CARA GUNA PULSE OXIMETER (Berapa Bacaan Normal)

CARA GUNA PULSE OXIMETER (Berapa Bacaan Normal)

cara guna pulse oximeter

Kesedaran rakyat Malaysia berkenaan Happy Hypoxia menyebabkan alat Pulse Oximeter menjadi buruan ramai. Penggunaan alat tersebut adalah tidak rumit namun memerlukan cara yang betul agar mendapatkan keputusan yang sepatutnya.

Harga alat Pulse Oximeter yang berpatutan mendorong lebih ramai orang memilikinya. Setiap isi rumah wajar memiliki sekurang-kurangya satu unit di kediaman masing-masing.

Langkah ini dapat membantu mengesan sebarang kemungkinan lebih awal. Penggunaan alat tersebut dengan cara yang betul akan mengelakkan benda yang tidak diingini berlaku. Kami akan kongsikan cara guna pulse oximeter.

 

Pengenalan Happy Hypoxia

Normalnya, kadar oksigen di dalam darah (saturasi oksigen) adalah 95%-100% atau sekitar 75-100 mmHg. Ketika kadar oksigen di dalam darah seseorang berkurang hingga dibawah tersebut, tubuh akan mengalami kekurang oksigen iaitu hypoxia.

Bagi hypoxia biasa, ketika kekurangan oksigen, tubuh akan mengirim isyarat kepada otak melalui saraf untuk bekerja mencari oksigen lebih banyak, lalu menyebabkan sesak nafas.

Namun, pada pesakit Covid-19, happy hypoxia boleh berlaku di mana tiada sebarang gejala sukar bernafas walaupun tahap oksigen dalam badan rendah.

Happy hypoxia kini dianggap sebagai ancaman kepada golongan muda yang memiliki imuniti badan yang tinggi.Ini kerana, golongan muda dikatakan masih boleh berada dalam keadaan selesa walaupun paras oksigen telah jatuh ke tahap 81%, manakala golongan yang lebih berusia telah mula menunjukkan simptom (seperti sesak nafas) pada paras oksigen 92%.

Golongan muda kelihatan tenang, normal dan ceria seperti biasa walaupun tahap oksigen mereka rendah maka sebab itulah golongan pesakit Covid-19 ini dipanggil ‘Happy Hypoxic”.

 

Apa Itu Alat Pulse Oximeter

 Alat ini digunakan mengesan kadar oksigen rendah atau _Happy Hypoxia” yang menjadi pembunuh senyap tidak bergejala.

Happy Hypoxia ini boleh menjadi pembunuh senyap kerana apabila masalah kekurangan oksigen ini tidak dapat dikesan dan dirawat lebih awal, pesakit Covid-19 boleh meninggal dunia.

  • Alat pengukur kadar oksigen dalam darah
  • Pengesanan awal kandungan oksigen rendah mengelakkan kematian
  • Pastikan alat yang digunakan memenuhi standard perubatan.

 

Cara Penggunaan Pulse Oximeter Di Rumah

Kami akan kongsikan cara guna pulse oximeter tersebut:

  1. Pastikan basuh tangan sebelum dan selepas penggunaan alat
  2. Tanggalkan pewarna kuku atau kuku palsu dan panaskan tangan dengan menggosokkan kedua tapak tangan jika berasa sejuk.
  3. Berehat sekurang-kurangnya 5 minit sebleum melakukan pengukuran.
  4. Letakkan tangan anda di dada pada paras jantung dan kekalkan tangan anda pada paras tersebut.
  5. Hidupkan Pulse Oximeter dan pasang di jari tengah atau telunjuk pada tangan yang berada di dada anda.
  6. Kekalkan posisi tangan selama seminit atau sehingga bacaan menjadi stabil.
  7. Hanya catat bacaan tertinggi jika bacaan tidak berubah selama 5 saat.

Pengukuran dan hasil bacaan perlu dicatat 3 kali sehari dan perlu dilakukan pada masa yang sama setiap hari.

Lakukan pengukuran tambahan jika anda merasakan berlaku perubahan dalam kesihatan anda.

 

Cara Bacaan Pada Pulse Oximeter

 Tanda bacaan pulse oximeter boleh dirujuk pada jadual dibawah :

 

PEMERHATIANKEPEKATAN OKSIGEN (SpO2%)KADAR NADI (bpm)SUHU (Celcius)
Bacaan Normal96% atau lebih40-10036.5-37.5
Boleh tersukan pemantauan di rumah95%101-10938
Dapatkan nasihat doktor93-94%110-13038.1-39
Memerlukan nasihat perubatan segera

-telefon 999

92%131 atau lebih39 atau lebih

 

Semoga perkongsian cara guna pulse oximeter ini dapat membantu anda untuk membuat bacaan menggunakan alat pulse oximeter dengan betul dan tepat. Untuk maklumat lanjut, abd boleh klik di sini.

 

Artikel LAin : Senarai Pulse Oximeter Lulus KKM

Leave a Comment