.gov.my/portal/content/138?language=my

Cara Gantung Bendera Malaysia 

Mengikut arahan Jabatan Perdana Menteri melalui Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 1994 : Pengibaran Bendera Malaysia Di Bangunan-Bangunan Persekutuan Di Seluruh Negara, pejabat-pejabat Kerajaan Persekutuan, Badan-badan Berkanun Persekutuan, Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan Persekutuan diwajibkan mengibarkan Bendera Persekutuan iaitu Jalur Gemilang.

 

Gantung Bendera

Etika Gantung Bendera Malaysia

1) Bendera hendaklah dipasang secara melintang sahaja. Tidak boleh dipasang secara menegak sekiranya berkedudukan statik atau tidak berkibar. Walaubagaimanapun dibolehkan memasang secara menegak sekiranya bendera disambung dalam kuantiti yang banyak (Flagline).

2) Bendera saiz biasa tidak boleh digantung seperti gegantung.

3) Mengibarkan bendera yang telah uzur seperti telah pudar warna dan koyak adalah satu kesalahan atau ketidakwajaran.

4) Susunan bendera di gedung kedai / rumah hendaklah dikibarkan pada tiang yang dicondongkan ke arah jalan raya. Di deretan gudang / kedai pula, jika dua bendera dipasangkan iaitu bendera Malaysia dan bendera negeri, maka bendera Malaysia mestilah dikibarkan di sebelah kiri dan bendera negeri yang satu lagi di sebelah kanan pada tiang yang dicondongkan ke arah jalan raya.

5) Penggunaan bendera dalam bentuk pelbagai seperti pakaian dan sebagainya perlu dielakkan kecuali semasa sambutan Bulan Kemerdekaan dan jangka masa penggunaannya adalah terhad.

6) Tidak boleh menggunakan bendera dalam perkara yang ditafsirkan sebagai merendahkan martabat Jalur Gemilang seperti alas meja, kain tudung, payung, songkok, topi, tuala mandi, alas kusyen dan sebagainya.

7) Penggunaan bendera dalam pelbagai gaya dan bentuk seperti iklan dalam tujuan mempromosi sambutan Bulan Kemerdekaan dibenarkan asalkan kreativiti tersebut tidak ditafsirkan sebagai menghina bendera.

 

Artikel Lain : Senarai Lirik Lagu Patriotik Merdeka

Leave a Comment