Ikea Malaysia Cara Semak Katalog & Beli Online (Check Kos Pemasangan)

Ikea Malaysia Cara Semak Katalog & Beli Online (Check Kos Pemasangan)

 Ikea Malaysia

Ikea Malaysia telah membuka laman online shopping kepada semua penduduk Malaysia. Sebelum ini, sistem order dan delivery Ikea hanya terhad kepada beberapa kawasan di Lembah Klang dan Kuala Lumpur sahaja. Kini, anda boleh beli barang ikea secara online di web Ikea Malaysia dan tunggu sahaja penghantaran dibuat ke rumah anda.

Di Malaysia, IKEA sudah mempunyai beberapa cawangan antaranya IKEA Cheras, IKEA Damansara, IKEA Tebrau dan IKEA Batu Kawan.

Kami akan membantu anda membuat semakan barang seterusnya membeli secara online dengan mudah dan berkesan.

Cara Semak Katalog Ikea Malaysia

Pihak IKEA Malaysia sentiasa mengemaskini dari semasa ke semasa pilihan perabut yang dijual dengan rekaan terbaru dan lebih moden.

Oleh itu, jangan pelik perabut yang anda beli dari IKEA beberapa tahun lalu tidak lagi dijual kerana IKEA telah membawa masuk perabut dengan rekaan yang lebih baru.

Bagi memudahkan pelanggan membuat pilihan terlebih dahulu, pihak IKEA biasanya akan menyediakan katalog sama ada buku katalog atau katalog dalam talian sahaja.

Untuk katalog dalam talian, anda boleh lawati laman Brochure di web IKEA Malaysia melalui alamat https://www.ikea.com/my/en/customer-service/brochures/

Sekiranya anda gemarkan mana-mana perabut dalam katalog IKEA, anda hanya perlu mengambil kod produk yang dipaparkan dan datang ke kedai IKEA untuk membuat pembelian.

Selain itu, IKEA turut menawarkan pembelian secara atas talian yang semestinya lebih memudahkan para pembeli.

Cara Membeli Online Di Ikea Malaysia

Untuk membolehkan anda membeli barang IKEA secara online, anda terlebih dahulu untuk daftar akaun. Caranya adalah seperti berikut :

1)  Masuk ke website IKEA di www.ikea.com/my dan klik pada ikon profile dan Sign Up akaun IKEA anda menggunakan emel dan password. Aplikasi IKEA pun dah ada tau.

2)  Jika sudah selesai, login seperti biasa

3)  Jadi disini anda boleh mula pilih mana-mana barangan yang disenaraikan ‘add to cart’ dan buat pembayaran sehingga selesai.

Masa check-out, jangan lupa untuk masukkan butiran diri seperti nama dan alamat rumah dan kalau ada family card, boleh masukkan juga untuk kumpul mata.

Jenis Servis Penghantaran IKEAMalaysia

Anda perlu tahu terdapat 2 jenis servis penghantaran yang disediakan oleh pihak IKEA iaitu Parcel Delivery dan Truck Delivery mengikut berat dan volume barang serta kawasan

Penghantaran Semenanjung Malaysia

> Parcel Delivery

Kos RM25 bagi Parcel Delivery untuk Zon A, B dan C untuk barang-barang kecil yang ambil masa dalam tempoh 3-6 hari untuk sampai ke rumah anda. Biasa menggunakan kurier Pos Laju.

> Truck Delivery

Manakala untuk barang dengan berat lebih 24kg, volume 84 liter dan panjang maksimum 1.6 meter, anda perlu bayar dengan harga RM98 (Zon A), RM163 (Zon B) dan RM258 (Zon C) yang mengambil masa 2-5 hari.

Jadi kalau barang besar, IKEA sendiri akan hantar guna truck mereka terus ke rumah anda.

Penghantaran Ke Sabah & Sarawak

Kos RM100 untuk barang-barang kecil sahaja bagi Parcel Delivery, manakala barang besar lebih daripada 24kg atau volume 84 liter akan menggunakan Truck Delivery dengan kos RM675. Tapi kalau ambil sendiri, kos hanya RM575.

Kos Pemasangan

IKEA terkenal dengan produk perabutnya yang perlu dipasang sendiri oleh pembeli.

Namun, untuk kemudahan pelanggan pihak IKEA Malaysia turut menyediakan perkhidmatan pemasangan produk yang dibeli dari IKEA pada harga yang berpatutan.

Perkhidmatan ini sesuai bagi anda yang tidak mempunyai kemahiran memasang perabut atau tidak mempunyai masa melakukannya sendiri.

Berikut merupakan senarai harga yang diberikan:

  1. Pemasangan perabut – 10% dari harga perabut. Tidak termasuk kerja-kerja tambahan seperti kerja elektrikal, paip dan sebagainya.
  2. Baiki kaki atau alas sofa – RM9/modul sofa
  3. Barangan yang memerlukan kerja-kerja drilling – RM4 bagi setiap lubang yang ditebuk

Bayaran untuk perkhidmatan ini hendaklah dibayar secara terus kepada kontraktor yang dilantik.

Untuk info lanjut boleh rujuk FAQ Delivery IKEA.

Artikel Lain : Senarai Cadangan Hadiah Kahwin

Leave a Comment