public.jpj.gov.my:(Cara Daftar Login Renew Roadtax Lesen Check Bayar Saman mySIKAP JPJ Online)
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah mewujudkan satu portal baharu yang dikenali sebagai Portal mySIKAP yang boleh dilayari di public.jpj.gov.my. Anda boleh melakukan pelbagai urusan dalam talian yang melibatkan kenderaan motor dan perlesenan pemandu.
Izinkan kami berkongsi.
Baca Juga: CARA AKTIFKAN SEMULA AKAUN TABUNG HAJI DORMAN(Tidak Aktif Lebih 7 tahun)
Perkhidmatan mySIKAP Melalui public.jpj.gov.my
Antara perkhidmatan yang anda boleh lakukan di portal ini ialah:
- Lesen memandu
- Pembaharuan lesen memandu
- Permohonan permit memandu antarabangsa
- Rayuan lesen memandu tamat tempoh
- Penukaran lesen dari asing/ tentera/ anggota polis kepada lesen memandu Malaysia
- Kemaskini alamat dan penambahan kelas
- Kenderaan
- Memperbaharui dan membatalkan lesen kenderaan motor (LKM)
- Memohon atau membatalkan kenderaan untuk sementara waktu
- Pindah milik sukarela
- Membatalkan pendaftaran kenderaan
- Kesalahan dan Penalti
- Semakan dan pembayaran saman/notis/penalti kenderaan anda
- Status kenderaan (senarai hitam atau dirampas)
- Mata KEJARA
- Tempoh penggantungan lesen
- Perkhidmatan Lain
- Permohonan pendaftaran kereta klasik dan vintaj
- Rayuan jika gagal pemeriksaan PUSPAKOM
Artikel Lain: CARA BUAT FOLDER TELEGRAM/WHATSAPP(Mudah Nak Simpan & Cari Dokumen/Kerja Sekolah)
Syarat Pendaftaran Portal mySIKAP
Berikut adalah syarat-syarat untuk anda membuka akaun di portal:
- Orang awam Malaysia yang mempunyai MyKad yang sah.
- Penduduk tetap Malaysia yang mempunyai MyPR yang sah.
- Pemegang passport yang belum tamat tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh pendaftaran ID mySIKAP.
- Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun
- Mempunyai sekurang-kurangnya satu rekod dengan JPJ.
Kategori Pengguna Berdaftar mySIKAP
Terdapat dua kategori pengguna berdaftar di mySIKAP iaitu:
- Persendirian
- Pengguna yang terdiri daripada orang persendirian yang akan hadir ke kaunter JPJ untuk mendaftarkan ID mereka.
- Nombor rujukan akan dijana di kaunter dan diserahkan kepada pengguna.
- Nombor rujukan juga boleh dijana secara online untuk eID Awam.
- Terdapat 2 tahap capaian:
eID Standard:
- tidak perlu pengesahan biometrik (cap jari)
- tidak perlu hadir ke JPJ untuk daftar
- boleh menggunakan 27 daripada 38 perkhidmatan di Portal mySIKAP
eID Advance:
- perlu pengesahan biometrik (Cap jari)
- perlu hadir ke JPJ untuk mendapatkan nombor rujukan
- boleh menggunakan kesemua 38 perkhidmatan di mySIKAP
- Berikut ialah perkhidmatan yang ditawarkan di portal:
- Syarikat
- Pengguna yang merupakan wakil daripada syarikat/pertubuhan/perbadanan.
- Pengguna perlu hadir ke kaunter JPJ dengan membawa nombor rujukan dan dokumen sokongan untuk pengesahan.
Cara Daftar mySIKAP Di public.jpj.gov.my
- a) Berikut adalah cara mendaftar mySIKAP bagi akaun persendirian:
- Layari portal public.jpj.gov.my.
- Tekan Log Masuk/ Daftar Kali Pertama.
- Pilih Kategori ID.
- Isikan butiran berikut:
- MyKad
- Telefon bimbit
- Emel
- Pengesahan emel
- Rujukan (hanya untuk eID Advance – anda perlu hadir ke JPJ untuk mendapatkan nombor rujukan ini)
- Masukkan Kod Sekuriti yang dipaparkan.
- Tekan Teruskan.
- Semak dan sahkan maklumat, tekan Teruskan.
- Notifikasi Pengesahan Pendaftaran akan dipaparkan.
- ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara akan dihantar pada emel yang didaftarkan.
- Anda akan menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara dan boleh menukarnya setelah log masuk kali pertama.
- b) Berikut adalah cara mendaftar mySIKAP bagi akaun syarikat:
- Layari portal public.jpj.gov.my.
- Tekan Log Masuk/ Daftar Kali Pertama.
