PANDUAN LOGIN DAN SEMAKAN IKeP KPM
Terkini dalam sistem pendidikan KPM yang memberi fokus kepada pembangunan modal insan amat memerlukan pentaksiran kapasiti insan atau keupayaan insan yang bersifat holistik. Inventori Kecerdasan Pelbagai (IKeP) merupakan alat penting yang digunakan untuk mengenalpasti pelbagai jenis kecerdasan dalam diri seseorang individu. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat semakan markah ujian psikimetrik IKep KPM anda, semoga membantu.
APA ITU IKeP KPM
Inventori Kecerdasan Pelbagai (IKeP) adalah satu set soalan atau penilaian yang digunakan untuk menilai dan mengenalpasti kecerdasan pelbagai dalam diri seseorang. Ia merangkumi lapan jenis kecerdasan yang berbeza, di mana setiap individu memiliki gabungan yang unik daripada kecerdasan-kecerdasan ini. IKeP membantu mengenal pasti kekuatan dan kelemahan seseorang, serta memberi panduan dalam pengembangan diri dan pembelajaran.
KELEBIHAN IKeP
Melalui aplikasi ini dapat membantu para guru mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pelajar seperti:
Kerjaya | IKeP boleh digunakan dalam penentuan kerjaya. Dengan mengenalpasti jenis kecerdasan yang dominan, individu boleh memilih kerjaya yang sesuai dengan kekuatan mereka. Sebagai contoh, seseorang yang mempunyai kecerdasan linguistik yang tinggi mungkin berjaya dalam bidang kewartawanan atau penulisan kreatif. |
Pembangunan Diri | IKeP membantu dalam pembangunan diri dengan mengenalpasti bidang yang perlu diperbaiki. Individu boleh merancang aktiviti dan latihan yang sesuai untuk mengembangkan kecerdasan tertentu. Sebagai contoh, seseorang yang ingin meningkatkan kecerdasan intrapersonal boleh melibatkan diri dalam aktiviti seperti meditasi atau penulisan jurnal. |
Pendidikan | IKeP membantu guru untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pelajar. Guru boleh menyesuaikan kaedah pengajaran mereka untuk memenuhi keperluan setiap pelajar. Contohnya, pelajar yang mempunyai kecerdasan kinestetik-badan mungkin lebih berjaya dalam aktiviti fizikal dan eksperimen praktikal. |
JENIS PENILAIAN KECERDASAN IKeP
Berikut adalah merupakan antara penilaian kecerdasan yang terdapat dalam aplikasi ini iaitu:
Kecerdasan Linguistik | Merujuk kepada kemampuan individu dalam menggunakan bahasa dengan berkesan. Ini termasuk keupayaan membaca, menulis, berbicara, dan mendengar. |
Kecerdasan Logik-Matematik | Berkaitan dengan kemampuan individu dalam berfikir secara logik dan menyelesaikan masalah matematik. Ahli matematik, saintis, dan jurutera sering menunjukkan kecerdasan ini. |
Kecerdasan Ruang | Melibatkan keupayaan untuk membayangkan dan memanipulasi objek dalam minda. Ini penting bagi arkitek, pereka grafik, dan artis. |
Kecerdasan Kinestetik-Badan | Berkaitan dengan keupayaan untuk mengawal pergerakan tubuh dan mengendalikan objek dengan baik. Atlet, penari, dan pakar bedah biasanya mempunyai kecerdasan ini. |
Kecerdasan Muzikal | Merujuk kepada kepekaan terhadap bunyi, ritma, dan muzik. Pemuzik, penyanyi, dan komposer menunjukkan kecerdasan ini. |
Kecerdasan Interpersonal | Melibatkan keupayaan untuk memahami dan berinteraksi dengan orang lain. Ini penting bagi guru, pemimpin, dan kaunselor. |
Kecerdasan Intrapersonal | Keupayaan untuk memahami diri sendiri, termasuk emosi, motivasi, dan tujuan hidup. Ini berguna untuk individu yang memerlukan refleksi diri, seperti penulis atau ahli falsafah. |
Kecerdasan Naturalis | Merujuk kepada kepekaan terhadap alam sekitar dan keupayaan untuk mengenali dan mengkategorikan tumbuhan, haiwan, dan fenomena alam. Ahli biologi, ahli ekologi, dan petani sering menunjukkan kecerdasan ini. |
CARA SEMAK MARKAH UJIAN PSIKOMETRIK IKep KPM
Kepada para pelajar atau ibu bapa yang ingin membuat semakan keputusan, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari pautan moe.gov.my
- Pada paparan utama klik pada Murid
- Kemudian log masuk menggunakan akaun murid
- Setelah berjaya log masuk, paparan akan menunjukkan markah ujian psikometrik murid
- Sekiranya anda ingin membuat cetakan, boleh klik pada ikon Printer yang tersedia. Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai IKeP KPM, berikut anda boleh melayari pautan Panduan Pentadbiran Pentaksiran Psikometrik
ARTIKEL LAIN
- SPPAT KPM(Login & Semak Keputusan Sistem Peperiksaan Atas Talian)
- AINS NILAM KPM (Masalah Login Reset Password)