CARA GUNA TELEGRAM DI KOMPUTER/LAPTOP(Lebih Mudah & Banyak Kelebihan)

CARA GUNA TELEGRAM DI KOMPUTER/LAPTOP(Lebih Mudah & Banyak Kelebihan)

CARA GUNA TELEGRAM DI KOMPUTER/LAPTOP

Penggunaan aplikasi telegram semakin meluas di kalangan rakyat Malaysia. Kini telegram bukan sahaja boleh digunakan di telefon pintar malahan juga boleh digunakan di computer anda. Menarik bukan.

Pelbagai fungsi terdapat pada telegram banyak membantu pengguna lebih mudah berinteraksi dengan pengguna yang lain. Dengan aplikasi yang boleh digunakan di computer kini, ini amat mengembirakan pengguna telegram.

Kami akan membantu menerangkan cara-cara memuat naik telegram di computer dengan mudah dan pantas. Anda usah risau, hanya ikuti perkongsian kami cara guna telegram di komputer dan laptop ini.

 

Apa Itu Telegram

Telegram merupakan aplikasi messenger yang popular dikalangan penggunaKeistimewaan dan sistem keselamatannya yang baik membuatkan ramai orang telah install aplikasi ini di dalam telefon, laptop, komputer, tablet dan sebagainya. Aplikasi Telegram sangat mudah digunakan dan tidak menggunakan banyak data untuk penyimpanan dan komunikasi/ https://web.telegram.org/#/login

 

Fungsi Menarik Di Telegram

 

  1. Fungsi Secret Chat

 

Secret chat atau mesej rahsia, hanya boleh dibaca oleh penulis dan penerima mesej.

Secret chat tidak boleh diforward dan di screenshot.

Bila anda delete secret chat, mesej pada kedua-dua hp, penulis & penerima akan dipadam.

Sangat berguna jika anda tak mahu mesej anda diforward, disalahgunakan atau diviral.

Lagi satu, secret chat adalah terikat kepada hp yang anda gunakan untuk memulakan/terima kali pertama chat tersebut.

Jika anda log out, atau gunakan handphone lain, mesej tersebut tidak akan kelihatan.

 

  1. Fungsi Self-Destruct Message

 

Sebagai tambahan, jika anda menggunakan fungsi secret chat, anda juga boleh aktifkan fungsi ‘Self-destruct message‘.

Untuk aktifkan, klik pada ikon jam yang terletak pada bahagian atas mesej, berdekatan dengan gambar profail penerima.

Kemudian set masa – 1 saat, 1 minit, 1 jam…

Sejurus selepas mesej tersebut dibaca (2 tik hijau), mesej tersebut akan hilang pada kedua-dua hp mengikut jangka masa yang telah ditetapkan.

 

  1. Chat Group Yang Besar

 

Dalam Telegram, jumlah maksimum adalah 200,000 orang

Tak ada lagi alasan group dah full.

Sangat sesuai jika anda nak tubuhkan kelab antarabangsa.

 

Cara Install Aplikasi Telegram Di Komputer

Berikut adalah cara untuk install aplikasi tersebut di computer anda:

 

  1. Buka browser pilihan anda. Ada banyak browser iaitu google chrome, safari dan lain-lain.
  2. Taip web.telegram.org
  3. Sign in dengan memilih negara MALAYSIA

 

  1. Jangan lupa masukan nombor teelfon anda. Country code +60 tu dah ada secara default. Just taip nombor berikutnya. Lepas tu klik “Next >”

 

 

  1. Kita akan terima kod melalui SMS. Atau di apps Telegram di handphone (sekiranya memang ada install). Masukkan kod tu di ruang yang disediakan dan klik “Next >

 

  1. Paparan browser akan kelihatan seperti dibawah. Dah siap.

 

 

Kelebihan Menggunakan Telegram Di Komputer

Aplikasi Telegram tidak memberikan had maksimum ukuran file ataupun durasi video yang dikirim ataupun yang diterima . hal ini amat membantu terutamanya untuk kita memuat naik movie ataupun cerita drama.

Selain itu, kita dapat melakuakan kerja dengan lebih efisien kerana tidak perlu lagi bersusah payah untuk berganti-ganti antara nak guna telefon atau computer. Kita boleh terus menggunakan telegram yang ada di computer kita.

Bagi anda yang selalu bertukar-tukar antara computer dan telefon,  anda disarankan untuk selalu melakukan >Logout setelah menggunakan aplikasi telegram agar akaun anda tetap selamat dan tidak disalahgunakan oleh orang lain.

 

Semoga artikel cara guna telegram di komputer dan laptop ini dapat membantu anda untuk memuat naik telegram di computer dengan mudah dan pantas.

 

Artikel Lain : Cara Buat Folder Di Telegram Whatsapp

Leave a Comment