- Tekan Pendaftaran ID Syarikat.
- Masukkan butiran yang diperlukan.
- Muat naik dokumen yang diperlukan berdasarkan jenis pendaftaran.
- Tekan Teruskan.
- Skrin Proses Pendaftaran Tamat akan dipaparkan.
- Rujukan akan dipaparkan kepada anda. Tekan Cetak.
- Pendaftaran anda telah berjaya.
Wakil yang dilantik dikehendaki menghadirkan diri di cawangan JPJ dan perlu membawa slip no. rujukan dan dokumen sokongan asal dalam tempoh 7 hari dari tarikh no. rujukan dijana untuk pengesahan.
ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara akan dihantar ke emel berdaftar setelah proses pengesahan di kaunter selesai.
Cara Log Masuk Portal public.jpj.gov.my
Berikut adalah cara log masuk kali pertama:
- Layari portal public.jpj.gov.my.
- Masukkan ID Pengguna, Kata Laluan dan Kod Sekuriti.
- Tekan Log Masuk.
- Anda sudah boleh meneruskan urusan anda.
Cara Semak Saman Di MySIKAP(public.jpj.gov.my)
Untuk membuat semakan saman JPJ anda, pastikan anda telah daftar dengan portal MySikap terlebih dahulu. Berikut adalah cara membuat semakan saman JPJ guna MySikap:
- Layari pautan MySikap JPJ: public.jpj.gov.my
- Log masuk menggunakan ID penggunan dan Kata laluan. Sahkan Kod Sekuriti yang tertera dan tekan Log Masuk
- Anda akan dibawa ke paparan halam utama MySikap. Untuk membuat semakan, klik pada Kesalahan & Penalti.
- Kemudian semak maklumat anda di bahagian Butiran Saya:
- No Pengenalan
- Nama
- Kategori
- Pada bahagian Pembayaran Saman, pilih No Pengenalan.
- Masukkan no Kad Pengenalan anda atau sesiapa sahaja yang ingin membuat semakan saman. Seterusnya tekan Cari
- Sekiranya anda mempunyai saman JPJ, ia akan terpapar di paparan.
- Untuk melihat lebih lanjut, anda boleh lihat di bahagian Butir-Butir Saman. Malumat yang akan terpapar adalah:
- No Saman
- No Pendaftaran Kenderaan
- Status
- Keterangan
- Amaun (RM)
NOTA: Amaun yang terpapar adalah selepas diskaun yang diberikan.
Selesai membuat semakan saman JPJ anda.
Cara Bayar Saman JPJ Di MySIKAP(public.jpj.gov.my)
Untuk membuat pembayaran saman JPJ di MySikap, berikut adalah caranya:
- Layari pautan MySikap JPJ: public.jpj.gov.my
- Log masuk menggunakan ID penggunan dan Kata laluan. Sahkan Kod Sekuriti yang tertera dan tekan Log Masuk
- Anda akan dibawa ke paparan halam utama MySikap. Untuk membuat semakan, klik pada Kesalahan & Penalti.
- Kemudian semak maklumat anda di bahagian Butiran Saya:
- No Pengenalan
- Nama
- Kategori
- Pada bahagian Pembayaran Saman, pilih No Pengenalan.
- Masukkan no Kad Pengenalan anda atau sesiapa sahaja yang ingin membuat semakan saman. Seterusnya tekan Cari
- Sekiranya anda mempunyai saman JPJ, ia akan terpapar di paparan.
- Untuk melihat lebih lanjut, anda boleh lihat di bahagian Butir-Butir Saman. Malumat yang akan terpapar adalah:
- No Saman
- No Pendaftaran Kenderaan
- Status
- Keterangan
- Amaun (RM)
NOTA: Amaun yang terpapar adalah selepas diskaun yang diberikan.
- Seterusnya anda boleh pilih saman yang anda ingin bayar, kemudian klik pada Bayar Saman di bahagian bawah.
- Semak kembali saman anda ingin bayar di bahagian Keterangan Transaksi.
- Pilih kaedah yang anda ingin gunakan untuk membuat pembayaran iaitu:
- Kad Kredit (VISA, MASTERCARD)
- Perbankan Internet (Maybank2u, CIMB Clicks dan lain-lain)
- Tekan pada Bayar. Ikuti arahan pembayaran selanjutnya sehingga pembayaran saman JPJ anda selesai.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut mengenai cara check bayar saman di MySikap, anda boleh:
- Layari web rasmi JPJ: https://public.jpj.gov.my/ atau
- Hubungi talian hotline JPJ: 03 8000 8000.
Sijil pmr hilang 2004
Sekolah menenga kebangsaan Sri mahawangsa