Permohonan Program Sunathon Perdana Selangor 2022 (Muat turun Borang)

Permohonan Program Sunathon Perdana Selangor 2022 (Muat turun Borang)

Sunathon Perdana Selangor

Program Sunathon Perdana Negeri Selangor 2022 akan diadakan di seluruh negeri secara percuma bermula 26 Februari hingga 13 Mac depan.

Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan negeri memaklumkan program dianjur dengan kerjasama Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI untuk kanak-kanak dari kampung tradisi itu bertujuan membantu golongan kurang berkemampuan di semua daerah.

Objektif utama program adalah untuk membantu mengurangkan beban kos berkhatan sekali gus merapatkan hubungan antara Kerajaan Negeri dengan masyarakat Kampung Tradisi.

 

Tarikh Pendaftaran Program Sunathon Perdana Selangor

Tarikh tutup pendaftaran adalah 14 hari sebelum tarikh program

 

Syarat Penyertaan Program Berkhatan Perdana Selangor Sunathon 

Pemohon yang berminat perlulah memenuhi syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :

  • Berumur 8 hingga 15 tahun
  • Sihat tubuh badan
  • Merupakan anak Selangor yang menetap di Kampung Tradisi Negeri Selangor.

 

Cara Penyertaan Program Sunathon Perdana Selangor

Pemohon yang berminat boleh dapatkan borang di balai penghulu atau muat turun borang penyertaan di pautan berikut : https://drive.google.com/file/d/1utAnenugVQmC7gg-rFKOBRUJZ4eDL3TQ/view

 

Carta Alir Program

1.Pendaftaran

  1. Saringan Covid-19
  2. Isi Borang Consent Form

Consent Form perlulah diisi dan ditandatangani oleh penjaga (ibu/ayah)

  1. Prosedur Berkhatan
  2. Pemerhatian
  3. Menerima Ubat-Ubatan
  4. Pelepasan (Discharge)

 

Peringatan Penting

  • Ibu bapa peserta perlu membawa pakaian bersesuaian secukupnya untuk peserta.
  • Peserta dan penjaga perlulah berada dalam keadaan sihat sebelum hadir ke program. Peserta dan penjaga yang mengalami simptom seperti batuk, demam dan selsema tidak digalakkan hadir.
  • Peserta perlulah bersarapan atau makan tengah hari (bergantung kepada sesi) sebelum berkhatan.
  • Semua yang hadir perlulah patuhi SOP asas dengan menjaga penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan Check-In MySejahtera.

 

Lokasi dan Tarikh Program Sunathon Perdana Selangor

Berikut tarikh dan lokasi program:

  1. Hulu Selangor – 26 Februari (Dewan Merdeka Kuala Kubu Bharu)
  2. Hulu Langat – 27 Februari (Dewan Pejabat Daerah Hulu Langat)
  3. Kuala Selangor – 28 Februari (Stadium Tertutup Kuala Selangor)
  4. Sabak Bernam – 1 Mac (Dewan Tun Razak)
  5. Klang – 5 Mac (Dewan Pejabat Daerah Klang)
  6. Gombak – 6 Mac (lokasi akan dimaklum kelak)
  7. Petaling – 7 Mac (Dewan Pejabat Daerah Petaling)
  8. Sepang – 12 Mac (Dewan Bandar Baru Salak Tinggi)
  9. Kuala Langat – 13 Mac (Dewan Sri Jurga, Banting)

 

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai program ini, sila hubungi talian berikut :

Untuk pertanyaan AM , sila hubungi 03-55447921 (Puan Yusnidah

Artikel Alin : Permohonan Skim Agihan Awal IPT (Zakat Kedah)

Leave a Comment